Sunday, December 26, 2004

"Adat Yang Silap??"



Kerna kuasa emperik, manusia banyak menilai dari 'Hissiah' (emperis) rasional. Kerna ada bukti dari gambaran hasil mata kasar yang menerjemahkan akal untuk fahaman diri dan sekeliling. Sehinggakan setiap zarah (atom/sel) juga perlu dimikroskop untuk mengintai nilai emperis bukti pengakuan rasional manusia.

Itu bagi keperluan ilmu-manusia agar lebih manusia memperguna kebendaan seperti di era-Teknis(T&S). Bahkan, tidak pernah pula ilmu-ilmu sedemikian dilibatkan soal kepercayaan mahupun terlibat mengenai rasa 'fitrah' manusia terhadap alam dan pencipta.

Itulah zaman modern. Zaman yang banyak memberi kemudahan dalam pembangunan jasmani manusia. Zaman yang sambung menyambung halilintar teknis mengejar otak-otak genius para cendikiawan. Mencipta, mengkaji, meresepi, mengolah dan segala macam teknis pemodenisasi untuk manusia. Lalu, di sinilah lahirnya adat penyelarasan kuasa modenis yang bertunjangkan kuasa emperis -sains dan teknoligi.

Tetapi manusia tetap kelabu, dari adat yang tercipta setelah era- struktulism atau zaman Post-Modern; manusia lebih memberati dalam kekacauan antara hak kebendaan dan hak kepercayaan bukan lagi dalam 'pencarian fitri'. Kerana, rasional adat yang dijadikan 'sign' tersebut memerlukan pembongkahan akal untuk merealitikan, bukan menjadi dogma yang katanya dianggap kolot.

Hakikat; adat yang sering tidak akan difahami manusia mengenai nilai intuisi-mistik; iaitu tetap tidak membumbung tinggi dari kefahaman akal. Namun teori-teori para Ahli, berkemungkinan bijak menyusun fakta dan kerasionalan namun tidak lengkap sepertimana penyesuaian segala macam sel OTak yang berbeza fungsi dan sifat dalam Penjanaan mistik-intuisi.

Lalu berlakulah berbagai tanggapan dan idelis (fahaman) berbentuk individulistik antara hasil kajian bersifat intelek dan bersifat mistik. Bahawa, adalah dalam maksud akidah Manusia Muslim mesti mengakui peringkat 'fitrah' tanpa perlu perlakuan emperis (mistik-intuisi) dan begitu juga, kecelaruan yang diadabtasi dari teori falsafah mengenai akal kerohanian (intuisi-mistik).

Kerana adat adalah SunnatuLLah(emperis) dari berkat Mukjizat(Mistis) ummat akhir zaman kini. Seperti adat panasnya Api terkawal dengan Mukjizat yang menyejukan sifat panasnya. Berlaku juga, pada adat si mati yang tanpa berpenyakit; kerana tanpa kawalan emperis kesihatannya (melainkan KuasaNya).


Note:(Intuisi-mistik) ialah pandangan kerohanian
(Mistik-intuisi) ialah bagaimana kerohanian mencipta pandangan

Paichowan::
Cairo Nan Dingin Banget Sihh!!!

Thursday, December 23, 2004

"Di ambang Salju"-


"Nak jalan ke mana tu?". Dia diam saja sambil matanya turut berekor melihat tapak-tapak angka. "Berjalan memahami hidup, atau pasal ilmu, atau pasal sosio semasa, atau; kemanakah sebenar ni?". Dia masih bersendiri mengikut jejak fikiran. Buntu sangatkah waktu ini? Atau kelu dengan penguasaan diri untuk lebih berkosentrasi dalam langkah ini.

Dia membiarkan perasaan menguasai diri. Adakala dia merasa lemas untuk menyelam setiap persoalan berfakta. "Ala, be cool babeh. Just melengkapkan apa yang kurang. Lagi pun, agak lama sudah diam". Dia masih membelai nafas naik turun untuk lebih tenang proses struktur badannya. Kerutan di dahi ada kala berjalur-jalur seolah beban turut mencerobohi jasad dan fikiran.

Tapak angka itu makin bergerak. Laju dan sekejap terhenti kerna fikiran. Fikiran yang memang layak menjadi si perintah waktu ini. "Teruskan saja. Jangan terlalu agak-agak menjangkau setiap angka. Biarkan tidak berisi tapi bekualiti".

Dia semakin tidak faham. Kepalanya kadangkala menggaru belakang leher yang tidak gatal. Tempat duduknya dibetulkan agar selesa. Baju yang berlapis-lapis berbagai jenama berjaya menghabakan badannya. Kerna kerumitan fenomenanya sekarang dan sifat bajunya juga.

Tapi dia gagal untuk terus mempengaruhi seluruh jasadnya mengikut gerak langkah jari-khayalnya. Di atas kerusi, dia senyum. Senyum ada sesuatu yang baharu. Untuk makanan mentalnya. Seperti seorang yang terjumpa barang tercicir di padang pasir. Mungkin khayalan. Adakah ini kerna dari pertemuan kekasih atau rakan kongsi atau satu ikatan yang tiada terjemah untuk bahasa manusia."Terima kasih Muring". Tapi, benar, dia sudah mempunyai banyak keperluan jentera jasadnya. Untuk hari ini, esok dan entah sekejap lagi menguasai langkah jari-khayalnya.

Dia diam lagi. Ultra Lights, dari rokok LM di sedutnya lagi. Sambil asap menyelinap dipapan kaca mata. Memedihkan korenal mata putihnya. Masih memikirkan kesangsian tadi;"Biarkan tidak berisi tapi bekualiti". Apa maksudnya?. "Ini perlu dirobek satu persatu". Getus semangat inginnya.

Fikirannya cuba merungkai dari Isi=Kualiti. Bukan Isi dan hanya kualiti. Bersikap pengaruh identiti susunan angka/huruf. Melalui skema sedialek cerpen atau antologi. Dalam lanskap penyusunan bahasa dan pengamatan budaya. Budaya seseorang yang telah buntu ketika di hadapan sebuah skrin monitor. Sambil fikiran melayang berfantasi entah kemana. Dan Langkah jarinya adakala dilirik oleh mata dan adakala bagaikan seorang kerani menyiapkan tugas timbunannya.

"Ini bukan tidak diisi. Atau sesuatu yang tidak berisi." Hatinya turut menyanggah apa kata sebelum ini. Pengisian yang adakalanya bercampur dalam pantauan dan kajian sesi anutan bahasa. Bahasa dari adat (pembudayaan) dan bahasa dari susunan (skema/berprotokol). Dan pengisian yang menentukan arah sosial seseorang. Dalam fenomena individulistik dan privacy.

Tidak payah. Walaupun jarak kerutan di dahi kelihatan, ianya hanya sebuah sifat kosentrasi seseorang. Begitu juga tumpuan dalam bacaan ini. Seperti sifatnya berbaju biru, begitu asyik melangkahkan jari-jarinya untuk disenaraikan. Untuk satu kajian (ilmu) dan satu bacaan (kosong)dalam ruang putih ini.

:::::Paichowan::::
:::::Cairo Salju malam Jumaat:::::

Monday, December 06, 2004

"G.B.M"


Sehari dua duk kat umah ok la.. Bila dah lama, rasa buhsan pun bukan, meluat pun bukan, rindu pun bukan, cumanya.... cam dah panas punggung nak duk lama2. Makan tido, main, (malam) lepak, balik kul 2/3.. Huhh... Tapi, dalam tidak keruan cam tuh, ada gak yang manfaatnya. "Ini hikmahnya"..

Bila time Raya hr tu, rasa kekosongan dah dipenuhi kemeriahan. Mana taknya.. sume anak beranak balik.. From indonesia 2 orang (kakak n adik aku), from terengganu (adik aku), from kl (kakak aku) n aku sendiri yg lama dah tak balik.. seMemori aku,.. inilah kali pertama kitaorang berkumpul (selamat 10 thn terakhir). Bila dah terkenang camni, "Eh,.. Keluarga u ni keluarga perantau la".. Ada yang sibuk komen pasal family aku.. huuhuhuhu

Itu time raya 2/3 hari, lepas je raya enam (Hari Raya Puasa Enam), derang dah balik sume, tingai aku sorang lagi.. cam aku cakap tadi, cam tak keruan.. Tapi, bile jah sampai sini (kl)... igt nak balik umah smula. Macam saham naik turun di pasaran...

Selama 2 bulan 1/2 neh,.. pikir2 balik "apa yang aku dapat"... tak banyak pun. Cuma rasanya, yng sikit tuh banyak nilainya.. Kualiti memang bleh pertikaikan.. Secara sosial hidup, ilmu, kefahaman intuisi, emperik n bla bla bla.. Dari dua pihak yang sama lable lainnya.. Mudahnya, soal jasmani n rohani.. Yang berorientasi Modenis n Tradisi. Boleh tahan gak la.... Pendek kata; Buah petik di kota, diranumnya di desa.

Mungkin situasi n suasana buat aku jd panas punggung kat umah. Bukan berontak, cuma tak bleh konsisten n terlalu lama.. Cabaran dari luar lebih menduga aku untuk lebih praktik pada setiap keadaan. "Aku lebih senang macam ni.. Macam konservatif (zahir), Agresif (batin)".. Itu tanggap aku buat sementara ni..

Itu dari perihal sosial dunia. Untuk hidup lebih panjang, kaki nih perlu melangkah lagi. Perlu berlumut dan basah di kehidupan dunia. Perlu lebih menajam mata untuk menilai sketsa dunia. Itu maksud ku... Esok, lusa dan hari-hari.....

Keluarga di kampung; Papa+Mama, "Semoga sentiasa dalam rahmatNYA. Terima kasih sanggup terbeban 2 bulan lebih ni" -(Tu la.. si penjaga sanggup berkekang mata utk menjaga.. Tetapi anak pula bagaimana?). My sister, bro-Rizal, dadan coz banyak sangat dah nkorang tolong aku time balik nih.. Teman-teman; "Terima kasih coz sanggup layan aku."hahhaha.. "bila plak kan muncul waktu2 sperti ni".

Esok 8hb Disember 2004.. Aku akan ke Cairo lagi.. Untuk mengintai balam-balam bangunan yang banyak. Menimba sungai Nil yang tak putus2 arunya. Mencemuh pada budaya-budaya yang kadang kala juga sanggup mengorbankan nilai manusia (ada kalanya saja). Dan banyak lagi masalah yang bakal aku celahi, dan bagaimana nanti?

Kembali ke Kota Bernyawa
Tidak membaham keponakan Arab atau Yahudi
Hanya untuk degup usia detik-detik ketika Mulut menelan manusia
Seperti Maha FirAun dengan Kuasa
Maha Qarun dengan Harta
Maha para pengukur iman-dunia
Tapi hanya satu langkah ku
Seperti Musa merintih tinggi ke langit
dengan nista kaumnya
Seperti Syafie menongkah pasiran sampah di kota
dengan lambang kapalnya
Dan Para penobat akal-iman Agama
"paichowan"


Wednesday, November 10, 2004

"Akhir Ramadhan dan Syawal"

Dah nak raya ehh.. Huhuhhu.. bape banyak sangat amalan bleh kita kutip bulan pose neh.. Kenapa plak Para malaikat (hingga memberi kesan kepada Rasulullah dan Para Sahabat) Bersedih sangat bila senjanya hitungan Ramadhan?? Kenapa plak manusia tak kreatif dlm membolot keuntungan ibadat. Lebih2 lagi di akhir Ramadhan Ini yang banyak mencelahi Ribuan Rahsia LaiLat al-Qadr..Sebaliknya, Manusia lebih kreatif dalam perihal dunia..perihal mengatur aturan dunia, membongkah kerahsian dunia hingga lupa asalnya dan macam2 lagi perkara yang benar-benar hampir terkeping lipatan iman. Bahawa sebenarnya, Perihal Dunia dan Akhirat adalah sama2 teras kejayaan dan jaMinan Allah untuk Umatnya..

