My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

sorry ye kawan-kawan this week aku banyak kerja yg perlu selesai kan...aku akan kembali bersiaran bila kerja dah settle ok...sebelum korang keluar dr sini jom layan PEMBANTU PERIBADI aku yg tengah busy bekerja..;)







Assalammualaikum wbt...

1st of all i wanna say frens..today is my busy day..aku kena settle kan kerja-kerja yang dh terhidang di atas meja ni...dah beratur fail kat tepi meja ni...dah tersusun document yang kena review...SO dengan ini aku tidak dapat laa nak berjimba di dunia maya ni kan...tak dapat la nak merayap ke mana-mana...tak dapat la nak berblogwalking...kena kan dulu acara-acara di alam maya ini...



**utama kan kerja di pejabat yang telah di amanah kan ye...peringatan kepada diri sendiri...uhuksss masa itu adalah emas...;) aku akan terjah ke blog kawan-kawan andainya kerja yang telah terhidang ni dapat di selesai kan ok!! hehehe aku blah dulu la ye...

assalammualaikum wbt...

hari ni short entry dr aku...just nak inform yang aku bakal kesibukan sehingga JUNE 2011...sory yer korang maybe ada or tak da la update dari aku ni...kalau ikut kan hati dan mulut ni sure arr nak berkongsi cerita dengan korang...

BUT memandangkan kepala otak duk ligat berpikir pasal kerja makanya hentikan la lamunan itu kann..hehehe rasanya aku akan bakal merindu korang semua arr...


seperti biasa setiap tahun aku akan melakukan aksi kejar mengejar antara aku dan client...hehehe bukan apa nak mengejar due date LHDN laa kann...;)


*click pic untuk link ye...;)

*warning : entry terpanjang aku sempena 10 tahun aku dalam kerjaya...;)

Assalammualaikum wbt....

diam tak diam kan dari tahun 2001 hingga kini 2011 dah 10 tahun aku meninggal kan zaman belajar dari erti kata lain zaman gelaran seorang pelajar....so maksudnya dah 10 tahun aku bergelumang dengan kerjaya aku...*wah!! macam bagus je perkataan kerjaya tu kan...:p

macam seronok je bunyi nya dah 10 tahun tu kan...uhuksss padahal dalam tempoh 10 tahun ni macam-macam cerita dan macam-macam kisah yang terjadi..pahit manis semuanya di adun dalama rasa yang sedap hingga menjilat jari...;) *hahahaha aku bab bermonolog sambil berfantasi memang pandai kan...:p so korang apa yang menarik dan tertariknya dalam tempoh 10 tahun ni kan...jom tengok list yang aku buat ni ekk...*poyos arr siap ada list lagi tu....

