Apakah yang menjadi keributan dalam kalangan umat Katolik terutama daripada golongan ‘traditionalists’ di seluruh dunia terhadap ajaran Paus Fransiskus?
Bertentangan dengan Alkitab dan ajaran rasmi Gereja Katolik sejak diperturunkan kepada umat manusia sejak 2000 tahun yang lalu, Paus Fransiskus telah menyatakan tiga perkara utama yang dianggap sebagai heresy (ajaran sesat):
1. Semua agama membawa manusia kepada Allah yang sama.
2. Kepelbagaian agama adalah karunia Allah.
3. Kepelbagaian agama adalah ekspresi Allah Pencipta.
Sama ada kita suka atau tidak, berasa selesa atau tidak, hanya agama Katolik sahaja ada keselamatan jiwa. Agama lain adalah palsu dan menyesatkan umat manusia. Tuhan Yesus Kristus hanya mendirikan Gereja-Nya iaitu Gereja Katolik. Kewujudan agama lain adalah bertentangan dengan kehendak Allah.
Kenapa Paus Fransiskus mengajar sedemikian? Jawapannya senang. Semua keributan itu disebabkan oleh ajaran modernisme Vatican II.
Paus Fransiskus Menolak Yesus Sebagai Juruselamat?
Pada 13 Sept 2024, Paus Fransiskus telah mengajar secara terbuka dan umum di Singapura bahawa semua agama menuju kepada Allah yang sama. Ramai orang terkejut dengan pendedahan yang bersifat heretical (ajaran sesat). Penyokong taat Paus Fransiskus memberi pelbagai alasan untuk mempertahankan ajaran tersebut walaupun secara terang-terangan bahawa Paus Fransiskus bercakap (bahasa Spanish) pernyataan tersebut dan diterjemahkan secara tepat oleh pembantunya ke bahasa Inggeris.
Apakah implikasi pernyataan sesat ini yang diucapkan oleh pemimpin tertinggi Roman Katolik selaku vikar Kristus kepada dunia Kristian?
Kenapa perkara ini boleh terjadi? Punca kepada kemelutan ini bermula dari Vatican II yang mempromosikan agenda ‘ecumenisme’ dan memperjuangkan ‘hak’ kebebasan beragama. Paus Fransiskus hanya mengaplikasikan ajaran ‘modernisme’ yang diajar oleh Vatican II.
Tandatangan petisyen ini untuk memaklumkan kepada Paus Fransiskus bahawa hanya melalui Yesus adalah satu-satunya jalan menuju ke Syurga. Tiada jalan lain kecuali Yesus Kristus.
Rujukan:
1. About Pope Francis’ Discourse in Singapore on 13ᵗʰ September 2024 (video)
2. BREAKING | Pope Francis: ‘Every religion is a way to arrive at God’ (video)
3. Paus Fransiskus MENYANGKAL YESUS KRISTUS Dan DIKUTUK Paus Pius IX??? (video)
4. Pope: All religions are paths to God (video)
5. 3 Shocking Claims Pope Francis Made About All Faiths Leading to God – Dr. Taylor Marshall (video)
Position Of The SSPX: Neither Heretic Nor Schismatic
Fr. Gomis (SSPX Singapore) menjelaskan isu ini.
Protes MEMALUKAN Dari Vatikan Tentang Skandal Pembukaan Olimpiade 2024
Misa Lama Atau Misa Baru: Apa Masalahnya?
Ingin tahu tentang Misa Latin Tradisional (TLM) dan sebab kenapa umat Katolik sepatutnya menghadiri TLM sahaja?
Sedevakantis Bukan Pilihan Gereja
Sri Paus mengajak semua umat Katolik bersama masyarakat bukan Katolik untuk berdoa bersama-sama demi menghapuskan pandemik Coronavirus seperti yang dilaporkan dalam pautan ini: http://ikatolik.com/paus-meminta-umat-manusia-berpuasa-dan-berdoa-bersama-pada-14-mei/?fbclid=IwAR0r7fS88kFncr-c-_YNFfXi8ZU4l1ftZrX8k3794vz6aZpS3lDqhWXtcww.