Berkat yang masih berbaki nih.. Sama2 la pungut serpihan hari kesepuluh akhir ni. Berapa hari sangatKah yang ada?.. Biarpun sedih ini tidak begitu meranumkan Iman kita, tetapi sifat sensitif dan kreativiti sedar sebagai hamba perlu di amat-amati kembali di akhir Ramadhan ini. Kerana selepas ini, Allah juga menjanjikan (meraikan) kemeriahan dan kegembiraan di awal Syawal kan tiba..

Biarlaaa.. kalaupun malam takleh nak tido, kerana emnasia atau apa2 penyakit... sibukkan saja dengan berfikir (tafakkur) Kerana Allah.. Biarpun sifatnya lebih menjurus keberhasilan duniawi(itu yang sangat malas). Jangan biarkan, "sudahkan amalan diri ke akhirat tidak terdamping, malah kedua2nya terlepas dari pangkuan masing-masing." Kerana Matlamat hidup adalah Kerana Allah.

Tidak cabul rasanya; Kerana dua hal yang berupa "tafakkur Ibadat utk seruan di dunia dan Tafakkur Ibadat utk seruan ke akhirat" adalah peranan yang sama2 penting untuk manusia muslim. Pertama; seruan yang menyedari keterbatasan dan keterbukaan membudayakan agama dalam diri untuk edaran dunia. Tidak kira dalam permasalahan budaya, politik, ekonomi dan segala faktor struktulisme kesejagatan (global) di antara Manusia. Dan Seruan Kedua; yang betul-betul pusat penjanaan seruan pertama: meliputi hal Ibadat. Lebih2 lagi di akhir ramadhan yang Tafakkurnya lewat soal ibadah zikir malam (solat Tarawih, tahajud,taubat dll.)yang langsung kepadaNYA.

Biarpun baki-baki yang sedikit ini, masih berpeluang utk kita menghiasi diri bersama moral, nilai dan lable (simbol) itu sendiri...Dan setelah itu, berhasillah 'kemeriahan dan keraihan" di Syawal nanti benar-benar manfaat utk dirasai.. Serba sedikit yang sedar ini, dapat mengatur kembali niat suci (kerana betapa mistik) kita menjajah di dunia sementara ini biarlah Kerana Allah.

***********************************************************

*Dah tinggal 2 or 3 hari lagi nak raya… Tak relevan agaknya ‘entri’ nih. Tapi coz lama dah buat, Cuma nak publish tak leh.. server memang siall.. hahha?

*Sape wat rumah terbuka?? Jangan segan silu ajaklah kawan2 pegi umah.. “pai buat umah terbuka hari raya pertama.. Betul2 lepas solat raya.. Lepas tu tutup terus.. HuHUHhu”

Selamat Hari Raya;
::Paichowan::

Friday, October 22, 2004

"Variasi Mimpi" ::Khabar Dari Sini::Utkmu Teman::


Waktu ini,... Bingar.. Bising sangat dlm C.Cafe di sri Gombak. Tahi2 telinga entah banyak atau sket (pun) tak tahan ngan kebisingan suara 'games' mainan kanak. Bulan puaasa banyak cabar manusia. Hikmah dan pengajaran. Cabar melawan Nafsu, kerna setan dah kena ikat. Cabar utk kondak ilmu yg lame duk pendam. Transiti amaliah plak. Sbb tu Ramadhan di panggil Bulan Tarbiah.

Aku duk sini pun sama; tiada apa yang dapat beza ngan kalian. Cuma cabaran Minda lebih banyak. Kena pikir sana sini. Soal hidup sehari, diri, dan masa depan.. Lebih lagi Massa yang banyak memberi faham kreativiti sebagai manusia bertanggungjwb. Bukan hanya memihak kepada urusan dunia yang banyak mempesong akidah+akhlak manusia. Tapi Turut di ambil kira kerana kejayaan akhirat juga tergantung atas perlaksanaan urusan Dunia. Itulah 'Manhaj golongan Haraki' untuk memberi kepahaman pada manusia.

Luar pun dah mendung,.. dah nak buka puasa. Malam nih entah hujan lagi?? Bengong gak kalu hanya berjelagah ngan mind sendiri. Makanan baca tak cukup, kecuali dpt dapat diskus sprt biasa di sini dan sana.

Rugi diam saja. Sementara bleh duk bersama, amikla peluang neh.. Tuh pesanan, bukan ajaran aku pada korang.. Buat teman2 kat mesir.. Tahu la cuaca dah nak beku, jgn plak bg aktivt n minda (iman) nkorang beku..oke...semntara takbleh isap rokok.,. bawa2 la bincang ape2 yang patut,..,. biar pakat rasa bau kasturi syurga (mulut puasa) sket2 sorang...

Paichowan, Batu Caves


Monday, October 18, 2004

"Selatan Yang Rawan"


Penulisan ini bukanlah satu esei fiksi atau pembongkaran situasi sebenar; adalah hanya memenuhi respon individu yang punya sensitiviti serta lonjak penguasaan batin dalam mentaliti sebagai umat Muslim. Justeru, bukanlah berbentuk pendakwaan, penuduhan serta pembantingan persis "batu api" bahkan bermisi membina keharmonian menerusi kata hikmah atau falsafah 'bala' yang menimpa umat Islam kini.

::4Intention:: Esei ni tak sempat nak habis. Sebab,.. Ada sebab2 tertentu.. Mungkin juga sebab psykologi.. Atau Bla bla.. bla... :::

Mungkin disangkakan cerah hingga ke petang, tapi mendung di siang hari. Malah telah basah dilanda ribut serta 'bah' yang kuat hingga dihujung puncak bukit sana pun tidak tercapai anak Nuh bersembunyi. Begitulah nasib Selatan Thai yang pembangunan cukup agresif di awal 80-an hingga pertengahan 2003. Tika itu, taman yang mekar dengan segala aneka rempah ratus bunga-bunga telah disimbah selaut toksin bagi melenyapkan haruman dan warna-warni alami hidup.

Amat serius sekali bila mengenangkan hal sebenar kejadian. Perkiraan awal pada bulan awal 2004, seluruh bandar besar sini semakin mulai rawan. Selatan Thai dilanda rawan intelagasi sosial ummat. Mungkin sejak dari bebarapa tragis ngeri menekan sentimen hormon aktiviti masyarakat, sehingga kini "yang dulunya gaul bersimpatik kemanusiaan dan kini misteri dengan kesangkalan". Publik menjadi lesu tanpa bila akan kembali merencah era-global yang seluruh dunia begitu agresif membolot keuntungannya.

Tidak mungkin juga kita akan mengira episod tragedi yang melanda umat sini adalah satu konspirasi "orang besar" untuk turut bernari dalam politik dunia. Mungkin juga, andaian "fasad" yang tertimpa terhadap kelompok peribumi berupa "fitnah" membawa idelogi fundamental yang hinggap alias 'teror' terhadap kerajaan yang sah adalah periode fasal utama dalam ciri-ciri keadilan. Kerana dua andaian tersebut sememangnya, secara mendasar mempunyai faktor berasingan untuk menjalani peradaban ummat dan respon sosialogi pergolakan politik dalam negara. Lebih lagi berpihak dalam sentimen 'Muslim' yang sering diperdebat oleh para negara-wan, politik-wan mahupun 'orang biasa'.

Dalam realiti kenamaan, satu detik, namanya kembali dijulang setelah sekian lama dunia tidak peduli. Selatan Thai dulunya agung dengan peradaban ilmu dan mempunyai tokoh-tokoh yang mampu bersaing dalam lapangan penyebaran ilmu. Para tokoh yang pernah menjulang namanya di persada 'ketamadunan manusia' seperti "syeikh Md.Daud al-Fatani, Syeikh Abd Rahman al-Turbusyi, (dan beberapa tokoh lagi) masih mampu berbangga untuk umat Asia . Hingga kini, walaupun Selatan Thai kembali dipandang dunia dengan sketsa negetif, namun paling tidak, kenangan sejarah asal usul Selatan Thai akan lebih memberi intipati positif kepada seluruh dunia untuk "celik mata" terhadapnya. Bukan hanya bersifat "hangat-hangat tahi ayam" yang begitu dominan tumbuh dalam umat era kini.

Mengikut persepsi ketamadunan manusia melayu, Selathai adalah deretan manusia yang pernah menempah nama. Kalau Nusantara dulu begitu kuatnya hubungan di kesultanan Melayu dari jajahan empayar Utmaniah turut berlangsung dengan edaran semasa. Mungkin berkat para dagang yang merantau ke daerah Asia ini, menjadikan Nusantara tidak terkecuali sebagai antara penyusun bata 'Ketamadunan Islam'.

Sebagai contoh 'ketamadunan melayu selathai' mewakili para tokoh agamawan itu tersebar hinggakan menempah nama di kepulaun al-Jazeerah. Lewat menghadiri juga di barisan para ulamak yang hingga kini termasyhur adalah di lembah Arab. Beberapa kenyataan ini bukanlah hanya bersifat mitologi ataupun satu lagenda ciptaan, bahkan hingga yang berani merestui kemasyhuran selathai sejak dari dulu lagi dengan pusat pengajian ilmu-ilmu Islam, seperti tapak-tapak pasantren yang unggul sehingga kini.

"Kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi", peribahasa ini mungkin akan memberi jawaban yang jelas bagi akar persengketaan sejak akhir ini. Kerana, sedari dari dulu bahawa potensi masyarakat sini adalah amat berpengaruh sekali dalam pemangkin ummah. Walaupun ketika pengakhiran era-70an telah mengundang kegawatan untuk pembebasan Pattani, akan tetapi di awal 80an, manusia rantau Selatan mula mengubah haluan dalam meredahi era-demokrasi. Segalanya berlangsung aman dan menghasilkan bahawa selatan Thai mampu bereaksi mengikut arus kemodenan.

Justeru, lahirlah bakat-bakat dari pencernaan umat pasca-pembebasan.

Di seluruh medan globalisasi semakin hampir dipimpin. Manusia mula mengerti pemahaman yang wajar sebagai umat Islam dalam menentukan peribuminya. Babak-babak ketamadunan mula digilap kembali melalui proses sosial, ekonomi serta rencah politik yang didominasi oleh barisan muslim selatan Thai. Pengintegrasian sesama bangsa dan hak perjuangan semakin relevan dan tidak bersifat berat sebelah atau ketidak pedulian sama sekali diberi perhatian.

Respon Selatan Thai disambut baik oleh pihak kerajaan. Kalau dulu pemberontakan pihak 'Plo" yang berontak hanya mempunyai vision keamanan tapi, tidak lagi berlaku. Kerana kerajaan turut menyalurkan sumber-sumber kewangan melalui wakil-wakil kabinetnya. Memberati hak asasi masyarakat, serta menjana pembangunan di setiap kawasan desa mahupun berprestij pekan. Antara hak melayu dan Thai (siam) disama-ratakan demi membangun bersama-sama melalui usaha kerja, tanaman, persekolahan, pekerjaan dan pembangunan dalaman. Bermula dari sini, Selatan Thai harmoni dari slogan-slogan "Inginkan Pembebasan" seperti berlakunya kegawatan hingga kini di pendaerahan "Palestin-Israel" dan "Acheh-Indonesia".