after grade tahun 2001 :
  • kerja pertama - cashier kat Econsave time ni asal kan boleh je keje ni...yang penting aku dapat duit...*sebenarnya aku guna SPM je wei nak mintak keje ni...;)
  • gaji pertama - tak silap aku dalam RM 400...skit kan ihikss ni gara-gara tak cukup sebulan kerja aku dah C.A.B.U.T...hahahaha tak tahan wei dok berdiri jek dari start masuk keje sampai balik...tak di bernarkan duduk...sakit kaki aku...
permulaan kerjaya :
  • 2nd kerja - kerani akaun kat opis belakang rumah mak aku jek...time lunch wajib aku merempit balik...;) kat sini aku terima gaji dalam RM 600...
  • dalam tempoh 6 bulan selepas aku 'master' dalam buat akaun gaji d UP kan lagi 2 kali ganda...:D alhamdulillah...
  • bermula la era aku mengenali dunia perakaunan...di sini juga aku mengenali FULL SET OF ACCOUNT...from Balance sheet to Profit & Loss hingga laaa berkaitan semua adjustment...
  • aku kat opis ni lama tak lama ada la jugak tak silap aku sampai 2 tahun...
  • so memandangkan dalam tempoh 1 1/2 tahun aku hanya buat kerja yang sama maka kebosanan telah melanda bilamana aku mencari kepuasan dan cabaran dalam bidang perakaunan...opis ni hanya buat trading account so simple accounting treatment...
  • aku mula mencari kerja lain yang offer lebih dari ini...means bukan sahaja dari segi gaji tetapi cabaran juga harus la berbeza kan...
cabaran bermula
  • alhamdulillah tahun 2002 aku di terima sebagai Finance & Admin Manager di sebuah syarikat kontraktor bumiputera...
  • di sini laa bermula nya era cabaran yang terhebat di mana bukat sahaja aku yang menguruskan akaun syarikat malah aku perlu mencari projek financing...aku perlu membuat cash flow projek..pada masa yang sama aku perlu monitor projek sedia ada...di tambah pula aku perlu mencari tender-tender baru...mengisi BQ adalah tugas aku...bukan sehelai dua helai malah pernah aku sediakan BQ setebal kamus OXFORD!!
  • seperti yang aku jangkakan di sini lah bermula nya juga era di mana aku mengenali dunia perniagaan, selok belok dan permainan politik dalam mengisi dan memohon tender...*cissss tang ni memang aku tak suka beb...
  • aku pernah membuat perjalan yang bermula dari Klang seterusnya aku menuju ke Wangsa Maju dan singgah di Hulu Klang dan meneruskan perjalanan ke Kajang sebelum menuju ke Shah ALam dan berakhir di Klang juga...wah!!semuanya berlaku dari pukul 10 pagi sehinggalah pukul 8 malam...
  • amat2 meletihkan tambahan pula dengan kerja-kerja di pejabat..tetapi aku sentiasa ENJOY sebabnya aku suka kerja-kerja yang begini...yang membuat kan aku rasa tercabar bukan shaja dari segi KESABARAN malahan kualiti kerja aku juga harus berada di dalam keadaan yang TIP TOP...
  • namun jodoh dengan opis ni juga tidak berapa lama selepas aku berkahwin aku terpaksa meletakkan jawatan atas sebab-sebab yang tertentu yang tak perlu la nak aku reveal kan disini...
  • 2004 aku mendapat kerja di pejabat pemaju perumahan...alhamdulillah di sini aku juga mendalami ilmu perakaunan aku dalam industry yang berbeza dari sebelum ini...alhamdulillah di sini aku tidak di perlukan untuk kesana atau kemari...aku hanya berstation di pejabat dari 9 pagi hinggalah 5.30 petang...
  • seperti yang korang maklum kan laa aku ni jenis yang tak suka rutin yang sama maka level KEBOSANAN aku akan mencapai tahap yang maksimum yang mungkin...maka pada 2005 aku nekad untuk berhenti dan bekerja sendiri...sebelum aku berhenti sempat juga la aku membeli sebijik rumah kan...;) alhamdulillah...
era bekerja sendiri
  • tahun 2005 bermula era aku bekerja sendiri...aku berkongsi dengan abang aku membuka firma perakaunan sendiri...tambahan pula mak aku selalu berpesan 'tolong la tengok-tengok kan abang kau tu...' hehehe teringat dialog sebelum aku berhenti...'mak tak kisah asal kan kau dapat tolong abang kau tu'... oooopss korang jangan tanya pulak kenapa mak aku cakap macam tu ekk...adalah kisah di sebalik nya...;) alhamdulillah en suami aku juga memberi green lite memandang kan aku bekerja sendiri ni maka senang la skit dia nak ajak aku kemana2 je pun kan...:p
  • sebelum aku terlupa la kan sebenarnya abang aku pun ada opis sendiri kat Bangi maka aku di saran kan membuka cawangan di Klang
  • opis pertama : di rumah mak...selama setahun bersiaran di sini -2005
  • opis kedua : dalam tahun 2006 berpindah ke Kompleks PKNS...*itu pun selepas mak aku dok bising rumah dia dah penuh dengan kertas2 dan kotak2...hehehe tak boleh nak melawa rumah kata dia...;)
  • opis ketiga : pada tahun 2007 berpindah di Bandar Klang..aku berpindah selepas mendapat tawaran berkongsi pejabat dengan Associates Partner Secretary aku...lagi pun opis kat Kompleks PKNS tu hanya muat 2 biji meja jek...paham-paham je la kan document berlambak-lambak dan berkotak-kotak...last2 ada yang dok atas kotak time nak buat kerja...haru biru maka WAJIB la berpindah kan...lagi pun sewa nya sama jek aku kena bayar dalam RM 500...haishh baik aku pindah Klang je kan tambahan pula senang skit aku dan staff nak balik tak perlu laaa kena bayar tol kan...;)
  • opis terkini : di Bayu Tinggi bersebelahan Bukit Tinggi...selepas hampir 5 tahun bersiaran dan berkongsi pejabat dengan Associates Partner tu aku mengambil keputusan untuk berpindah selepas aku punya dokumen tiada lagi tempat untuk di letak...tambahan pula semenjak firm aku mengambil alih lagi satu firm maka bertambah-tambah la lambakan kotak dan dokumennya...hingga kan Associates Partner aku naik sesak tengok opis...hehehe sebelum dia sound baik aku pindah...betul tak...?hehehe
  • alhamdulillah 2011 aku mempunyai opis sendiri walaupun berstatus PENYEWA...;) itu sudah memadai bagi aku...insya ALlah aku ada merancang untuk memiliki pejabat sendiri...kita tungguuuu je la ye...korang doa kan tau...;)

