Minggu ni sudah masuk minggu yang ke 6 bagi kelas Komputer dalam pendidikan. Semakin banyak yang dipelajari semakin mahir penguasaan komputer bagi tujuan pendidikan nanti.
Pada minggu ini kami semua diajar untuk menggunakan excell dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Kami diajar cara untuk menyimpan data dan mengira data dengan mudah dan cepat menggunakan excell.Selepas itu, kami semua diajar cara untuk membina Jadual dan Graf dengan menggunakan excell.
Tugasan pada kali ini ialah kami perlu menyiapkan Pengurusan kewangan sendiri. Hasil itu akan kami cantumkan untuk kerja kursus nanti.