Namun, seperti diperkirakan tadi, di pertengahan 2003, Selatan Thai mula memecah unsur-unsur kemanusiaan. Kecelakaan dan pembinasaan mula bercakar di sana sini. Semakin gawat setelah momokan dari segenap pihak menyalahi antara satu sama lain. Tahun baru di sambut dengan era kehampaan (2004). Masyarakat seolah tersuntik trauma tragedi di zaman "Pembebasan Pattani" lewat tahun 70an dulu. Segalanya semakin hambar dan menjadi semakin misteri hingga kini.

Bersambung.. Insya-ALlah

::Baru dipublishh..upload dah lama..:: Sekian

Pai, Sri Gombak


Thursday, October 07, 2004

"From With Love::Kota Nusantara"

Sudah hampir 4 hari berubah udara. Dari Mideast ke Malaysia, dan hijrah ke kota Bandung(bandung with Love), penuh kekelibutan ke padang kesunyian antara guna istilah padang jarak padang terkukur (selatan Thai). Adush,.. ayat cam sial..

Sewaktu para pengguna hukum alam meletakkan aturcara hidup untuk manusia melalui dasar-dasar Zonni, hukum menjadi semakin bererti untuk massa setempat. Kerana hukum akan terlaksana melalui realiti manusiawi dan tidak bersifat menzalimi manusia. Sekalipun ada yang semakin keliru bahawa agama adalah pembawa manusia dan manusia itu yang membawa agama dan ada yang turut bicara "Agama itu untuk manusia, Agama untuk pencipta" sehingga benar kelebihan mengakhiri kepada KeEsaanNYA.

Dua fenomena tersebut adalah cernaan daripada respon pemikiran manusia dalam anutan falsafah. Falsafah yang sentiasa memberi kekeliruan untuk manusia untuk bersifat kenafsuan. Kerna akal-falsafah tidak sama sekali bertindak menyalahi fakta realiti sepertimana penilaian hukum semasa. Lain dari agenda sufisme yang menitik beratkan aqidah kekuasaan mistik .

Sebenarnya, penglibatan para pendokong manusia adalah lebih tersempurna apabila mereka faham fungsi dan daya sebenar hukum alam. Seperti adanya sesuatu adalah bersifat "MUbah"(keharusan), takdir dalam sunnatullah, dan sifat berbilang-bilang kefahaman dan aliran yang bercambah. Juga Asal sesuatu adalah "Tahrim"(keharaman) justeru mempunyai unsur penegahan berlawan dengan perkara pertama tadi. Kerana perangkaan ayat akuan bahawa manusia ini diciptakan makhluk yang lemah turut menjadi sunnatullah dan hikmah yang berbolak balik penuh misteri.

Demikian juga, dengan jenis falsafat yang di miliki, agama pula tidak menghalang seseorang supaya cenderong dalam penggunaan akal dan meinterversi dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, setiap batas-batas kebebasan HAM tetap mempunyai jurang-jurang penglibatan. Sehingga al-Ghazali mampu meninggalkan segala intelek falsafahnya dan mengecam tindakkan akalnya yang terpengaruh dengan binaan perang saraf.

"Adushhh... ape aku nak tulis daaaaaaaaaa..... hahhahh"

::Selamat Menyambung Cuti:::Selamat Nak Puasa:::Selamat Maju Jaya:::Selamat Di jalan Raya balik Raya::

"Memang Time Neh nak konsisten oTak tak leh...hinsss!! Ingat atau Angau atau payau atau sasa...hUuuHhHuH"

"sowi lama tak updet.. Pada semua Veri2 sori deh"
Pai::Selatan Thai

Friday, September 17, 2004

"Hujan Batu Vs Hujan Emas"

Mungkin banyak perkara tidak berlaku dalam hidup ini. Tapi banyak juga perkara yang samarata berlaku dalam individu hidup. Hakikatnya semua alam merasai dan turut tertimpa dari apa yang telah berlaku. Seperti adanya tragedi-tragedi bersifat individual, jamak-tetangga, dan jamak sosialis kemanusiaan untuk dijadikan iktibar atau pohon responsible yang agak positif. Bukan hanya mampu terletak dalam faktor-faktor negetif.

Walaupun masih tidak matang untuk menilai "hujan batu" di negara sendiri, tetapi sudah cukup akal ini memantau setiap posisi kedaerahan suasana yang terbentuk di segenap aspek infomasi hidup. Melalui diskusi para analisas, watak budaya-seni umah, mentaliti, media infomasi dan sebagainya bahawa; peringkat ketelusan budaya umat melayu masih bertaraf "haus ketamadunan". Itu hukuman pasca analis.

Namun, tidak semestinya segala hal yang terletak dalam penghuraian individu atau pantauan mulut para pendeta dunia mahupun diserangkaian media-media infomasi; dengan aspek sebegini, tidak-lah menentukan segalanya akan terus beku dan kaku untuk memberi impak ketamadunan yang penuh budaya-budaya keintelektulan. Bererti, dunia akhlak, idelis dan mentaliti kemanusiaan harus seiring untuk terus di jamin sebagai "khairu Ummah".

Untuk beberapa hari di "Hujan Emas" ini, penilian akal di sudut mentaliti amat mengghairahkan endap keperkasaan manusiawi. Mentaliti yang tidak terdorong dalam fenomena kriminal atau kejaman dari yang besar. Hatta sekalipun masih wujud ketaksuban fahaman dan aliran; namun kebebasan idealis untuk membentuk mentaliti manusiawi semakin tegas.

Mungkin kalau anda wujud di tika ini, alangkah lapangnya dada untuk memikul idelis per-kelompok. Bebas dalam lingkungan akta Demokrasi yang sering didebatkan dimulut para politikus. Suasana meriah PEMILU 2004 bagi mencari calonan PRESIDEN Baru indonesia begitu aman. Tingkah laku para demonstrasi ada wujudnya kerelevanan. Memang masih relevan kalau benar acaranya sentiasa konsisten dan bersifat positif.

Bersambung.....

Bandong, Indonesia

Sunday, September 12, 2004

"Resah langit Usia"

Bagaimana nak mulakan neh.. Susah nak jangkau hidup 2/3 minggu ni.. Suka bersulam duka, bercampur derita, beraih sentosa di kala langit menantikan deruan suara-suara katak. Kerana; secerah terik hari, banyak kemungkinan petang akan mengeluh kerana bumi yang basah...

Bukan nak berselindung untuk harian bila di tanah air, lestari pusaka zaman berzaman. Banyak yang mengatur hidupku agar mengikut rentak sumpahannya. Sumpahan dari 2 damensi cakera pemikiran manusiawi yang saling tidak tumpah mempunyai kaedah dan kualitinya tersendiri. Oleh kerana lestari pusaka, sumpahan dan citarasa diri yang banyak terpengaruh dengan amal-nafsu; aku tidak berganjak untuk menyahut harian manusia seperti aku kecuali berlaku "Dharurah".

Namun, walaupun sesak untuk bernafas di degup harian kini, aku bangga dan tidak cemuh dengan pergerakkan hari. Waktu dan masa sekalipun menguji tapak perjuanganku, tetapi; manusiawi tidak pula meminggirkan ku untuk sama berkongsi kemahuan yang ada. Tetapi juga, jiwa manusiawi seperti ini hanyalah bisa dibilang dengan 2 jari sahaja. Tetapi, tetap tidak terdusta.

Mungkin amat mistik dan sukar untuk aku jelaskan dalam penulisan ini. Kerana, Sketsa Degup Usia ku tidak mampu difahami oleh seluruh kenalan dan tentu berlaku kontervesi dunia realiti manusia yang sama-sama bangga dengan hidup. Hidup yang dipenuhi manusia seperti aku, kamu dan kalian.

Tetapi; aku sedar, walaupun aku berhak berhukum terhadap diriku sebagai penentu tadbir hidup, bahkan aku juga sedar, segala manajeman pemikiran ini berlangsung dengan faktor-faktor pembinaan akal dan jiwa. Kedua-duanya mampu memberi kuasa yang agung untuk mentadbir manusia dalam mengharungi gelodak modernisasi kini.

Sebagai maksud; Pendirian dan susur-galur hidup ini terbina dari penglihatan, pengkajian, pemahaman dan unsur-unsur kerohanian yang berbentuk hidayah Allah dan Hidayah Akal yang sering dikaitkan oleh rasionalisme. Kerana setiap pergerakkan kini perlu berhati-hati dalam penerimaan rasional dan tidak sama sekali menolak unsur-unsurnya. Hanya mampu bermohon.." semoga dari golongan yang dipilihNYA"


::Paichowan Sri Gombak::


Monday, August 30, 2004

Merdeka Merdeka Merdeka!!!

** Actualli.. Perbualan neh terjadi mlm sebelum Merdeka.. Dah takada nak entri apa.. aku buh jahh.. Bukan utk menilai mana negetif or positif.. just untuk fikirkan mana sebenarnya nak letakkan status kita sebagai Warga Malaysia dan posisi kita untuk Negara**

-------------------------------------------------------------------


damghah: akom
******:: ws
damghah: sihak ko?
******: sihat jer
damghah: hemm.. kat mane hoh??
******: cc, seremban
damghah: huhuhhu.. ko balik bila ma???
******: aku balik 14 hb haritu
damghah: mmg nko stay kat seremban heh?? seremban kt mane hah?
******: kat ampangan
damghah: hemm.. tak tahu.. wakkakaka

damghah: merdeka neh tak turun KL koh??
******: takmoh ..byk maksiat
damghah: huhuhu...ala.. bukan turun kat kawasan Merdeka tuh.. huhuh.. mane2 pun ada maksiat..
damghah: lam diri kita pun ada.. huhhhuhu..Syadid la plak.....
******: mmg la... syadid tak syadid ape mendenye
******:: Allah kate jauhi maksiat .aku buat ajee
damghah: hahahah bagus la..
******: tentu2 turun Kl mmg org bermaksiat besar besaran kang
******: bukan aku tatau
damghah: sbb datng utk mende maksiat.. terjadi maksiat..
******: aku bukannye baik dr dulu ...haha
damghah: hemmm... sian org lain..
******:: jgn jad bute laa wan oi!!!... hehe
damghah: aduhaii..
******: ko mmg duduk dlm dunia org baik2
damghah: dah kalo nko lepak kat tmpt maksiat.. jadi maksiat la..

******: aku penah jd budak nakal mcm2 tu
******: haha
damghah: ape la.. nko pun satu..
******: yela malam2 merdeka ni..tpt2bes lepak jd tpt org bersukeria
damghah: kerana nila setitik nko nak hukumkan sume
******: ahaks
******:aku ta hukumkan
damghah: hemmm..
******: aku ckp ape yg general budak2 msia buat
damghah: hemm..
******:: aku penah nakal
damghah: hemm..
******: akuta la ape budak nakal ape budak jahat buat
damghah: hahahhah
damghah: mmg la..
******: tataula cam kau
damghah: soal nakal jahat ape ke..
******: skola agmae dr dulu
damghah: simpan jah la..
******: maybe tak enah nampak kot budak2 jahat ni camne

damghah: tak perlu kerana kita nak hukum sume..aku cakap tadi pun .. coz mlm neh ada baca puisi..
damghah: lakhaii..
******: bace puisi keranamu Msia?
damghah: geng2 muda+veteran ada lam nehh,,
******: takmoh aa
damghah: wakkakakak
damghah: tema bebas..
******: kite kat dunia ni idup keranaMu Allah
******: kekekeke

damghah: tuh la susah. huhuuhu... abiz kalo Islam tak anjurkan madinah..
damghah: camneh kita nak bangga ngan negara sendiri??
damghah: hatta tak 100% jalankan Islam..tetap tanah kita.. tetap perlu berbangga,. tetap perlu JIHAD jika ada kekecauan
******: ahaha
******: well aku tanak bangge pd negara aku
damghah: bukan buta kerana Islam kita gadaikan anak bini bangsa dan bla bla bla
******: pade aku..negara aku adalah islam
damghah: hemm..
******: tanahair aku pon islam
damghah: hemm..