SO alhamdulillah aku bersyukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia rahmat nya aku berjaya menapak setapak demi setapak sehingga kini...semoga aku di beri keizinanNya lagi untuk menambah rezki dan semoga perniagaan aku ini di berkati olehNYA...banyak juga kenangan pahit yang tercatat dalam journal kehidupan aku namun aku hanya mampu menyimpan rapi tanpa perlu untuk aku berkongsi atau membukanya kembali...biarlah kenangan pahit itu di jadikan sempadan dan tauladan serta sebagai pengajaran dalam aku meniti kehidupan ini...

sebelum aku mengakhiri entry ini, aku sentiasa mengingat kan diri sendiri tidak apa yang perlu aku banggakan dengan pencapaian dalam tempoh 10 tahun ini...aku hanya menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawab kan oleh mak ayah aku untuk sama-sama membantu abang aku, aku juga di beri lesen keizinan dari suami tercinta maka aku harus menjaganya sebaik yang mungkin tanpa perlu melencong ke arah lain, aku juga memikul amanah dari para pelanggan aku agar mengira dan membuat akaun mereka dengan tepat serta aku turut memikul tanggungjawab dan amanah para pekerja aku yang sama-sama berusaha untuk memastikan hasil kerja yang baik dan berkualiti...tanpa restu mak ayah serta suami aku tidak berada di sini...tanpa kepercayaan pelanggan yang di hormati aku tidak akan bertahan dalam industri ini...tanpa pekerja aku yang berdedikasi aku tidak juga mampu berdiri tegak...masing-masing memainkan peranan yang penting maka aku ingin berkongsi rasa dengan mereka agar mereka turut sama merasai hasil nya..



click pic for link
assalammualaikum!!!

wah!! macam real je gambar d atas menunjukkan aku yang terlampau keletihan...serious wei semalam kan aku memang penat fizikal dan mental...

lepas habis meeting dengan client je aku terus merempit balik rumah mak aku...konon nak merehatkan badan dan fikiran la kan...uhukss tak sampai 5 minit aku baring segalanya dah hilang dari ingatan...

mak aku kejutkan aku bagitahu yang dia nak bertolak balik kampung pun aku tak leh nak bangun...hanya angguk dan sebut berhati2 ye..aduhaiii mak aku kata teruk sangat mengantuknya....betul wei aku nak bukak mata pun tak boleh...

aku sedar2 semua dah tak de..uhukss hanya ada along aku jek...along kata kan aku tido macam tak sedar diri...adehhh....yang pastinya aku rasa segarrr dapat melelap kan mata dan menghilangkan segala masalah problem...TAPI lepas je jaga pikiran aku terus terlintas alamak!! kerja tak siap arr...hahahahaha hampeh je kan...:p

assalammualaikum!!

wei korang meh dekat sikit aku nak citer dan bergossip skit ni...

click pic for link

last nite kan ada client aku kol aku tau...uhuksss sebenarnya d larang sama sekali melayan panggilan dari orang luar ni...aku dah tetap kan malam dan weekend adalah hari bersama family and frens sahaja...

tup tup kul 9 malam aku received call...terautomatik jari ni gatal menekan butang accept call...cess salah tekan daaa...nak tak nak kena laa jawab kann...aku ingat kan urgent sangat la kan sampai tak menyempat nak tunggu hari esok...siap cakap hati dia tak tenteram...dia rasa gelisah selagi tak beritahu aku...mak aihhh rasa nak terkeluar taik telinga aku tau...isk isk dah ler client ni LELAKI...walalala bikin hati aku berdegup kencang la pulak kann...ape ke hal la pulak mamat ni...

