Celebral Palsy

Standard

Celebral Palsy adalah sejenis penyakit yang menyebabkan pesakit tidak berupaya untuk mengawal pergerakan otot kerana sistem di bahagian otak tidak mampu berfungsi dengan baik. Kanak-kanak Celebral Palsy sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum,semasa, dan diperingkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak sedang berkembang dengan pesat.

Maklumat Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)

Standard

– Mewujudkan pendidik terlatih dan berkesan dalam pendidikan khas di peringkat ijazah sarjanamuda.
– Mewujudkan pendidik pendidikan khas yang mempunyai kecekapan, pengetahuan,dan sikap yang diperlukan untuk pendidikan dan pemulihan mengikut setting yang berbagai.
– Mewujudkan pendidik yang cekap menjalankan penaksiran dan penilaian kebolehan pembelajaran individu, menyediakan rancangan pembelajaran individu berdasarkan penaksiran serta melaksanakan pengajaran pemulihan yang berkesan.
– Mempunyai pengetahuan dan kecekapan untuk mengajar beberapa kategori individu berkeperluan khas berdasarkan kebolehan kefungsian dalam kemahiran-kemahiran asas dan dalam salah satu bidang kecacatan atau keistimewaan.
– Menyediakan pendidik yang bukan sahaja mengkhusus dalam kaedah pengajaran khas tetapi mampu mengajar satu mata pelajaran lain mengikut disiplin pilihan mereka.
– Menyediakan pendidik yang berperanan sebagai pembela kepada individu berkeperluan khas dan keluarga mereka serta kakitangan lain yang terlibat dalam pendidikan khas individu tersebut.
– Mewujudkan pendidik pendidikan khas yang fasih dalam isu-isu yang relevan, aliran-aliran dalam amalan, penyelidikan, keperluan, dan sumber dalam bidang pendidikan individu berkeperluan khas.

Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Standard

Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Tanpa guru, siapalah murid. Hal ini demikian kerana guru merupakan insan yang amat penting dalam kehidupan seorang pelajar. Guru adalah insan yang paling rapat dengan pelajar selepas ibubapa.

Bidang pendidikan khas merupakan satu perkara yang mencabar. Guru-guru yang mengikuti bidang pengajian pendidikan khas akan mengajar pelajar-pelajar istimewa. Pelajar istimewa dalam erti kata lain insan yang tidak sesempurna orang lain contohnya pelajar yang mengalami masalah pendengaran.