******: kalau islam tu ade kat zimbabwe aku sudi jd rakyat zimbabwe
******: hehe
damghah: hahahhah ...adushh..
******: sorila
******: ko dan aku..matlamat berbeza kot
damghah: hukum berdasarkan dalil zon akan jadi macam2...perlu lebih kreatif la..
damghah: huhuh
******: sape suh berhukum
******: tu aku nye prinsip
damghah: matlamat muslimin tetap sama..
damghah: cuma cara lain2
******: tp takde lak aku kate aku tak sayang femily aku
******: tak sayang negara aku
******: yg salah tetap saah
damghah: hemmm.. salah?? apa yg salah kat sini??
******: ye la kalau dah ade mende salah
******: ehehe
******: tak jalankan hukum islam kan salah
damghah: lam hal neh??
******: tp tade la sampai aku nak gi bom parlimen ke kabinet nun
damghah: means.. salah camne nko cakapkan??
******: ape2 la

damghah: aduhai.. cite la..
******: aku ade mende petronas suruh isi ni
damghah: aku pun nak tahu ..aku bukan bertekak neh.. aku cuma nak tahu camne nko paham
damghah: lakhai..hemm
******: mmg la tak betekak
damghah: ye la..so... cite la..
******: aku tgh pikir mend lain dlm kepale aku ni
******: nanti2 buleh tak
damghah: salah cam ne??
damghah: hemm..ok..
******: ni aku kene isi questionaire petronas suruh isi la sayang oi

damghah: okeh la.btw..
damghah: bagus la ada prinsip..cuma.. Islam ajarkan YAssir dalam segala hal..
******: sori aa ek
damghah: jgn SYADID
******: aku tak terlalu syadid
damghah: meanz... hukum zonnni tetap kena ada hikmahnya
******: yg syadid gile2 ni org alim2 aje kekekeke
damghah: aku tak kata terlalu syadid
damghah: SYADID jah..hahahha
******: aku syadid?
******: wahahahaha
damghah: hahhahah
******: ko ta eknal aku lagik la sayang
******: hehehe
damghah: tuh la...
******: nanti2 la kite bekenalan har lain ek
damghah: aku hukum nko sbb atas pendapat dan ur thinking jah
damghah: tuh jahh..
damghah: utk luaran.. no komen
******: haha

******: kdg2 ape org ckp kat intenet ni org paham lain
******: aku tak pakai sgt la kalau org nak enal org dlm tenet ni
damghah: hahhaha.. iz ok.. jgn amik berat sangat
damghah: aku cakap ngan nko neh... aku rasa cakap ngan ustazah MEsir la plak..
damghah: hahhahah .... geram gak...
damghah: but i know u
******: ustazah mesir?:
******: hahaha
damghah: huhhu
******: lawak lawakkknyerrr

damghah: tuh la..sbb isu2 tuh dulu penah aku bertengkar
******: mungkin prinsip pemikiran aku cam derang kot.tp aku terdidik dgn dunia pelik2
damghah: sampai tema KERANAMU M:SIA pun takleh diterima
damghah: hahhaha
******: so aku tau2la cemane nak bwk diri
damghah: cuma igt jah..
******:: tp prinsip keranamu msia tu mmg takleh terime laa
damghah: sume org lain bezanya..
******:: kite hidup kerana Allah dude
damghah: kalo kita pelik..
******: hehe
damghah: org lain pun lagi pelikk
******: hehe
******: islam itu dagang
damghah: hehhehe
******:: mmg sentiase pelik la nanti
damghah: betul la..
******: abihtu
damghah: sbb wasaya u'du ghariban
damghah: itu jahh
******: ape nak peliknye sbb aku tak setuju konsep keranamu msia
damghah: cuma pelik tuh macam2
******: pade aku itu membawa kepade syirik
******: ehehehe
damghah: pelik yg HUDA ..dan Pelik yg DHallal
damghah
: tuh jah

damghah: membawa kepada Syirik???
******: menjadikan mesia lak mcm Ilah
******: ekekek
******: yela
damghah: hahhahahah
damghah: tuh la..
******: kite hidup kite buat mende2 sume dm hidup ni kerana Allah
damghah: Wataniah camne lak??
******: haha
damghah: ISlam suh??
******: watan aku islam
damghah: wataniah means petriotik
******: hehee
******: lom sampa level watan lagik
******: kekeke
damghah: wataniah means.. patriotik dengan negara
******: haha...negara aku adelaa islam yang oi
damghah: hah??
******: skang ni tkuju lagik
damghah: ye la...
******: tak ujud
damghah: ok ok2
damghah: aku tak mau tekan la..
damghah: cuma...
******: tp ta maksud ku akan jual lak info2 rahsia mesia kat org luar
damghah: sblm nko nk hukum menda tuh syirik..
******:: hehe
damghah: aku rasa tak relevan lagi
******: ade syirik yg tak sampai kepada syirik
damghah: hah>??
******: susah mau cite la
******: hahaa
damghah: oOoOo
******: nanti2 la
damghah: means syirik kecik besar ehh??
damghah: hemmm...
******: ade hadith ke ape ntah
damghah: ada,.. ada
******: yg org syirik bkan sbb sembah berhala
******: tp kerana ..
damghah: a'a
******: aa lpe
******: heheh
******: weh dah aa
damghah: ape2 la..
damghah: okeshh..
******: aku teganggu tulis questionnaire
******: ahhaa....meraban aku jawab ni
******: aku kene jwb online ni
damghah: ok
damghah: wat keje tuh

Tuesday, August 17, 2004

"Nice To Know U"

"Dah tak ada mende nak Tuliz. Kebelakangan ni duk pergi sana sini untuk siapkan urusan dengan Embessy." .. Orait gak la.. Kelmarin baru siap dan kelmarin juga aku dah decide flight balik Malaysia.. "Aku akan kembali jejak tanah Air Ku".

Mungkin aku akan rindukan Tanah Debu neh. Itu mungkin jah. Dan akan aku rindu mereka yang banyak sangat membantu aku kat sini. ExSpecialis bebudak ISEK: IKATAN SETIA KAWAN, Cairo. Dan banyak kemungkinan aku akan rindukan suasana sinik. Suasana yang banyak menggemarku untuk turut bernafsu di Musim panas. Wakkakakk:))

Dan bila tiba di rumah; mungkin juga banyak program yang akan tergendala. Banyak yang akan dikuasai oleh nilai-nilai adab, nilai yang terpengaruh dengan struktur organisasi keluarga.. Hhahah:)) itu agaknya. Sudah tidak boleh mengatur sesuka hati, sudah dipimpin dan dibelai seperti anak lelaki yang perlu banyak berjasa kepada Ahli keluarga.. "Kerna aku tak mau jadi anak durhaka".

Soal hari-hari akan tiba berkemungkinan juga tergantung atas masa, waktu dan suasana pergolakkan sebuah rumah tangga. Seperti turun naik saham, jika banyak susahnya, perlu berkorban untuk kesuksesan segalanya. Jika berjalan lancar; teori-teori perancangan selama ini perlu diperbincangkan kembali untuk keharmonian seluruhnya. Kerana 2 jiwa yang terutama perlu dititik beratkan sementara peluang masa ada bagi ku berkhidmat untuk mereka. "Kerana pass Syurga adalah di tangan-tangan mereka".

Untuk ke hari ini, banyak suka-duka telah manusia lalui. Dan hari ini telah menyambut umurku semakin usang dan matang. Usang kerana akhir zaman dan matang kerana tahun kesejagatan.. "Dunia tidak akan menguasai nafsuku dan biarkan saja fikiran ku berleluasa dalam karenah ini".

Terima Kasih untuk semua; Sahabat dekat atau jauh!! Terima Kasih juga kepada Institut Pengajian Tidak Formal ku (Suasana), Para Kekasih, Tok-tok Arab; Jahil atau Alim, dan bla bla bla... "sape2 la yang rasa buat jasa kat aku".

Dengar kan; "Kota NIL, aku kan kembali, membawa lerai sosialis hujan batu di negari sendiri, biar pun emas kau beri ku telan, makan dan senang di sini, janganlah Kau iri. Biar pun syurga menjamin ku di sini, namun risiko neraka juga tidak menjamin ku di sini. Kota Nil dan Kota Sel adalah serupa untuk ku berpijak, tetap tersiap segala cabaran untuk melintang ke jalanNYA. Lepas ku buat sementara Kota NIL".

Paichowan; 17 Ogos 2004 :Selamat Hari Merdeka Buat Seluruh teman-teman Indonesia dan para penduduknya.

Monday, August 09, 2004

"Instrumentalisme-Revolut"

"Zaman makin berbeza. Manusia pun beza. Hidup turut merasai bezanya. Semuanya memang berbeza. Kerana rakaman masa dan waktu berubah sentiasa untuk manusia. Sebab itu manusia sentiasa dalam kerugian".

Falsafah apakah hingga perlu berfikiran di waktu santai, lena, main, kerja, dan segalanya. Falsafah yang membina ketahanan hidup ku untuk terus merancang di kemudian hari. Esok, lusa dan waktu besar dalam keluarga, zuriat dan bangsa menerajui hidupnya dan negaranya. Ya, negara yang sudah Merdeka dan belum tika masih dikawal dengan kuasa dunia.

Mungkin tahun ini Merdeka makin membina siasah manusia. Kampung halaman, pusat bandar (pencil dan gah), jiwa-jiwa manusia, fikiran manusia, tata-hidup, gaulan, perjuangan dan tak lupa juga untuk tidak mensia-siakan usia segalanya yang makin mencecah bilang-bilang angka.

Memang benar; manusia tetap punya falsafahnya walaupun aktif sifat berbeza itu sering menukar ganti hala tuju manusia. Sehingga dari peringkat yang punya akal fikiran dan yang menanti maut sudahpun memproses bahagian falsafahnya. Hanya untuk mengisi kehendak dunia. Itu sahaja.

Ogos ini juga akan merakam banyak peristiwa. Antara bulan kelahiran, kemerdekaan, kesadisan, keriangan, kehampaan dan segalanya berlaku. Untuk mengajar mangsa dunia seperti aku, kamu dan kalian. Cumanya sifat beza yang diketengahkan adalah usul perjalanan hidup, bukan menyifatkan bezanya dari sosial hidup. Kerana usul itu adalah hak utama menilai posisi kita bagi membelah atur-cara hidup ini.

Kebarangkalian situasi manusia seperti aku ini perlu lebih progresif dengan faham falsafah hidup. Faham dengan sosial manusia. Faham dengan proses untuk manusia. Kerana kefahaman ini akan mencerna falsafah seseorang untuk menilai gerak geri manusia untuk hidup, perjuangan dan justeru itu falsafahnya akan tergemilang.

Apa yang difikirkan adalah sesuatu yang segalanya berkemungkinan di hari-hari akan datang. Untuk mencabar dunia bahawa kemampuan manusia ini tidak punya tolak bandingannya. Hinggakan kuasa globalisasi, modernisasi, kurapsi gelombang-gelombang isme dan lain-lainnya bahawa; manusia mampu menandingi dan berdaya saing supaya tidak terpengaruh dan tunduk dengan negetisme sedemikian.