aku pun buat laa suara terkzut bila dia cakap macam tu kann...pastu dia kata sory2 dia tak maksud apa2 just nak share instinct dia pasal staff dia...lorrrrrrr bikin gempak je wei...aduhaiii berderau darah aku...nak marah tak patut sebab dia client...haiyaaaa bikin hati aku tak keruan je tauu....

rupa2nya dia syak yang staff dia dah buat penyelewangan...dia harap kan aku nak selidik hal tu...ek eleh apesal lak aku yang kena kann...dia kata dia nak tanya direct dia rasa nanti apa kata staff dia...lorrr kalau aku tanya LAGIIII laaaa ape kaitan kann...aduhhh bikin pening je la client ni...so aku cakap laa nanti i ada meeting dengan u hari Jumaat then kita discuss la kann...dia boleh cakap apa tau...
ermmm rasa nya u as an Accountant kena prepare apa yang patut u tanya supaya my staff tak rasa yang kita ni syak dia...
aiksss itu macam kah..? nak je tau aku cakap...
u appointment i as u punya External Accountant bukan Internal Accountant yang perlu monitor your staff...

memandangkan ketika itu en abang aku dah bagi signal mata maka perbualan tersebut harus la di hentikan sebelum jelingan manja aku dapat...ahakss...isk isk isk serius tau aku tak paham apesal laa client tu tak cakap sendiri ekkk...dia tu DIRECTOR of the Company...so ada rights untuk bertanya kan...ermmm macam2 betul laaa kisah client aku ni kann...layannn kan je laa...yang penting fee aku kena bayar k...:p

click pic for link

click pic for source
harap maaf yer kawan-kawan.....misi mencari tagged dan mengambil award terpaksa di rehat kan seketika...uhukss aku baru 'terhidu' signal dari LHDN mengenai tarikh akhir penghantaran Borang B...ermmm aku pernah wat entry sikit pasal ni..boleh la korang rujuk kat entry yang ini ye...

selepas tarikh akhir submission form aku akan kembali bersiaran seperti biasa dan juga misi ini akan ku teruskan jua...eh lupa la plak...sempena ketiadaan siaran aku di sini aku harap korang jangan lupa kan aku tauuu :)..(*perasan sungguhh)


quotes dari sini...pic aku yang edit...;)...adik aku yang snap pic...:P

oh!!! sudah sebelas hari aku tidak mengemaskini blog ku ini...bukan kehendak aku menyepi kan diri...bukan juga kemahuan aku mendiamkan diri...hakikatnya tuntutan kerja yang memaksa aku menyepikan diri...

so apa kah yang membuat kan aku menyepikan diri ni...last friday aku ada meeting dengan client dekat TTDI Jaya....macam biasa la sebelum meeting aku kena make sure diri aku ni lengkap dengan segala info yang berkaitan...aku kena siapkan report untuk meeting tu...meeting tu actually berkaitan dengan ketidakpuasan hati client aku dengan Auditor dia...so die suruh aku review draft Audit Report yang telah di siapkan...banyak gak laa persoalan yang di timbulkan...so aku kena well prepared untuk menjawab soalan-soalan dia..

maka haruslah aku mengkaji dari mana datangnya figure2 tersebut...lupa pulak aku nak bagi tau...aku kena review dari tahun 2000 hingga 2008 punya data...itu lah yang membuatkan aku memaksakan diri untuk menyepikan diri seketika...memang nak termuntah nombor aku di buatnya bila kena review untuk 8 tahun punya....berpinar-pinar mata aku di buatnya bila melihat nombor-nombor yang kecil....bayangkanlah kalau A4 paper 3 helai terpaksa di sambungkan untuk memuatkan jadual pengiraan...bukan sehelai dua tetapi berhelai2 yang harus di selak dan di semak semula...

aku perlu refer pada data dalam bentuk Excel yang memuatkan working paper serta data dalam bentuk UBS software yang memuatkan ledger...arghhhh memang serabut aku di watnya...alhamdulillah presentation aku selesai dengan jayanya pada hari jumaat lepas...esok pula client tu ajak aku berjumpe dengan Auditor dia untuk closed up the Account...

