Code-003-Me and Myself
2 04 2009
Kali ini merupakan paparan mengenai hasil rekaan dan modifikasi gambar yang menterjemahkan diri aku sendiri sebagai subjeknya. Banyak elemen-elemen yang aku cuba sampaikan melalui hasil tersebut dan bukan sekadar hasil yang ‘tangkap muat’ sahaja. Banyak juga karya yang aku buat ini adalah untuk diletakkan di portal cyber seperti Friendster, Myspace, Facebook dan sebagainya. Jadi disini beberapa karya aku letakkan sebagai kenang-kenangan.

Comments : 1 Comment »
Categories : Memori
Code-002 – My UiTM Classmate
21 03 2009
Berikut adalah antara sentuhan-sentuhan grafik yang aku assamble berkaitan dengan classmate aku semasa di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Aku cukup gembira mengenali kalian semua dan rasa sangat bertuah dapat mengenali rakan-rakan yang baik dan supportive. Aku rindukan korang semua.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Memori
Code-001: Pengenalan Blog
20 03 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Blog ini diperkenalkan dengan satu tujuan iaitu sebagai arkib penyimpanan koleksi-koleksi seni grafik yang telah dilakukan. Matlamatnya adalah sebagai sebuah medan bagi perkongsian minat mengenai seni-seni sebegini rupa.
Pada entri yang berikutnya akan dipaparkan koleksi-koleksi gambar yang telah diubahsuai dan dimanipulasikan dengan penggunaan perisian MS Paint, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
Sekian, Terima Kasih.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Informasi













Recent Comments