Kerana, walaupun banyak kemewahan diterima. Kesenangan, kecanggihan dan keterbukaan yang dicernakan namun, negetisme kemusnahan akan sentiasa menyeru suara-suara kiamat akan tiba. Biarpun sehebat mana sekalipun pangkat, kuasa, balam bangunan, senjata bahawa firmanNya mencemuh membawa kehancuran kecuali WajahNYA.

Untuk menjaga dunia; falsafah manusia mempunyai 2 unsur utama yang sama maksud. Adalah Dustur (Syariah) itu, berunsurkan untuk manusia merealisasikan dan praktik berguna untuk diri. Hinggakan kemampuan yang dimiliki untuk menjadi penyeru adalah kewajiban individu. Kerana dustur itu juga, tidak akan memihak sama sekali bagi Pencipta.

Justeru, harga manusia mempunyai ikatan yang kukuh untuk faham dengan dustur, dan menghasilkan falsafahnya tersendiri mengikut faham situasi kehendak manusia. Namun, kuasa faham tersebut tidak semata-mata tenggelam dengan kefahaman sosial bersahaja, akan tetapi kefahaman dustur sebenar dengan hubungan kepadaNYA adalah aspek utama untuk manusia menelusuri ke aspek-aspek yang lain.

"Tiada siapa menghina Hidup"

Wednesday, August 04, 2004

"Siplis Hidup"

Susah nak atur harian hidup neh... Huh..Walaupun tengah musim cuti nih, time yang banyak free macam dah jadi tak keruan. Time jah yang free, otak ni macam-macam duk syaghal.
Malam kejap lagi ada Jamuan JPM. Aku pun diinvite ke majlis. Terpikir gak;"Nak kena pakai formal kah?". Tuh la parah kalau dah tak pernah skema. Kalau pergi ke Embessy pun curi-curi masuk supaya tak bertembung ngan arwah Dato' Duta dan Tuan Pengarah. Huhuhu...
Parent kat kampung plak dah bising. Mana tak bisingnya, sebab dah masuk Ogos masih ada kat sini. Janji nak balik.. Adushh.. Susah nak faham ngan program harian sini.
Sebenarnya, bukan tak mau balik. Cuma keadaan aku nih tak menentu di sini. Nak tunggu result tuh memang la boleh suruh kawan-kawan jah nengok. Tapi, yang paling penting, akhir Ogos nih aku ada paper kena repeat. Tuh sebab aku kena stay lagi kat sini.
Paling sadisnya, duit poket bulan nih memang dah sengkek. Duit tiket lagi. Duit Ole-oleh balik lagi. Duit hidup lagi, rokok lagi, rumah lagi, dan lagi lagi lagi..
Nak kena cari Bank Bergerak nampak gayanya. Adushh,.. parah la.. Kalau hari-hari duk pikir pasal ni boleh down moral aku.. hhuuhu...
Bulan July+Ogos tahun ni makin berdarah mental aku. Esok lusa dan tulat belum tahu lagi harian macam mana. Jangan tinggalkan aku bersahaja hingga berlapitkan kotak-kotak untuk menutupi aurat badan ku ini.. huuhuhuu...

Sunday, August 01, 2004

"Manhal United"

"Ala, ok jah!.. wat apa nak pikir panjang2. Bagi jah nama mu, kita dah select yang lain". Dua minit kemudian."Semua tuh bekas Manhal United. Cuma dua tiga orang jah yang select baru".

Bukan senang nak konsisten dalam satu-satu kelompok atau perjuangan. Huh, bukan perjuangan je la.. Perjiwangan pun sama. Kekadang tu manusia punya pendirian dan pe'elnya sendiri. Tidak mau ikut rentak orang atau bertaqlid dengan aliran orang. Nak jadi orang kritis rupanya. Macam banyak-banyak tokoh atau manusia yang namanya sentiasa di bibir manusia hingga kini. Cam Kurt Kobin dalam arena musik, Ayatullah Komeini dalam arena perjuangan Revolusi di Iran, Abraham McBell (sape hah tokoh ni?), pendek kata mereka ni semua punya peran kritisnya untuk manusia lain. Lagenda ke hari ini.

Jadi, begitu la manusia yang selalu kita lihat terberontak di kalangan kita. Positifnya, bukan kerana negetif dari akhlak atau perangainya, akan tetapi potensi mereka untuk terus tidak bergantung dengan manusia lain. Kerana dia tidak mahu bertaqlid seperti manusia umum. Ingin menjadi benar-benar manusia yang dianjurkan sebagai khalifah muka bumi.

Banyak-banyak hal yang selalu dialami setiap kelompok, ada yang ingin mufaraqah dari kelompoknya. Bukan manusia ini tidak bersyukur atau pun ingin tergolong dalam manusia protestan, akan tetapi seperti bicara sebelum ini bahawa; inginkan berlaku kritis atau kelainan dari yang lain.

Kerana potensi mereka adalah hak mereka memilih jalan yang sesuai dan paling relevan bagi mereka menyelinap dalam kehendak mereka. Ya, mereka antara manusia yang tidak bertaqlid dengan suara atau ide orang, seperti berlakunya dalam gelodak Manhal United.

Kerana Manhal United, sekalipun semuanya lari dari sarangnya, ia tetap bersenyum dan sentiasa di bibir manusia-Nil. Dan kini, manusia-Nil menyedari akan hakikatnya walaupun sering dipersenda dan dijadikan bahan ketawa manusia lain kerna potensi ahli tidak sering memihak kepadanya.

Dan kini juga, Setiap dari kelompok-kelompok yang wujud turut harus berterima kasih kepada Manhal United kerana mengasaskan potensi bakat-bakat yang ada di seluruh kelompok yang wujud kini.

Atas usaha manusia kritis, telah menghasilkan berbagai tokoh, dan tokoh ini sebenarnya bermula dari tapak yang satu. Bukan berkemampuan untuk terus melangkah ke langkah-langkah seterusnya.

(Iklaneka: Manhal United adalah simbol Kelab Sukan kurang namanya di kalangan student Malaysia-Cairo. Manhal United juga sehingga kini masih mempunyai ahli-ahlinya bagi memenuhi aktiviti-aktiviti sukan dan anjuran dari segenap penjuru kejohanan di kalangan Student Malaysia-Cairo.)

Note: Mufaraqah= Keluar (berpecah atau keluar dari kelompok)
Taqlid= Ikut (Ikutan dari pendapat atau trademark)

Sunday, July 25, 2004

"Feeling MD+Radio"

Kalau manusia yang tak reti menjaga mulut mesti melatah; "Cam sial Jah Hidup ni. Pagi petang Malam Pagi duk mampus dalam Umah jah. Memang durjana Hidup ni..". Tapi manusia tetap normal sekalipun emosionalnya melihat telatah manusia Negetif.

Tapi ada orang cakap;"Negetif sangat ke kalau duk dalam umah jah, layan perasaan, teman jiwa, tanam taik mata, atau cangkul kerohanian bagi timbul untuk selindung tubuh (seperti golongan sufisme)?". Ada lagi yang bertelatah lain; "Mereka mengira usia, hidup, degup jantung, takpun yang demam berhapus dosa dan tobat tak berdusta dan tak kurang golongan yang ralit dengan perkara dunia hingga sisa-sisa 'lepak' di rumah pun dikira maksiat kerana dunia.

Musim cuti sebegini, aktiviti akan bebas. Berhak untuk siapa dan apa. Kemana dan bagaimana nak urus perihal liburan terletak atas individu. Ada yang turut babitkan sekumpulan pelajar seperti geng-geng NGO, Badan-Badan Persatuan dan entah dari mana organisasi untuk menghidupkan sosialis pelajar. Habis penuh perkarangan Malaysian Hall. Kunun jadi Malaysian Hall. Tetapi mudah di sebut 'Kompleks Haiyu Asyir atau Perkarangan Studen Malaysia", itu yang agungnya. Hanya pada lingkungan pelajar..

Jelajah ekonomi pun turut serta diliburan ini. Satu ke satu keping duit 'keras+lembik' semakin pupus dalam uncang 'handmade' nih. Kerana biro-biro kesenian dan keMERIAHan (tak tahu biro apa yang konduk sume ni) dari seluruh jabatan dan organisasi akan mengambil kesempatan untuk isikan masa luang pelajar. Sudut pelajar.. Kerana mangsa-mangsa adalah pelajar..

Itu arahnya liburan pada tika ini. Tak terkecuali juga, ada anjuran-anjuran hebat dari Badan-Badan Pelajar. Kununnya lagi untuk meraih dan kebajikan Pelajar. Baguslah.. teruskan,.. Cuma jangan babitkan perkara negetif dan pertembungan ideologi politik dalam semangat kebajikan... hemm..No komen lebih2..

Dalam beratus-ratus program, acara, pengisian, hiburan, entah macam apa lagi yang boleh diistilahkan; bahawa dalam keriuhan sebegini pun masih ada manusia berkurung sahaja di kamar-kamar hiasan mereka. Ada yang amat bergembira walaupun tidak kenal matahari 2/3 hari, masih ada yang sudah lupa bahawa dunianya dibelah siang bukan gelap malam.

Kerana manusia tetap punya kreativiti tersendiri dan keinginan yang berbeza seperti dasar manusia yang hanya suka berdiam hanya di kamar akan punya identiti hidupnya. Aku lebih suka dengan istilah golongan ala sufisme. Kerana 'suluk' mereka ada kerana lagu-lagu yang dicipta khas pagi penagih perasaan, jiwa, keharmonian, keamanan dan memikirkan status diri, keluarga dan negara dalam konsep 'Think-Tang'. Itu hanya tanggapan postif aku, kerana diri aku...

Kerana mereka ini lebih bijak menyesuaikan semasa; seperti adanya kata-kata "Lebih baik Feeling Radio dari berceramok dengan anasir-anasir fitnah kat luar tuhhhh".


Monday, July 12, 2004

"Pokoknya =Syajaratuha+ Part-Two"

"Papa bilang, jangan terlalu agresif dengan akal mentah". Bila masa pula kita nak gunakan akal ini agar lebih relevan dan boleh dilabelkan akal yang aktif progresif dan berpositif. Bukan mirip dengan identiti Filsuf Barat yang meletakkan Akal terawal dalam Tauhid. Seperti "Adanya Bumi dengan Adanya Tuhan". Sifat Tauhid yang ada miripnya dari kesan 'Muktazilah'.

Tapi, bila dikaitkan soal akal-Feqh, adalah memang benar. Kerana; Feqh bererti Faham. Begitu juga Feqh adalah fungsi Undang-Undang untuk manusia. Justeru, 'Faham' mula diintegrasikan kepada hal seluruh umat. Bukan lagi diklafikasikan kepada kasta-kasta ummat yang berbagai golongan. Malah, ada yang pasti bahawa; Feqh Modern sekarang adalah mutlak bagi mangsa moden. Bukan yang dahulu kala.

Asal pemikiran ini serupa dengan pendekatan 'Muktazilah' yang sudah terpengaruh dengan 'Falsafah' tauhid. Tapi, bukanlah mereka itu 'Ahli Muktazilah'. Kerana, kisah penyerapan Tauhid tidak sama dengan penyerapan Undang-undang sepertimana Argumen Ibadat, Muamalat, Munakahat dan sesi Modenisasi Culture. Bahkan, kepercayaan Tauhid adalah Tetap manakala Feqh berubah mengikut kehendak Hukum dan Relevanisi Ummat.