lepas presentation tu aku punyaaa laa rasa kepala aku nie kosong..phewwww lega yang teramat2 sangat....ringan jer rasa kepala ni....


source pic click here


Antara kerja dan gaji…yang mana satu criteria utama korang dalam memilih pekerjaan…adakah korang memilih sesuatu pekerjaan itu berdasarkan kerja yang bakal di laksanakan atau berdasarkan gaji yang bakal di terima…kalau aku laa kan aku akan memilih kerja yang bakal aku laksanakan…aku tidak memandang gaji yang bakal aku terima…bagi aku la kan kerja yang bakal aku laksanakan mestilah sama dengan impian masa depan sekiranya aku bekerja sendiri…aku memang mencari dan mengutip pengalaman dalam pekerjaan yang aku lakukan…agar pengalaman ini dapat ku gunakan pada masa hadapan….tidak kiralah berapa pun bayaran yang ku terima asalkan pekerjaan itu menambahkan pengalaman aku…ianya boleh la ku katakana sebagai value added kepada ijazah yang ku terima...

Terpikir juga di fikiran ku kenapa kini masalah siswazah yang menganggur menjadi isu semasa yang paling kerap di bincangkan…boleh ker aku katakan di sini bahawa kebanyakan siswazah yang mengganggur tidak mempunyai misi jangka panjang…sebelum aku meneruskan hujah ku…ribuan kemaafan ku pohon kan kepada para siswazah yang menganggur…apa yang ku hujah kan ini berdasarkan pandangan peribadi ku semata-mata…bukan semua siswazah berada di dalam kategori ini..ingin ku tekankan di sini KEBANYAKAN siswazah…

Aku pernah menerima resume dari siswazah yang baru sahaja menamatkan pengajian…di dalam resume itu die letakkan expected salary tapi bila aku semak bahagian pengalaman malang sekali dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang di pohon malah expected salary yang di pohon tidak setimpal dengan pengalaman yang ada…aku rasa bersimpati sungguh…jelas sekali mereka Cuma mengharapkan agar HANYA mempunyai pekerjaan dengan bayaran yang di rasakan berbaloi dengan ijazah yang mereka perolehi tanpa memikirkan apakah pekerjaan itu benar-benar sesuai untuk mereka…atau pun mereka mengharap kan dapat bekerja dengan government...di mana every month wajib dapat payslip...

Ianya bagaikan menjadi fenomena di mana jika anda pemegang ijazah seharusnya anda di bayar tinggi…aduhaiiii hakikatnya di alam pekerjaan terlalu ramai pemegang ijazah yang mengharapkan perkara yang sama seperti anda…jadi di mana kah value added anda…di mana kah kekuatan dan kelebihan anda…nilah di katakana mind setting…kita dah tetapkan bahawa HIGH EDUCATION should get HIGH PAY…maka terjadilah fenomena lain pula dimana kita akan mengejar high salary pay rather than we build credibility and focusing on work done…

Bila dah kerap menukar kerja kita terasa bangga pula dengan pengalaman kerja di bidang yang berlainan di dalam industri yang berbeza…kita akan rasa gah dengan sikap menukar kerja sebab kita sudah tertumpu kepada gaji yang tinggi sahaja…sedangkan hakikatnya pengalaman yang kita dapat hanya dua tiga bulan sahaja…ermmmm ini berdasarkan pengalaman aku yang mempunyai pekerja yang berhenti hanya kerana mendapat tawaran yang lebih tinggi dari apa yang ku tawarkan…tidak sampai setahun berhenti dari opis aku…terdengar hembusan angin mengatakan sekarang ni dia menjadi penganggur terhormat….dalam tempoh setahun ni dia bekerja di empat syarikat yang berbeza industrinya dan berlainan bidangnya….akhirnya menjadi penganggur terhormat bila mana majikan terakhir merasakan pengalaman yang beliau ada tidak standing dengan jawatan yang di tawarkan….alahaiiii tak terkata ku di watnya…bertambah aku rasa sedih dan simpati…bertambah lagi laa penganggur…