Kenapakah kita harus berdoa bersama-sama dengan umat bukan Katolik. Bukankah di seluruh dunia ini sudah terdapat berbillion orang yang menganuti agama Katolik? Apabila berbillion umat Katolik menyertai Misa Kudus dan juga berdoa Rosari, tidakkah Tuhan mahu mendengar doa kita? Bukankah Misa Kudus itu merupakan bentuk doa tertinggi dalam kebaktian Katolik? Tidakkah Bonda Maria mahu menolong kita apabila kita berdoa kepadanya dengan sungguh-sungguh?
Jika kita berdoa BERSAMA-SAMA dengan orang bukan Katolik, bukankah kita juga berdoa kepada tuhan-tuhan mereka? Kita sepatutnya berdoa UNTUK mereka, bukan berdoa DENGAN mereka. Tuhan Yesus, para Rasul dan juga Alkitab tidak pernah mengajar kita berdoa bersama-sama dengan orang yang tidak seiman dengan kita. Malah, kita ditegah berbuat demikian kerana ia merupakan dosa yang berat.
Ini adalah antara bukti bahawa Gereja masa kini menghadapi krisis iman yang parah. Keretakan iman sudah bermula dari hirarki teratas dan ramai umat Katolik menjadi kebingungan dan terikut-ikut dengan tindakan yang bersifat heresy (sesat).
Apakah punca krisis seperti ini? Jawapannya adalah Vatican II (1970an). Salah satu ajaran salah Vatican II adalah ecumenism. Ajaran palsu ecumenism menyarankan kita supaya ‘berbaik-baik’ dengan umat agama lain dengan tidak menyebarkan Khabar Gembira Yesus kepada mereka. Ia mengajar bahawa tidak ada keperluan untuk mereka memeluk agama Katolik, seolah-olah keselamatan juga wujud di luar Gereja (universal salvation). Para uskup dan paderi tidak lagi mahu merujuk kepada ajaran Tradisi Suci tetapi hanya berpegang kepada dokumen Vatican II sahaja. Ini melahirkan ramai uskup dan paderi yang bersikap liberal, sentiasa ada kemahuan untuk membuat pembaharuan atau perubahan ke atas dogma, doktrin dan ajaran sebenar agama Katolik.
Sekian, terima kasih.
Apakah maksud perkataan ‘liberal’? Daripada WordWeb 5.0, ‘liberal’ diertikan mengikut jenis kata: Liberal (kata nama):
- A person who favours a political philosophy of progress and reform and the protection of civil liberties
- A person who favours an economic theory of laissez-faire and self-regulating markets (tidak berkaitan)
Liberal (kata adjektif):
- Showing or characterized by broad-mindedness
- Having political or social views favouring reform and progress
- Tolerant of change; not bound by authoritarianism, orthodoxy, or tradition
- Given or giving freely
- Not literal
Bagaimana harus diungkapkan pemahaman pemikiran umat Katolik yang ‘liberal’? Pegangan kepada ciri-ciri liberal diberi istilah sebagai ‘liberalism’. Tetapi apakah ‘liberalism’ dan kaitanya dengan Iman Katolik? Bolehkah umat Katolik berfikiran sedemikian dan pada masa yang sama mengaku dirinya sebagai umat Katolik yang taat? Persoalan ini harus dijawab dengan penuh hati-hati iaitu secara intelek dan bukannya secara beremosi. Tetapi kita tidak pula harus takut kepada Kebenaran kerana hanya melalui Kebenaran seseorang manusia dapat dibebaskan daripada perangkap Iblis dan godaan Duniawi. Daripada tafsiran Kamus WordWeb 5.0, kita dapat katakan bahawa seseorang yang berfikiran ‘liberal’ memiliki ciri-ciri berikut:
- menyokong arus kemajuan dan reformasi terutamanya mengutamakan hak-hak awam (atau hak manusia)
- berfikiran terbuka
- menyenangi kepada perubahan; dan tidak tertakluk kepada pihak berkuasa (yang memegang autoriti) atau peraturan lama (tradisi)
- amat senang untuk melepaskan atau memberikan sesuatu yang ‘dimiliki’
- corak pemikiran cenderung kepada perkara yang tersirat