Ada yang menghukum asal pemikiran berpunca; buta dalam hakikat Asal usul Islam. Kerana Asal kesempurnaan Islam berkait rapat dalam Tiga unsur Teologi utama: 1- Iman, 2-Islam, 3-Ihsan. Bahkan dalam perspektif ilmu Agama Imam al-Ghazali menggarapkan kesempurnaan terhadap Tauhid+Feqh=Tasawuf. Itu-lah kunci bagi penjagaan akal.

Tidak berubah juga ketika peningkatan Tamadun serta peradaban, Islam cemerlang dengan pelbagai golongan Islamisasi. Penuh dengan usaha pengembangan Ilmu, Thaqafah, Tokoh, Pakar dan pelbagai bidang yang flexible di dokong oleh para Agamawan. Ya, agamawan! bukan agamawan celup yang berkonspirasi dalam pemikiran sekular mahupun pinjam maksud orientalis, seperti yang terhilang akal dan iman menentukan hukum Feqh mahupun kaitan Tauhid dalam sosial masyarakat.

Kerana era-kini ada yang berani suara, "Tidak relevan lagi segala natijah analisi asal petunjuk dijadikan pegangan". Suara lagi; "Tajdid dalam setiap lapangan ilmu termasuk penguasaan rujukan utama Umat Islam". Tidak salah akan tetapi makin berganda sehingga melibatkan sindiran struktur Feqh dan Tauhid era kebangkitan Umat Islam di bawah Tangan Mulia RasulluLLah s.a.w dan Sahabatnya.

Turut melibatkan kecaman modenisasi, dustur Para Khalifah al-Rasyidin, para Tabie dan Tabiein dan Ulamak-ulamak yang tidak terganggu dengan persoalan material. Kerana pemikul seruan sekarang lebih malas dan angkuh serta takkabur melihatkan pemikiran mereka. Ini kesan racun material dan pangkat sekular sudah bercampuran dalam perjuangan mereka.

Tapi, penulis amat sukar menganalisis bentuk pemikiran meraka kini. Kerana pandangan mereka mempunyai banyak provokasi dan bukan memerlukan natijah yang terpenting. Provokasi yang berkonspirasi, lebih lagi tidak berkonsepkan sebagai pendirian Umat Islam. Itu masalahnya.

Secara dekatnya, berkemungkinan mereka hanya minat mengkomersialkan kepentingan mereka dalam gerakkan ideologi yang Islamik malah tersasar di Gunung Beruntung oleh kerana tidak punya pegangan dan pimpinan tokoh sebenar. "Maka tanyakanlah 'Ahli Zikr' (yang mengetahui) jika kamu tidak tahu". Kerana juga, kesempatan mengaut ilmu dengan buku-buku dan kajian tanpa 'Murshid' akan melibatkan akal tidak sihat yang dipengaruhi propaganda musuh manusia.

Namun, kita ketahui, konflik sedemikian adalah punca peradaban manusia. Kerana ketika pengaruh Jahiliyah semakin meluas, ketika itu, Pemimpin Manusia diutuskan untuk menegur dan menasihati supaya role-model manusia tidak tersasar. Kerana Pemimpin tersebut bukanlah hanya untuk Kaum bahkan di utuskan untuk sekalian Alam. Hingga ke hari ini.




Monday, July 05, 2004

"Pesan Generasi part-One"



Pesan mak bapak atau orang-orang tua atau orang tua-tua dahulu; "Jangan Hidup Cam penjajah!".

Ada pepatah;"Bapak borek anak rintek". Mana satu nak kaitkan antara perihal kelakuan anak bangsa dengan Kepalanya atau nak terus saja pasal anak bangsa Durhaka. Durhakakah Mereka???. Atau masih ada niat-niat kudus yang diharapkan agar si kepala CELIK!! tengok dunia. Takpun Tak kurang suruh dunia CELIk!! dengan respon anak bangsa.

Waktu para gagasan era-kuno abad pencabulan kuasa ortodok dari bijak-pandai tokoh rasional, sebab perbalahan era Athenz dan Era Babtis; malah mengundang pembakaran besar protes kekhayalan dunia rasional mereka. Wanita Babtis korban.

Habis hangus terbakar kegemilangan kuasa kosmologi jutaan kajian ilmiah dari tokoh pembinaan ADAB intelek manusia. Mungkin itu adalah landasan Sunnatu-LLAH bagi susulan generasi kemudian. Kerna era-Baghdad di bawah kuasa Khalifah al-Makmun juga rebah dalam pengaruh Kuasa ILMU; segala untuk tatap Sunnatu-LLAH bahawa; Segala adalah percaturan-NYA.

Lebih pula, lumba-lumba intelek sudah serap dalam tingkah globalisme kini. Dari pertembungan Barat-Timur, Selatan-Asia, Latin dan macam lembah lagi turut bertukar operasi oleh kerna usul "Terorisme"- sudah pengaruh Dunia.

Heboh dalam lenturan picis mahupun ledak inter, berkenan dalam Ideologi masih bersifat kemaruk. Jatuhnya sosiolis Mark, tumbuh Demokrasi, yang tak punya sifat Tauhid.

Asal hidup; Islam datang memberi terang untuk Manusia. Bukan lagi di zaman Fitrah pencarian Tauhid tika ibu-bapa Baginda S.A.W. Dengan Beliau manusia menjadi mulia. Sudah ada hasil iman yang menerangkan hati dan akal. Jalan mereka lurus nampak dan jelas dari wahyu-wahyu di samping mereka. Tiga Generasi tidak saling tumpah mempunyai prespektif tersendiri namun masih di kira terulung!.

Ada pula yang sengaja mengindahkan ke-Empat, ke Lima, ENam dan seterusnya. Seperti di zaman Saidina Umar abd-Aziz r.a; bijak menserasikan anak bangsa dalam kasta antar-manusia hinggakan berwirayat; "Singa di hujung Hutan tak akan sanggup menelan Kambing yang berkeliaran".

Hakikatnya; "Ulamak warasatul an-Biya'". Dan untunglah jika sifat kepimpinan itu bercirikan kuasa Ulamak. Khalifah yang masih tidak diracun era-modernisasi. Khalifah yang asal infrastruktur saidina Muawiyah r.a iaitu selepas Saidina Ali r.a.

Namun, sistem yang singgah di Selat Melaka tidak teguh lama. Kuasa Sultan sudah di duakan. Tidak menafikan dalam hal hartanah nan peribumi, TuanKu Sultan kalut turut serta. Kerna anak-anak bangsa.

Sosio-politik Istana tidak lagi sekuat kuasa politik Kabinet. Asal inilah juga pemecahan antara kuasa DiRaja(asal bapak tiri bangsa) dan kelola goverment (bapak kandung bangsa) lebih progresif mengawal sosial anak-anak bangsa. Anak bangsa yang sudah sarat akal kerna pengaruh sosial bapak Bangsa.

Inikan juga adalah sunnatu-LLAH, lakar hidup manusia bagai sudah digarap berlakunya demikian. Sedar dalam lokal inilah manusia mula bangun dengan wahyu; "Sesungguhnya ALLah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaumnya sendiri mengubahnya". Berkat Faqeh kesadaran ini, muncul puak revolusi dari barisan berpengaruh dunia Islam.




Sunday, June 27, 2004

"Kota Egypt"


Dua Tiga minggu ni aku sibuk macam2 la. Sibuk pasal urusan diri, tetangga dan masyarakat.. Kunun la...

Berkebetulan,.. sambil menunggu result maut dari kaunter Kuliah, ada teman2 dari Jordan meh ziarah kat sini. Di sebabkan terlalu Fit plan yang dirancang,.. bentuk2 asiosi hidup makin tak terurus. Baju tak dibasuh, Gigi jarang2 gosok "Hahahhaha", rumah berselerak, kentut pun jarang2 keluar. hahahahah..Note: Bukan situ maksudnya. Nak gambarkan sibuk sangat.

Kelmarin last bawa diorang jalan-jalan. 1st day diorang tuh meh sini. Derang lepak jek kat Mansurah. Second week baru datang Cairo ni. Bermula dari hari itu-lah, aku dah tak langsaikan lagi aktiviti harian aku:spt; Tidur pagi, lepak+menung jek kat umah, baca-baca2 buku, OL, n bla bla bla..

Sementara tempoh seminggu ni, kami banyak habis kan travel ke kawasan Cairo sahaja. Tak gi jauh2. Cam Sinai+Dahab+Sharm al-Syeikh+bla bla.. Hanya tumpu kawasan Cairo yang banyak didominasi kawasan2 Islamik kecuali Pyramid, Local 3 Raja di Mesir-Kuno.

Kalau di Bandar Cairo; jajahan kami singgah kat Masjid2 Dinasty Abasiah, Fatimiyah dan bla bla bla.. Cam Al-Azhar Masjid, Masjid Saidina Hussien, Saidina Amru bin al-Assr, Sultan Md.Ali Basha di zaman Salahuddin al-Ayyubi. Bertepatan gak, kawasan Istana pertahanan negara Mesir bahagian Bandar, Masjid 4 Mazhab; dilingkungi tempat pengajian Pengikut Imam al-Syafie, Imam Hambali, Imam Maliki dan Imam Hanafi R.A.

Dan banyak lagi la nak cerita. Ni pun curi2 time...

P/s: Al-Fatihah Buat Al-Marhum Dato TYT Duta Besar Malaysia-Cairo; meninggal dunia kelmarin..



Saturday, June 19, 2004

"Egypt+Sinai+Israel"

Kohkohkoh!! Psycholism Style time gelak. Aku masih ingat kalau masuk jek weblog bebebudak Psycholism.. Mesti simbol gelak !!kohkohkohkoh!!!. Hahhah.. cam Ayam tersemblit Muahhahah. Btw: Bukan pasal tu aku nak cerita.... Keznya banyak asalnya..

Bermula dari daerah Cairo, sampai ke benua Israel: Tadi ada bincang-bicang cam Master Thinking bukan Master Mind untuk buat satu planing nak Travel ke sempadan Israel. Memang la, dalam Pasport kita orang Malaysia tak boleh masuk Israel. Tapi orait jek, kalau dah besar kepala nak langgar undang-undang Malaysia. Hahhahah...

Selalunya, bila tiba musim cuti; 2/3 kerat Geng Kepala Masam mungkin ada planing dah di cop dalam kamus liburan ni. Tapi, Tahun ini, nampaknya ide or Plan untuk berlibur hanya diam dan seolah dah tak berprestij traveler. Termasuk aku dan memba sorang tuh; bCoz sorang duh dah ke Europ.

Rasanya sementara aku belum balik Malaysia, kami mesti ada satu perancangan yang rapi bagi menggugatkan kestabilan experience kami. Justeru; walaupun dalam Top-Thingking semalam telah memberikan natijah seperti kawasan-kawasan yang pernah diredahi. Namun, kami tahu apa yang menarik perhatian kami semua. Segalanya mistik dan penuh keghairahan memancing minat-minat Keindahan dan Kesenantiasaan dalam cuture hidup Arab Badwi.

Daerah yang dilingkungi 3 Pelusuk Negara. Bukan di Pantaian Medeterian, Pasifik atau Selat Melaka; Bahkan di semaian suara-suara Angin dan riuh burung-burung di Waktu petang. Lebih amat menantikan matahari Naik-tenggelam di hujung Lautan Merah. RedSea gelarnya.

