Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum ini saya tidak mengetahui apa-apa tentang Augmented Reality sehinggalah saya mengambil subjek ini pada semester ini. Saya amat bersyukur kerana diberi tunjuk ajar oleh para pensyarah dan rakan-rakan saya tentang penggunaan AR ini. Ini bukanlah mudah bagi saya. Namun, sikap tidak mahu mengalah membuatkan saya ingin belajar lebih mendalam.
Seterusnya, saya merasakan bawah AR sebenarnya mudah jika dipelajari. Sejujurnya, pada mulanya ia agak susah. Cabaran yang saya dan ahli kumpulan saya yang lain hadapi ialah kami tidak mendapat data internet yang kuat. Justeru, perkara inilah yang membuatkan kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan ini. Walaubagaimanapun, kami semua tidak berputus asa. Kami mencuba lagi sehinggalah berjaya. Saya amat bersyukur kerana kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, untuk menghasilkan AR, kami memerlukan satu tempat yang strategik dan juga tempat yang stabil. Hal ini demikian kerana untuk mengimbas kad bagi tugasan AR kami. Penggunaan HP Reveal bagi saya bukanlah mudah kerana ia memerlukan gambar yang sangat cantik. Lanjutan itu, barulah terhasil projek AR yang sempurna dan baik. Kami bertungkus lumus untuk mendapatkan hasil yang baik.
Sebagai bakal pendidik, mempelajari AR adalah sangat mendatangkan faedah. Hal ini demikian kerana, penggunaan AR dalam pengajaran dan pembelajaran amat menarik minat pelajar selaras dengan pembelajaran abad ke-21.
Kunci sesebuah tugasan ialah hasil kerjasama daripada ahli kumpulan. Saya amat berterima kasih kepada semua ahli kumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka, mungkin saya tidak boleh melakukan tugasan ini seorang diri.
Sebagai kesimpulan, saya merasakan belajar tentang inovasi dan teknologi amat penting bagi kita semua khususnya dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh kita dapat.