Tinggal 1 minggu lagi sebelum peperiksaan final bermula, namun ada tugasan yang belum siap. Ada 3 tugasan yang perlu dihabiskan secepat mungkin.Bagi tugasan komputer dalam pendidikan hampi 70 % sudah selesai . Hampir 4 bulan bergelar mahasiswi menyedarkan saya betapa kepentingan masa dalam mengurus masa berkualiti antara tugasan , belajar dan riadah serta tanggungjawab kepada Tuhan. Moga minggu getir ini dapat dilalui dengan baik.
Latest Entries »
Sesi kuliah terakhir tiba, pejam celik sudah sampai ke tugasan terakhir sebelum menhantar tugasan lengkap komputr dalam pendidikan. Minggu ini kami telah diperkenalkan dengan Perisian Penyelidikan Perisian SPSS yang mana aktiviti berikut telah diadakan:
Kajian Komputer dalam Pendidikan di sekolah dalam Kalangan Murid sekolah rendah di Malaysia (Individu/Pasukan)
Pengkodan, kemasukan data, dan analisis mudah data serta pelaporan dapatan menggunakan SPSS (Individu/Pasukan): laporan Open Office Write
Hal ini membolehkan saya menerima pengetahuan baharu dalam membuat analisis maklumat dan tentunya sangat membantu dalam tugasan yang akan datang
Semasa kuliah minggu ke 12 kami telah mempelajari perisian hamparan elektronik Excel. Encik Yussuf menunjukkan kepada kami pengiraan markah dan gred pelajar. Kami ditunjukkan langkah dan formula mudah dalam melakukan pengiraan berdasarkan data yang telah diberi. Pembelajaran excel sangat menarik kerana apabila menjadi guru nanti kami boleh menaplikasikan dalam kerja pentadbirahn.
Selain itu tugasan yang kami perlu lakukan ialah membuat pengurusan kewangan peribadi menggunakan Open Office Calc.
Cuti pertengahan telah berakhir dan sesi perkuliahan kembali, bagi minggu ke 10-11 kuliah GE1155 kami mempelajari perkara yang baru,Kali ini kami mendapat pendedahan dan kemahiran berikut oleh pensyarah kami Encik Yusuff Daud iaitu:
| Perisian Pangkalan data dalam Pendidikan
Perisian pangkalan data Microsoft Access dan OpenOffice Base |
Setelah itu kami dikehendaki menyiapkan projek pangkalan data pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan Portfolio Digital
- Jurnal refleksi metakognitif menggunakan blog (yang mana merupakan sebahagian daripada tugasan).
Sepanjang tempoh dua minggu perkuliahan subjek GE1155 kami didedahkan dengan perisian berikut:
1. Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software –OSS)
2. Perisian Office (Microsoft Office, Openoffice, StarOffice)
3. Perisian Penyuntingan grafik mudah (Paint) / GIMP / Microsoft Paint / OpenOffice Draw
4. Perisian pemproses perkataan Words dan Publisher, OpenOffice Write dalam penghasilan bahan pendidikan risalah/brosur dan buku program
seterusya kami dikehendaki membuat persembahan dalam Powerpoint mengikut tajuk pilihan dalam subjuk major kami.Saya telah memilih tajuk epilepsi.
- Multimedia dalam Pendidikan
- Perisian persembahan multimedia Powerpoint dan Open Office Impress dalam penghasilan bahan pendidikan (untuk Open office Impress pula kami dikehendaki membuat persembahan bagi jurnal yang telah dipilih yang mana juranal itu diringkaskan dalam word Open Office Impress dan lalu persembahan dalam Open Office Impress.
Perkuliahan kini masuk minggu keempat, pada minggu ini kami telah diajar bagaimana untuk mencari maklumat pendidikan dan penyelidikan dengan berkesan bagi membantu dalam pengajaran dan pencarian maklumat ilmiah untuk menyiapkan tugasan dengan maklumat yang relevan dan berkualiti.
Kami diberi pendedahan bagaimana mencari maklumat di ejen carian popular seperti google,yahoo, dan Bing. Misalnya pada pengunaan google traslate bagi menterjemahkan bahasa. Seterusnya kami didedahkan bagaimana mencari maklumat di portal Perpustakaan Tun Sri Lanang(PTSL) Gemilang.

Akhir sekali semasa kuliah hari ini ialah pendedahan mengenai panduan pencarian maklumat dalam www.3metaku.com.
Tugasan yang diberi ialah kami dikehandaki mancari artikel ilmiah dalam portal Gemilang.
Pada minggu ini tiada kuliah , kami semua dikehendaki membentangkan tajuk-tajuk pembentangan yang telah diberi pada kuliah yang pertama. Terdapat 9 tajuk perbincangan yang diberi. Saya dan pasangan telah membentangkan tajuk etika berinternet. Persiapan dan pencarian maklumat diperolehi dari internet dan pameran oleh SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Minggu kedua perkuliahan kali ini banyak pengisian yang diisi dalam kelas hari ini. Antara yang dipelajari olah kami pada minggu ini ialah bagaimana pengunaan dan pendaftaran Sistem Pengurusan dan Pembelajaran Interaktif (SPIN). Encik Yusuff menerangkan lebih mendalam mengenai SPIN dan apakah kegunaan dan manfaat sebagai pelajar yang harus kami ketahui. Seterusnya ialah mengenai Email dan Group.Encik yusuff menerangkan lebih mendalam mengenai fungsi serta memastikan kami mempunyai email yahoo dan mendaftar dalam group GE1155 beliau kerana nota akan turut dimasukkan dalam Group.
Seterusnya kami diminta untuk menyediakan blog pengajaran iaitu wordpress yang mana kami dikehendaki untuk mengemas kini blog kami dengan refleksi kuliah GE1155 dan subjek Major kami serta nota yang berkaitan.Refleksi dan nota hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa. Pengajaran seterusnya pada minggu ini ialah mengenai facebook. Setelah diberi penerangan kami dikehendaki mendaftar facebook bagi meraka yang masih belum mempunyai akaun facebook .Seterusnya kami dikehendaki menyertai gruop facebook Komputer dalam Pendidikan dan menyertai perbincangan ilmiah.
Minggu Mesra Pelajar telah berakhir, kini bermula minggu perkuliahan dan bermula tanggungjawab saya sebagai mahasiswi UKM . Kelas Komputer dalam Pendidikan( GE1155 ) saya ialah pada hari isnin pukul 2 petang sehingga 5 petang. Pada minggu pertama kuliah kelas ini, saya dan rakan-rakan telah mengenali pensyarah kami untuk semaster ini iaitu Encik Yusuf Daud. Pada hari pertama kelas saya dan rakan-rakan telah dikehendaki memilih pasangan masing -masing untuk tugasan yang akan dimana kami dikehendaki mencari bahan mengenai tajuk-tajuk berkaitan pendidikan komputer. Saya dan pasangan Siti Aishah telah mendapat tajuk berkaitan Etika Berinternet(netiqquete).
Selain itu Encik Yusuf menerangkan kepada kami mengenai keseluruhan struktur kursus.

