KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.
“Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa,” ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.
Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.
Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.
Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan ‘private number’ untuk merujuk permasalahan ini.
“Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata ‘Asyhaduanna Muhammadarr’ lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN” kata Zizan.
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap “Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr…..Syaitan! Syaitan!.”
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.
“Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH” tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.
“Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.
Harakahdaily







KUALA LUMPUR, 5 Julai: Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan memberikan perhatian serius terhadap kes-kes penipuan melibatkan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan di negara ini.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas jumlah 257,000 sijil kelahiran dari tahun 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa. Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Dalam ucapan baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
Dengan adanya bantahan daripada Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dan pelbagai pertubuhan masyarakat madani yang lain, akhirnya kerajaan akur kepada kehendak masyarakat dan seterusnya menarik balik lesen judi bola yang mencetuskan kontroversi selama ini. Kami memberi pujian dan mengalu-alukan kejayaan ini.
PULAU PINANG, 18 Jun: Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa “merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini.”








Tindakan kerajaan memperkenalkan judi bola sepak, bermula dengan perlawanan piala dunia hari ini, menggambarkan kerajaan sedia ada muflis idea dalam membangunkan ekonomi negara.



PAS melahirkan kekesalannya berhubung tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa mempromosikan Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