Sebagai majikan di sini ingin ku tekan kan bahawa aku tidak memandang tinggi pada sehelai kertas yang di panggil IJAZAH…apa yang ku harapkan PENGALAMAN dan KREDIBILITI yang bakal di applikasikan….Jadi bagi mereka-mereka yang telah mempunyai perancangan masa depan seharusnya MEMILIH PEKERJAAN yang bakal di laksanakan bukan MEMILIH GAJI yang bakal di terima…

korang boleh juga baca article dari sini sebagai rujukan dalam membuat pilihan kerja...



hari ni aku nak menceritakan kebaikan dan keburukan bentuk perniagaan yang bakal korang set up secara general sahaja..untuk pengetahuan korang kan di Malaysia, sesebuah perniagaan boleh beroperasi dalam tiga bentuk iaitu:

  • Keempunyaan tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat

Keempunyaan tunggal - hanya seorang pemilik sahaja

Kelebihan
  • kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.
  • tidak memerlukan modal yang besar.
  • kejayaan perniagaan adalah kejayaan anda juga.
  • mempunyai hubungan langsung dengan para pelanggan.
Keburukan
  • bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan perniagaan.
  • menanggung beban semua hutang dan risiko perniagaan.
  • untuk mengembangkan perniagaan tambahan modal di perlukan namun dana mungkin terhad.

Perkongsian - mempunyai rakan kongsi

Kebaikan perkongsian
  • berkongsi kerja dan berkongsi modal.
  • keputusan akan menjadi lebih baik melalui pandangan rakan kongsi.
  • sumber kewangan yang lebih dari gabungan rakan kongsi.
  • gabungan idea, pengetahuan, kemahiran, buah fikiran dan sumber-sumber daya yang lain.
Keburukan perkongsian
  • anda bertanggungjawab ke atas keputusan yang di buat oleh rakan kongsi
  • risiko dan hutang-hutang perniagaan akan di tanggung sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi.
  • setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab melunaskan hutang-hutang yang di tinggalkan rakan-rakan kongsinya.
  • Perselisihan faham dan pertikaian mudah berlaku di antara rakan kongsi
  • pembubaran perniagaan sekiranya rakan kongsi menarik diri atau meninggal

Syarikat - entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.

Kebaikan Syarikat
  • pemegang saham tidak terikat kepada milikan syarikat.
  • pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
  • pemegang saham dilindungi oleh tatacara perundangan.
  • potensi perkembangan perniagaan yang lebih tinggi
Keburukan Syarikat
  • proses penubuhan melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
  • liabiliti/tanggungjawab adalah terhad, maka pihak syarikat kewangan akan cukup berhati-hati untuk memberi dana.
  • penjualan saham kepada orang awam tidak di benarkan.
keputusan di tangan korang...apakah pilihan bentuk perniagaan yang bakal korang set up nanti...bagi pandangan aku la kan sekiranya korang mempunyai modal yg besar pilih la perniagaan berbentuk syarikat..kerana ianya di jamin risiko bukan milik peribadi kerana syarikat dan korang adalah entiti yang berbeza...

walaubagaimanapun sekiranya korang terasa bagai kan budak baru nak menapak dalam dunia perniagaan milikan tunggal adalah pilihan sebaik-baiknya sebagai asas kepada dunia perniagaan yang sebenar...untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran perniagaan korang boleh la melayari website Suruhanjaya Syarikat Malaysia..


source pic please click here


Aku terima panggilan dari client tersayang…
Beliau bertanyakan perkhabaran…
bertanyakan Report Kewangan..

Aku telah d arahkan untuk menyelidik…
Tetapi aku d layan bagaikan aku yang kena selidik…
Isk hati aku mula terusik…
Dengan kenyataan dari mulut yg tak bersisik…

Nak ku marah bukan amalan ku…
Nak ku biarkan hati bagaikan semalu…
Bukan tidak ku terangkan dulu…
Tetapi die ni hanya wat tak tahu…

Last meeting telah ku confirmkan…
Apa yang perlu ku selidik kan…
Atas factor pengesahan yang di lakukan…
Aku telah inform methodology yg ku lakukan…

Last meeting telah d persetujui…
Kenapa sekarang cakap nya lain sekali…
Kelewatan aku bukan salah diri sendiri…
Tetapi aku kena selidik dari tahun 2000 lagi…