Sebagai permulaan, perkataan ‘liberal’ berasal daripada kata Latin ‘liber’ yang bermaksud ‘bebas’. Pegangan atau kepercayaan kepada ‘liberalism’ dikatakan menyalahi Iman Katolik oleh Sri Paus Pius X. Beliau menamakan ‘liberalism’ moden sebagai ‘modernism‘. Untuk penjelasan lanjut tentang ‘modernism’, sila klik pautan ini: https://katolik.wordpress.com/2007/03/31/apakah-modernism/. Daripada artikel ini, saya berharap para pembaca akan dapat menyelami maksud istilah ‘liberalism’ ataupun ‘modernism’ kerana kedua-dua perkataan ini adalah amat berkait rapat. Mungkinkah umat Katolik yang ‘liberal’ pemikirannya tidak akan menolak apa-apa perubahan (yang dilabelkan sebagai kemajuan) ataupun reformasi ke atas ajaran, doktrin dan dogma Katolik? [Oleh kerana penulis tidak berfikiran liberal, maka amat sukar untuk membayangkan pemikiran seorang Katolik liberal. Diharapkan akan ada komen daripada mereka yang berfikiran ‘liberal’ supaya diskusi ini lebih seimbang.] Pemikiran liberal ini tidak hanya terhad kepada umat biasa sahaja kerana ada sebilangan klerik tertinggi dalam Gereja Roman Katolik (dan memegang jawatan-jawatan tinggi di Vatican, Rom) berfikiran liberal. Hasilnya ialah perubahan-perubahan yang jauh tersimpang daripada pegangan asal (Tradisi Suci) Gereja seperti ajaran-ajaran sesat (heresy’) berikut:
- Semua agama sama benar atau mengajar Kebenaran. [heresy]
- Semua penganut tanpa mengira agama menyembah Tuhan yang sama. [heresy]
- Kebenaran tidak lagi bersifat mutlak tetapi relatif kepada pemikiran manusia. [heresy]
- Hak manusia lebih diutamakan daripada hak Pencipta (Tuhan Allah). [heresy]
- Kesilapan juga mempunyai hak atau ‘Error’ has rights. [heresy]
- Manusia bebas beragama atau mempunyai hak mutlak beragama mengikut pilihan hati. [heresy]
- Umat Katolik yang masih berpegang kepada ajaran ‘lama’ atau Tradisi Suci dianggap umat yang kolot atau ketinggalan zaman atau ‘sombong’ dalam dunia yang sempit.
- Manusia tidak lagi takut kepada dosa kerana Tuhan Allah Maha Pengasih. Malah mereka yang di Neraka juga akan dibebaskan atas belas kasihan Tuhan Allah [heresy]
- Keselamatan jiwa manusia terbuka kepada semua orang tanpa melalui Yesus atau Gereja Roman Katolik. [heresy]
- Oleh kerana hak manusia ditingkatkan maka manusia bebas untuk membuat perubahan mengikut arus pemodenan dunia seperti berfesyen yang semakin kurang benangnya.
Banyak lagi yang boleh saya senaraikan di atas tetapi mengikut Catholic Encyclopedia, ‘liberalism’ ditentang kerana sebab-sebab berikut: Liberalism (dalam erti kata yang sebenar) membuat tuntutan bahawa manusia mempunyai autonomi penuh ke atas keintelektualannya, kemoralannya dan susunan masyarakatnya. Itu bermakna, liberalism menolak secara praktikal kewujudan Tuhan Allah atau agama yang ‘supernatural’ (luar alam). Jika diikuti pemikiran liberalism secara logikal, maka secara teorinya mengajar bahawa Allah tidak wujud, dan sebaliknya meletakkan manusia sebagai allah. Pemikiran ‘liberalism’ telah ditegah sekeras-kerasnya dalam pemikiran ‘rationalism’ dan juga ‘naturalism’. Kedua-dua pemikiran songsang Naturalism dan Rationalism telah dilarang dalam dokumen rasmi Gereja berikut:
- Constitution “De Fide” of the Vatican Council (1870)
- Liberalism by Pius IX in the Encyclical “Quanta cura” of 8 December, 1864 and the attached Syllabus.
- Pius X condemned it again in his allocution of 17 April, 1907
- Decree of the Congregation of the Inquisition of 3 July, 1907,
- Encyclical of Gregory XVI, “Mirari Vos”, of 15 August, 1832
dan banyak lagi. Deo gratias.



