1. Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning).
2. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu :
a) perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna)
b) Perisian serta aplikasi e-pembelajaran
c) Pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).
3. Pada pandangan saya, ketiga-tiga komponen di atas amat penting dan diperlukan bagi membentuk suatu e-pembelajaran yang berkesan. Teknologi yang semakin berkembang telah membantu kita meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.
4. Komponen kedua akan memudahkan segala urusan dan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk menghasilkan perisian dan aplikasi yang dapat membantu guru-guru dalam proses PnP dan memupuk minat dalam diri murid itu sendiri untuk belajar dan meneroka sesuatu yang baharu.
5. Komponen terakhir merupakan pelengkap bagi e-pembelajaran. Pengguna seperti guru, pensyarah dan pelajar akan memastikan e-pembelajaran berlaku dengan berkesan. Guru-guru di sekolah harus berkorban masa dan tenaga bagi menggalakkan e-pembelajaran berlaku dalam kalangan murid.
9. Kesimpulannya, guru-guru merupakan tunjang yang sangat penting dalam sistem pendidikan kita. Peranan guru-guru tidak dapat dinafikan lagi walaupun sering kali ramai individu di luar sana yang tidak faham akan pengorbanan seorang guru mengkritik peranan dan tanggungjawab guru di sekolah. Hanya insan yang bergelar guru sahaja faham akan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh seorang guru. Namun begitu, ini bukanlah suatu alasan untuk guru berputus asa dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Ayuh, bangkitlah guru-guru di seluruh pelusuk negara kita. Masa hadapan anak murid kita berada dalam tangan anda..
Laman blog ini telah membincangkan dengan lebih terperinci tentang komponen-komponen e pembelajaran.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang komponen-komponen e pembelajaran melalui persembahan slaid ini.
Video di bawah ini menunjukkan ketiga-tiga komponen utama e pembelajaran diintegrasikan membentuk satu kelas maya