Melirik mata ke Kanan; Dua mata ini akan melihat sayup-sayup Tanah Suci Mekkah Arab Saudi. Kalau di tenung benar-benar, walaupun terkemut-kemut mata dengan halangan Kabus; Mata akan mengecam kearah luruh pandangan:"Itulah tanah Jordan."

Dan kalau benar hati ini murka dengan sifat-sifat Zionis. Sudah pasti tidak akan mencium matanya ke pinggir Kiri. Kerana pihak di Kiri pinggiran Lautan Merah adalah Tanah Pengganas atau gemar dengan Da Real Terorisme in da World bahawa Israel.

Itu baru gambaran suasana yang bleh aku imaginasikan.. Nak lebih lagi kena meh sendiri la. But satu pengetahuan Religion-Histori; Destinasi yang digambarkan ini di namakan Sinai, juga keistimewaan yang terkenal Jabal Musa -tempat Munajat Nabi Musa kepada Allah. Dan kawasan kesesatan kaum-kaum Musa yang murka dan ingkar dengan Seruan-NYA.

Ah... nanti aku sambung la.. panjang la plak!!!


Thursday, June 17, 2004

"Coming Home"

Pegi balik.. Balik pusing sana sini.. Turning kiri kanan.. Kosong jak.. Cam Kelam kabut dua tiga hari ni. Kelmarin last Exam. Gegas balik Cairo. Malam tadi gi airpot. Memba balik sorang. Dah berlepas ke Euro 5 orang. Sorang ke France dan 4 orang ke London.

"Wez! DWan! Tak Mau Ke UK ka? Jom Join skali". Tuh soklan 2 bulan lepas. Time tu memang manusia sini pakat sibuk pasal nak exam. Aku pulak time tu sibuk gak nak cari bahan2 kuliah untuk esei2 yang bercambah.

Seminggu seblum tu."...Woi!! Tak balik ka? Ada Asigment 2/3 subjek. Prof. nak kita siap 2 minggu..." Massage aku terima dari x-housemate. Time tu la plak Mak+Bapak aku call suh balik after exam ni.



Semalam dah selamat diorang masuk dalam bording MALTA untuk penerbangan ke France. Ramai la plak malam tuh.. Riuh rendah kat airport. Ada yang nak balik kampung (MALAYSIA). Ada plak separuh lagi berkelompok nak ke EUROP. Rasa-rasanya ada gak dua tiga orang nak ke Portugal tengok bola. "Takpa la derang banyak pitiz" Ada juga suara-suara sumbang kat telinga ni..

Tadi plak.. bangun jek tidur.. Rasa cam ada gam jek Hidung aku ni.. hhahha.. Memang la.. Dah berhingus pun.. Tubuh cam suam-suam Dhuha.. Tak sedap tubuh la plak.. "Ah apa nak kisah".. Cepat2 siap2 sebab ada janji ngan memba nak Booking Ticket flight balik nanti.

Dah jumpa tadi. Aku malas nak confirm date. Banyak sebab tak mau confirm.. Pertama: pasal result al-Quran tak tentu lagi.. Kedua: lak. Nak cari time yang betul2 clear utk penerbangan aku agar nampak blues Muahhahhaha..

Hem.. Lusa..Bapak Saudara belah Bapak aku plak nak balik. Dia call tadi suh pegi. Esok sibuk nak kena prepare utk dia plak.. Kalau tak pun.. Biar kawan2 dia dah la.. Yang penting esok dia buat laksa.. Hahhaha.. Bleh aa makan Free umah dia besok..

Esok lusa, Tulat, tubing tuling.. entah apa akan aku sibuk plak.. Banyak benda lagi nak kena pikir,.. nak kena susun.. nak kena lepaskan bagi semuanya langsai sebelum aku blah dari Tanah Kinanah ini buat sementara waktu..

Aku nak tulis lagi lepas ni.....





Tuesday, June 08, 2004

"Kejiwaan Part-2"

Sebelah mana sebenarnya nak memihak? Melayan perasaan atau sentiasa degil untuk tunduk dengan perasaan. Adalah perasaan, perasan dan kejiwaan memainkan peranan penting dalam harian manusia. Kerana sifat tersebut akan meraih hidup seseorang dalam suka-duka, masam manis, sedap busuk hidup manusia.

Itu teori aku saja. Mana taknya, bukan mudah nak pengaruhkan jari-jari ini supaya taip menurut formal kejiwaan. Sebab, hati dan akal manusia tetap mempunyai efektif yang berbeza. Aku dengan gaya caraku dan kamu berkuasa mengetahui diri sendiri.

Berbicara tentang kejiwaan ni,.. Ada la sorang budak tu!! Hem.. Bleh tahan gak. Kekadang tu curi2 Feeling gak ngan dia. Wakakkakak. Comey la hooooohhhhhhh!! Cute n Kecik mOlek tuannya. HahahahHHAHhahah. Bila rasa terberontak, rasa berani la plak nak gi borak lama-lama ngan dia. Tapi, bila berkeras tak pergi,..ada la suara;"Ala Ego la tu... Taknak tunjuk yang dia tu Jiwang!! Rockkkk Kunun" atleast.."ala.. feel sorg-2 orait gak... Muahhahahah

Memang ayat ni bangsat sangat kalau dengar. "Chezz!! Rock memang Jiwang. Cuma style jek Rock!!. Hahhah.. Tu la agaknya yang boleh Backing Manusia ROck yang inginkan Feeling pada seseorang. Tapi GNR ganaz.. Siap Logo Pistol N Bunga lagi. Bukti tuuu.. Bukti.. Kiranya Jiwang gaklaaa.. hahhahah

Cerita pasal budak tu. Dia tu selalu bersendiri."ni mesti kes selalu follow-up tentang harian dia." Hahahah.. Hem.. Pernah la 2/3 kali borak ngan dia. Takdak apa yang menarik sangat time aku borak. Sebab tak mao pancing perasaan dia. Agaknya la..Hahhahah.

Bila tengok je dia. Hati selalu memuji.."Isyk,.Cantiknya dia".. "Lembut budi bahasa+penampilan+rupa+bla bla bla...". Macam-macam la Jiwa ni akan memuji pasal dia. Tapi,.. Hakikatnya Hanya Pujian,.. Tiada yang lebih.. Lebih sampai nak kena dan pergi dan usaha Tackle dia.. Tak sampai hati aku.. Tak layak rasanya.

Ala,.. Tak kisah pun. Jiwa plak suka menduga. "Dia dah berpunya? Siapakah lelaki yang dia sedang bercakap tu? Huhuhu... tanda tanya.....Apa nak kisah sangat. Nak Tangkap Cintan. Aduzzz.. Rumit la plak nak hadap nanti. Tak alone la. Dah couple takleh berfoya-foya dah.. Hhahahahah

Kejiwaan macam mana sebenar ni?? ahhah.. "Manyak busuk punya olang la".. Sebab kejiwaan manusia juga punya dua bahagian.. Pertama; Jiwa yang sentiasa dekat denganNYA dan inginkan Jiwa bebasnya dalam hidup. Kedua Jiwa yang sentiasa bertambah Karatnya dengan perhiasan dunia.

Namun, Kejiwaan adalah aset penting bagi tumbesaran imaginasi dan kritis hidup manusia. Akan tetapi Kejiwaan tetap akan jadi sia-sia jika kita tidak pandai mengkontrolkan nya..

Selamat Berjiwa.. Wkakakkakakakak



Sunday, June 06, 2004

"Kejiwaan"


Benih-benih jiwa; kekadang tu dia macam memuncak nak Jiwang. No hal la, sebab jiwang ala-Blues orait gak. Sebab sesuatu benda tu TAK PUNYA di tangan. Lain la kalau DAH ADA,.. susahhh.. nak kena realisasikan apa itu kejiwaan dalam aleman-aleman romantis. Rumit la plak.

Benih-benih jiwa ni; Sesuatu nikmat yang diberi kepada manusia. Buktinya jelas, kalau adat Ikutan atau Taqalid dalam kajian Syair-Syair Jahiliah mahupun diperingkat Pra-Islam dan dari Tokoh-tokoh Islam mahupun lainnya; membuktikan sesuatu yang tidak di asingkan dalam rangkaian merubat kejiwaan manusia dan membelai perasaan manusia menjurus kearah faktor benih-benih kejiwaan. Contohnya tak leh nak bagi tahu la.. nanti kagum plak Muahhahahah.. Tak ingat maaaa

Konklusinya, sifat kejiwaan atau biaknya benih-benih dijiwa manusia adalah sesuatu yang unik dan klasik tanpa dikerah dan dipaksa untuk merasakan feeling apabila sesuatu benda yang dikenal pasti itu terangsang dalam struktur tubuh badan kita. Seperti akal, jasad dan Hawanafsu.

Sebab itu sebrutal-brutal mana pun manusia, seseorang itu tetap ada kehendak sex or Nafsu atau berkeinginan untuk sentiasa didamping, disayang, dibelai... Agaknya macam ni la sisa-sisa alam kejiwaan.

Namun, kejiwaan sebenarnya adalah punca material yang wujud dalam era persekitaran manusia. Sebagaimana alam Sosial; Kias benih-benih kejiwaan serupa cita rasa dalam rutin makanan kita. Macam tu juga dalam rutin sosial hidup kita. Kerna tak mungkin benih-benih kejiwaan akan terserap dalam jiwa kalau akal dan diri kita tidak tergelumang dalam sosial hidup masyarakat.

Sebaliknya pulak,.. Kalau ya memang tak bergelumang dalam soal sosial dan menafikan bahawa; benih-benih kejiwaan tidak akan wujud sekalipun kenal erti dunia adalah satu penafian yang Fasad. Kerana penafian sebegini adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Akan tetapi, Bagi sesuatu benda yang dah ADA, tidak hairan dan tidak pelik jika sentiasa istiqamah dalam meraih cinta, dalam belaian jiwa serta menduga kasih sayang.

Dan tidak kurang juga bagi sesuatu benda yang TIDAK PUNYA,akan turut serta dalam mencari-gali benih-benih untuk disemai dalam usaha mencari temanan ataupun mencari Hanya Khayalan.

Dua Golongan Ini adalah Misi aku dalam santaian malam ini.


Creep

When you were here before,
couldn't look you in the eye.
You're just like an angel,
your skin makes me cry.
You float like a feather,
in a beautiful world
I wish I was special,
you're so f**king special.

But I'm a creep, I'm a weirdo.
What the hell am I doing here?
I don't belong here.

I don't care if it hurts,
I want to have control.
I want a perfect body,
I want a perfect soul.
I want you to notice,
when I'm not around.
You're so f**king special,
I wish I was special.

But I'm a creep, I'm a weirdo.
What the hell am I doing here?.
I don't belong here

She's running out the door,
she's running,
she run, run, run, run, run.

Whatever makes you happy,
whatever you want.
You're so f**king special,
I wish I was special,

but I'm a creep, I'm a weirdo.
What the hell am I doing here?
I don't belong here,
I don't belong here.


___________________


Thursday, June 03, 2004

"Huk Alos"

Last minute baru nak nulis entry.Maghrib dah masuk. Aku Buhsan ghatek duk umah. Tadi pun masuk upload picture baru. wat Banner baru. Dulu banner budak kecik..Ni dah besar kat Middeast.

Tengah duk punggah sana sini, sementara tunggu Bola Argentina Vs Brazil Kul 2.30 am kat sini, dapat la satu ide nak bentangkan Forum utk sesi lepas exam ni.. Muahhah:)) Nampak gempak sangat. Forum Tuhh!! cam Nadwah.. Ala utk geng aku je.. Nak invite orang lain pun segan sangat.. Sebab susah orang nak paham ngan budak2 Low Profile ni.


