8 Jun 2015

ANNOUNCEMENT: POPIA NESTUM KRUK KRAK

Hello people. Sempena nak menjelang Ramadhan and Syawal ni, aku ada jual:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

POPIA NESTUM! (semangat). 

Okay tak payah nak cakap banyak sangat and let the picture speaks for itself:



Iye nombor tu boleh contact untuk order. Bukan untuk tujuan lain 


Price: 


ORIGINAL
(rm10 for 250g/rm 15 for 450g)

HORLICKS
(rm12 for 250g/rm18 for 450g)

MILO
(rm12 for 250g/rm18 for 450g)


Grab yours now & enjoy the crunch in every bite!
Whatsapp: 012- 312 7284



Second picture ni untuk tunjukkan perbezaan saiz 250gram dengan 450gram tu:



Nanti dah beli jangan lupe hashtag kat instagram okay. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga amal tahun ni lebihhhhh dari tahun-tahun sebelumnya :D







18 May 2015

Gila

Sekarang ni aku rasa makin banyak orang gila. Maksud aku orang gila is orang yang hilang pertimbangan sampai tahap dah tak kenal manusia. Baru lepas tengok video budak kecik kene baling-baling. Then baca pulak pasal si suami yang kurung family dia and cederakan wife. Ape dah jadi ngan dunia sekarang ni. Tak pasti sebab tekanan hidup yang terlampau or pegangan agama yang makin nipis.

Either aku makin berusia or sebab nak jadi mak tapi tengok keadaan sekarang ni buat aku cuak sendiri ngan survivorhip next generation. Tak mustahil kalau sampai satu masa nak dapat benda sekecik zarah pun orang sanggup bribe each other. Dah kalau sekarang ni pun kes-kes pedophile, amuk, rasuah, and blablabla... dah jadi macam cerita biasa yang kau nampak kat news. Tu yang keluar kat news la yang tak keluar? Haish.. macam-macam dunia sekarang ni.

Haritu aku baca discussion dalam satu group ni. Discussion ni pasal sambung PhD after kau dah "penat-penat" buat masters. Macam-macam respon la ada yang kata memang patut sambung la. Ada yang kata ikut cita-cita and all tapi pada aku sendiri kalau orang tanye bila nak sambung PhD aku akan reply: Tak tau lagi. Tengok kepentingan. Untuk self-satisfaction memang aku nakkkkk sangat sambung. Tapi tak boleh la nak pikir sampai situ je kan. Nanti aku sorang je rasa satisfied tapi family macam mana? And maksud aku ikut kepentingan is for now kalau nanti aku dapat keje yang tak memerlukan aku ade PhD dalam bidang aku pe motip aku nak terkejar-kejar sekarang ni. Baik aku buat bila zaman aku dah berilek-rilek nanti even masa tu otak sure karat giler.



12 May 2015

3 + 1

Kakyong: Kin kau bawak inner favaurite aku eh?

Aku: Haah tengah pakai. Kan dah bagitau semalam

Kakyong: Selekeh la kau ni! 

Aku: Eh pesal pulak? Bukan dari kecik kite pinjam-pinjam kewwww

Kakyong: Ahhh sekeleh gak! (sekeleh = selekeh)


1. Selekeh

Aku ngan kakyong biasa menghadapi situasi camni. Well kitaorang berdua je pompuan selain mama in the family. Emo terjadi bila time tu kau nak pakai pastu baru perasaan yang sorang lagi dah pakai dulu. Cume satu aku tak paham bile orang kaitkan pinjam dengan selekeh. I mean yes ramai yang tak suka dengan PINJAM (aku pun sama). As for me aku akan pinjam/meminjamkan pada orang yang aku rapat and selesa je. Same goes to duit. Even RM1 pun. Soal dia kata tak payah pulang balik tu citer lain. Cume back to topic aku tadi which is SELEKEH. Apesal selekeh? why? wHY? WHYYYY? 

Macam inner tudung yang aku pinjam dari akak tu aku tak rasa selekeh pun. Memang la kepam kan dah kalau kau berpeluh tapi ape bezanya ngan kau tidur kat bantal aku. Lain la kalau berus gigi tu aku paham la. Cam yekkkk bacteria. 


2. Cheapskate

Kalau tengok keadaan ekonomi and politik kita ni macam tenat je gayanya. And im sure that im not the only one yang rasa camtu. And as a beginner-wife-cum-fulltime housewife bahangnya memang sangat terasa la sebab belum pandai nak adjust/spend money untuk bahan keperluan dapur, rumah and blablabla. So in term of money management tu memang agak kelaut sket (it’s okay kikin, u’re getting there). If sesape penah baca entri aku yang lepas-lepas memang tahu la aku ni jenis cheapskate bab-bab membeli kecuali ada masa-masa tertentu yang bila hangin membuta tuli aku datang tu je aku hilang pertimbangan sikit. And I think now level of ke-cheapskate-an aku makin meningkat. Which so far I find it good sebab nya secara tak langsung merangsang kreativiti untuk cari alternative and menjadikan aku rajin. But sometimes aku rasa memamg melampau sangatttt. 


3. Panas

Ni bukan panas hot story ke ape tapi panas weather. Dah bape harini aku asyik kepanasan je. Panas tahap meluap-luap pulak tu. Kalau ada angin pun rasa semacam je bahangnya. Hmm.. sian bumi dah makin tua.


4. Hotel

Baru ni nizam ada talk so disebabkan dia di-invite as speaker so kitaorang dapat la bilik. Aku suke kalau dapat bilik free sebab bilik yang kau dapat mesti la best kan. Ade bath tub (owh! maksud bilik best untuk aku is ada bath tub ngan swimming pool). Kitaorang check in hotel malam sebab gerak after work. And selama ni tak penah-penah la pulak aku nak check review hotel ke apa bagai sebab dah katanye bilik free. Takkan lagimau banyak songeh. Ingat kau anak raja kin? Tapi yang ni special sket sebab siang tu aku tergerak hati nak review. Boleh tak hasil review aku bagitau hotel tu ada hantu (owh mannn). Dah la aku ni penakut nak mamps. Tapi sebab lagi takut nak kene tinggal kat umah sengsorang so baik aku ikut. Getus hati kecilku (gitu). Alhamdulillah sepanjang 2 hari kat hotel tu takde pape yang pelik-pelik. Aku tanak bagitau hotel ape sebab mana la tau nanti ada orang penakut cam aku gak. Dahhh satu keje tak aman pulak nak berholiday kat situ.