Payahnya aku nak bg penerangan…
professional engineer di beri gelaran…
Bukan salah aku dia tak faham kewangan…
Sila lah amik kursus perniagaan…

Dia ni memang tak nak mengalah…
Method aku d katakana salah…
Klau method aku salah…
Kenapa tak wat sendiri je lah…

Cash vs profit ader perbezaan…
Itu pun die salah tafsiran…
Boleh pulak die betulkan…
Cash vs profit ada persamaan…

Pening pening kepala ku pusing..
Geram geram mata naik juling…
Akaun dia memang tak balancing…
Jgn kata aku tak tau accounting…

Pelik tapi benar kejadian ini..
Die puji bekas accountant dia lagi..
Sah2 management account salah lagi…
Dia kata Auditor salah sendiri…

Alhamdulillah aku bukan Auditor dia…
Aku hanya External Accountant dia…
Sah2 bukan aku yg wat salah punya…
Aku hanya mengkaji di mana salahnya…

Dulu – dulu aku dh resign…
Die merayu-rayu ingin kan…
Jangan lah marah atas kelewatan…
Die sendiri tau factor kengkangan…

Aku dh nekad malas nak layan…
Pada orang yg tak hargai bantuan…
Jangan ko ingat aku nak layan…
Segala kerenah ko yang memenatkan…






Kesibukan bekerja seharian…
Membataskan aku membuat coretan…
Bukan bermakna aku melupakan…
Hanya masa tidak mengizinkan…

Kini aku mula berjinak2 dengan dunia percukaian…
Selepas hampir 10 tahun dengan dunia perakaunan…
Aku terpaksa menimba pengalaman…
Sebelum aku bergelar ejen percukaian…

Buah cempedak di luar pagar…
Ambil galah tolong jolokkan…
Aku budak baru belajar…
Tentang ilmu percukaian…

Aku menggali sambil membuat imbasan...
Aku pernah pelajari ilmu percukaian…
Bukan salah kekurangan ingatan…
Cuma aku tidak pernah praktikkan…

Tanpa applikasi ilmu yang di pelajari…
Lama kelamaan ianya hilang tanpa seri…
Cabaran ini harus ku atasi…
Sebagai menyahut cabaran diri…

Langkah pertama ku aturkan…
Dengan mencetak semua ketetapan…
habis cetakkan ku makin juling…
bile mentelaah public rulling…

Public Rulling banyak informasi nya…
Income Tax Act menjadi kamus utama…
Kefahaman tentang konsep dan peraturannya…
Insya Allah aku boleh menjayakannya…

Class tax sudah ku hadiri…
Di ajar oleh abang ku sendiri…
Dengan pengalaman beliau sendiri…
Alhamdulillah aku mula memahami..

Segala persediaan telah ku aturkan…
Sebelum aku terjah dunia percukaian…
Hanya praktikal belom sempat ku laksanakan…
Akibat aku terlalu sayangkan dunia perakaunan…

Insya Allah kalau masa mengizinkan…
Akan ku kongsi ilmu percukaian....
Ilmu di kongsi manfaat d cari…
Untuk sahabat yang sentiasa di hati…






Sebelum korang memulakan perniagaan seharusnya faktor2 di bawah ni korang kena consider..
  • Jenis perniagaan yang bakal dijalankan.
  • Saiz perniagaan
  • Modal yang diperlukan
  • Rancangan jangka panjang
  • Jenis dan kadar Cukai Kerajaan dan syarat-syarat serta peraturan-peraturan perundangannya
next step pulak before korang boleh mulakan perniagaan nie kan...korang kena laa mendaftarkan perniagaan yang telah korang pilih dan mendapatkan lesen & permit yang berkaitan...oopss jangan lupa plak dengan lokasi perniagaan korang yerr...;)

Untuk pengetahuan korang kan perniagaan tidak semestinya menjual produk or jual barang2 jer...perniagaan juga boleh sebagai sebuah organisasi yang menyediakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan menggunakannya...termasuklah setiap bentuk perniagaan, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan untuk tujuan mendapatkan keuntungan. u got what i mean...;)..so profession yang aku involved sekarang more or less menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada mereka-mereka yang memerlukannya...hehehhe...aku x dak jual barang yer...;)