Semalam, Memang Celaka, Bangsat, Lahanat Abiz, voice maki-hamun dalam kamus bibir ni. Mana tak barannya.. Celaka Tujuh Keturunan.. Bukan main bola tuh.. Pelakon cam Jemcerry belum tentu bleh menang dalam AIM.

Tapi tgk rekod semlam.. Memang boleh menang AIM. Tapi sifat-sifat kepondanan dan kekejian dan kebangsatan tetap tergelar selepas Hatrik dalam Panelty.

Pelakon antarabangsa, bertaraf global pasca attack tak boleh bolos. Memang pondan la Ronaldo. Celaka tahap empat kali Selasa tak abiz lagi dia..

Apa aku tulisni???.. Memang otak aku tak puas pikir lagi ni bab semalam. Camne 3 kali dapat Panelty... Pengadil?? Defende?? Pelakon??? or Emosi aku yang dah babas dari pejal sentimental??


Monday, May 31, 2004

"Usul Oh Usul" -"Hidup Bersama"

Adozzzz!!! Selesai satu bab! Memang kelmarin ni, soldOut la stady. Rasa Tobat jek. Dah la subjek gile Bangkong susah. Nak susun satu persatu point-point Usul+Kaedah bukan main senang. Dah la susun satu, nak paham teori Kaedah pun belum tentu dapat guna.

Usul Feqh, memang berhantu la subjek ni. Kalau ikut pengalaman senior, memang diaorang ni paling Fobia kalau kena repeat balik subjek ni. Minta-minta la bleh lulus. Lulus pun jadi la. Kalau ikut hati... Score jek.. Tapi,.."Lulus pun Ok jek".

Tengok year la. Bagi aku, Tahun ni kena research bab Kaedah Mujmal =Kecantikan. Entah nak istilah macamana. Mengikut Definasi; Iaitu lafaz (dalil) yang tidak jelas dan berkehendak kepada penerangan.

Definasi yang Prof aku bagi; "Lafaz (dalil) yang terselindung petunjuknya yang berkehendak kepada zat dalil, bahkan dirujuk melalui syariat (al-Quran+alSunnah) kemudian berijtihad."

Entahlah,, pening juga kalo nak bercerita. Contohnya dalil-dalil al-Quran yang tidak jelas maksudnya. Jadi di sini, bukan bermaksud kepincangan al-Quran sepertimana tuduhan-tuduhan pihak musuh bahawa al-Quran tidak lengkap dan tidak mempengaruhi semua aspek hidup.

Justeru, antara bab Mujmal, Bayan, Nasakh, sumber Sunnah, Ijmak adalah tajuk-tajuk besar dalam pengajian aku sesi ini. Kalau nak ulas Mujmal saja pun dah dua/tiga kitab nak kena rujuk.

Konklusinya; segala apa yang aku cite sume tu, Kajian sandaran sumber utama umat Islam. Iaitu, pengajian asas menganalisa dalil-dalil yang disabitkan bagi pengambilan hukum dari al-Quran dan al-Sunnah dalam Qawaed Usul Feqh.

--------------------------
Hidup Bersama

Tak tahu natey apa nak tulih sebenar ni. Natey??!! Kasar betul bahasa ni. Tapi kalau korang pernah join berkawan ngan bebudak Kelantan, perkataan atau isitilah macam ni biasa saja. Cam hidup orang Kedah, ada isitilah-istilah kasar kita akan dapati. Pungkuq, b**uh n bla bla..

Tu baru belah timur, utara.. Belum pergi selatan barat lagi.. lan**u, p**i, n bla bla banyak kritisnya. Tapi, bila dah bergaul n hidup bersama n bla bla bla.. Perkara tu dah jadi cam biasa. Cam "Caci maki sedemikian adalah gurauan pengerat kasih sayang. Rumit gak.

bar saja intro bab penggunaan bahasa. Mungkin benda-benda camni takdak dalam formal pengajian Kuliah. Kaji selidik dalam UPM, UIA, MMU, n U-U yang ada termasuk sini pun.. Memang takdak pengajian bahasa istilah sebegini.. Nak ada pun,..di pinggir-pinggir jalan atau hidup berkawan.

Sebab itu, kekadang tu.. manusia pikir nak bergumbira semata-mata. Hatta dalam kelompok berkawan sekalipun. Tak kiralah, dari sudut mana kita datang.. kalangan kejatuhan akhlak, Moral Down, mind gile-gile, kaki pompuan, kaki botol, kaki bangku, apa-apa la... Bahawa; kita kurang prihatin antara satu sama lain.

Maksud aku,. Apa yang sebenarnya kita akan dapat dengan dia??? Apa gunanya aku?? Apa yang bleh aku kongsi dengan mereka?? Apa yang mereka ada?? (Mungkin perkara ni sudah dipikirkan oleh sebahagian remaja).. Tetapi, aku maksudkan yang berupa Faedah.. faedah untuk hidup dan Abadi.

Entah apa yang nak tulizz..Gua blahhh!!!

Thursday, May 27, 2004

"Real Hand Mision"

..Huhh..susah nak paham ngan manusia ni. Memang benar la, teks al-Quran yang banyak memupuk akhlak manusia supaya lebih relevan dan beradab dalam hidup.

Hidup di Jahiliah-kuno, manusia mampu menyesatkan pikiran dengan praktikal membunuh anak, kawin-suka-banyak, tak respek wanita, harta dibolot walaupun usaha bersama dan macam-macam. Namun, Islam datang buat manusia aman, segala terbela, sama rata dan lengkapklah Agama Muhamad.

Namun, dalam aman gitupun, ada manusia yang busuk hati. Sesat akal dan sesat hidayah. Mereka adalah musuh Muhamad. Kekal hati dan akal mereka untuk sesatkan manusia. Justeru; al-Quran tak kesampingkan gambaran siksa-siksa di akhirat nanti, untuk diteladankan kepada manusia bagi kaum-kaum seperti ini.

Terkadang manusia keliru nak tasybih dan iktibarkan segala gambaran dan episod yang dilakarkan dalam teks Suci. Persoalan yang timbul sebagaimana kelirunya dengan Mukjizat al-Quran yang banyak hikmahnya dan kerumitan dalam hidayahnya. Sebagaimana rumitnya Mukjizat, respon kaum musyrikin dalam teks 3:alHijri menjawab kekeliruan manusia.

Kini Jahiliah-Moden| mula pertikai. "Tidak sama dengan perkara sedemikian, kerana segalanya kepada kaum Kafir. Bukan kita sesama Islam".."Tapi mereka dah macam Kafir".. "Perangai cam kafir".. "Tapi, mereka akidah yang sama".. Lalu; manusia semakin keliru untuk memisahkan antara sifat kaum Kafir(Musyrikin) dan sifat kaum Muslim(Mukminin), tanpa menganalisi makna kaum(munafiqin).

Walaupun kekeliruan yang timbul, seluruh manusia tetap berusaha untuk riaksi tanggungjawab mereka. Kerana teks suci yang tersohor diutamakan seperti menyuruh dalam gerak menegah Mungkar dan seru Makruf adalah nilai terpenting dalam membina akhlak manusia...

Namun, Mukjizat dalam balaghah dan seruan An-Nida' ke arah kebaikkan dan tegah kemungkar makin tidak difahami. Adakah bermula Tegah Kemungkaran? atau bermulanya Ajak kebaikkan?. Sehinggakan segala hal tidak diimbangi mengikut Qawaed yang ditetapkan oleh para Ulama' terdahulu.

Perkara kecil sebegini mungkin tidak mahu dihebahkan. Seperti mana Tasmiah dalam perlaksanaan amat sukar dibetulkan dalam gerak kerja manusia. Kerana Tasmiah akan membina kepincangan akhlak dan hati manusia. Sekalipun ada pendapat dari pihak supaya banyak dalam Salawat kepada Muhammad. Kerana dialah punca hidup kita dan dialah asal pembina bagi kita.

Namun, yang pasti. Sekalipun gerak kerja terpaksa serupa dalam Qias-Qias kemungkaran seperti teks 144 al-Baqarah, namun jaminan tidak akan wujud melainkan hanya dengan cara dan bias-bias kuasa Iman ditanam dalam Qawaed yang wujud.

Untuk membenarkan aliran kita yang benar; analasis Hadith dari pecahan 73 golongan masih lagi diistinbath oleh pakar-pakar Agama. Kerana natijah yang kita peroleh adalah 2 Mukjizat utama bagi Umat Islam tidak mampu difahami manusia melainkan kepada mereka yang dipilih dan senaraikan sebagai WaliyuLLah.

Kerana: Allah tidak akan memberi Hidayat kepada yang kamu sukai, akan tetapi diberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki. Sekali pun Abu Talib yang menjaga dan bela zahir hidup Muhamad.

Tuesday, May 25, 2004

"Hand Mision Part-Two"

Hahahha... Gile. Duk umah saja boring.. Tuh lahh.. Kalo dah Boring.. Macam2 la jadi..Atleast boleh jadi Aib, Coz time Exam pun bley aktif join Cyber Cafe...

Tapi, Tak lama sangat la duk sini. Paling lama 2 jam. Lagi satu. Kat sini murah sangat,.. Cyber yang aku main ni.. Per Jam 0.75 sen. Mane nak Luak main lama pun. Tapi tak la Over sampai cam tu..

Sosio-Studies; Macam biasa la.. Bebudak sini pun cam tu. Rasa-rasa derang ni kurang tekanan coz Subjek nanti tak berat sangat. Lain lak aku rasa, berat sket la.. Tapi takley gak Over confident.. Kut2 jadi cam berlaku baru-baru ni alias sosio-siasah...

Siasah-isme; Liga Arab tgh duk genting sekarang ni. Tak sempat aku nak join dengar2 News yg interesting. Kut2 ada Agenda baru.. Sblm ni pun, lepas pembukaan derang nak cakap pasal Tanggungjawab n Peranan sebenar perwakilan Negara Arab yang ada.. Nak Tawazun wa Ta'adul-Imbang dan Pengadilan dalam sesi peranan derang.

Aku nak blah dah!!!!

Monday, May 24, 2004

"Hand Mision"

Musim lalu, memang susah aku nak transit umah kawan-kawan. Bukan susah sebab depa tak bagi, segan siot.

Nih dah hari kedua aku lepak DAMANHUR. Bosan la plak, exam lusa plak. Kelmarin tu kira oke la jawab. Takla pulun sangat and tak parah sangat. Sejuk-sejuk Dhuha je.

Nak kira hari lama sangat. Entah bila aku jadi balik. Si Banai, dia nakkan Brezzz spesis Arab satu. Entah boleh bawa balik ke tak!! HahHAHHahaHaHAHha.

Tiket Tak pulun cari lagi. "Mahal sangat la harga". Mana aku nak cover duit. "Huhhh". Pa+Ma aku ada cakap; "Ala!! yang terguna tu takpe la.".. Isykk.. "Betul-betul nyusah kan mak bapak la aku ni.

Kepala Otak ni memang sah!! Dah kena viruz Malaysia. Balik tu memang la. Tapi.. Tapi.. Huhh.. Banyak masalah rasanya. Keje,..? Entah la.. Takde reason nak cakap sume tuh.. Kawan2,... takat mana sangat kawan boleh toleh kalo balik ni.. huuuuuuuhhhh..

Yang penting exam dulu. Pikir ni sume memang takde kesudahan.. Sebab.. Memang la.. Balik dulu baru tahu cam na.. Huk aloooz... Sure!! Nanti banyak la program nak wat.. Kekkeke..