Pendaftaran perniagaan tertakluk d bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956...so korang di kehendaki mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)...terdapat 5 bentuk jenis perniagaan iaitu:-
  1. Perniagaan Perseorangan -Perniagaan ini dimiliki oleh seorang sahaja dan dijalankan atas namanya sendiri.
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan ini mengandungi sekurang-kurangnya dua orang ahli atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang. Ahli-ahli kongsi ini berpakat dan bersama-sama mengeluarkan modal menjalankan perniagaan.
  3. Syarikat Sendirian Berhad - Bilangan ahli pemegang saham sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak melebihi 50 orang.
  4. Syarikat Umum Berhad - bilangan pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 7 orang atau lebih dan had maksimanya tidak ditetapkan.
  5. Syarikat Kerjasama (Koperasi) - ditubuhkan dan dikendalikan dengan berlandaskan konsep serta semangat kerjasama, dan saling bantu membantu ahli-ahli Syarikat. Oleh itu kebajikan dan kerjasama adalah dititikberatkan daripada pembahagian laba. Jumlah ahli Syarikat lazimnya tidak kurang daripada 100 orang.

Contoh Borang 9 - Syarikat Sdn Bhd & Syarikat Bhd

Contoh Borang D - Perseorangan & Perkongsian

SELAMAT MENDAFTAR...pilihan d tangan anda...;)

kat sini aku nak share skit citer la yer...sebelum aku decide nak berhenti makan gaji kan aku dok pikir2 gak business ape laa yang aku nak wat ni kan...ermmm nak aku jual barang konpem aku nie pemalu orangnya...nak jual pun agak2 produk apa la plak...?? camne dengan modal permulaan..?? so macam2 la yang bermain d pikiran aku nie...isk bukan senang tau nak wat decision berhenti makan gaji nie...selepas berhenti konpem monthly income kita hilang terus...but overhead still ader kena maintain every month...camner tu..??

bile abang aku propose jadi partner dia dalam bisness yang die pun baru nak merangkak2...aku pun seriau gak nak terima...atas nasihat mak aku...klau ada rezki insya Allah...yang penting keikhlasan kita membantu...yang penting klau dah senang jangan sesekali memandang rendah org lain...kebetulan aku ni ader background accounting plus aku dah involved dengan banyak industry so implementation of accounting tu sedikit sebanyak ader gak la knowledge nya...lagi pun bisness abang aku nie x perlu kita jual barang...x perlu kita sedia kan modal...hanya kita guna ilmu & pengalaman yang kita ade...TETAPI aku harus hilang kan perasaan malu aku tu...hehehe nak bisness x leh malu2...;)

so kepada sahabat2 ku sekalian...sesiapa yang berminat membuka perniagaan mulakan langkah pertama anda dengan planning...PLANNING is a very important thing that needs to do...kerana kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan sesungguhnya bergantung kepada owner's ability to plan...

sekarang nie banyak agensi kerajaan yang menyediakan pelbagai programs untuk pembangunan perniagaan serta membantu kita dalam merancang perniagaan..antaranya adalah :


SELAMAT MERANCANG yer kengkawan...;)



uikss smlm aku g TTDI Jaya...opis client ku...ku gerak dr umah mk kul 11 pg...mula2 plan nk g kul 10 pg..p c mas staff ku kol dlm kul 9 pg bgtau opis client ku tu black out so postponed..dlm kul 1o lak c mas kol blk kata line clear dh leh g opis client tu...

so ku tunggu c mas staff ku spai dlm kul 11 pg..peh sapi jer trus ku zooommm ke opis client...spai dlm kul 11.45 pg...adooyaiii ku fening nengok akaun yg x siap...biler wat investigate...rupe2nyer ader error since 2005 punyer akaun..masalah lain lak audit dh wat spai 2007...camner tu..??? x ker mnambahkn fening kpla den d watnyer...

nk ku tnya staff nyer yg lama dh berenti la plak...so ape lg kna la menggodek PC kat opis client tu...Director lak x tau dlm file mner...errrmmm :-L sakit nyer otak nie...dgn PC yg old & slow nie...ahaksss biler ku tgk ghupe2nye data since 1998 pun ader...adooiyaaaiii...biar bebenor...berpinor mata den d watnyer...nk wat camno...dh namanyer pun keje ku so ape lg CHAIYOK!! CHAIYOK!! go go FISA go...hehehe..