BIBIR TERSENYUM HATI MENANGIS

Standard

Salam ukhuwwah..

Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah.Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremukredamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa. Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar…

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha…Sesekali menangis, percayalah..bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. Subhanallah!

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai.

Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Marah Vs Gembira

Standard

Saya tidak pandai menulis..tidak pndai berpuitis~~ 
Hari ni sy trbaca stu blog yg sgt memberi manfaat…dan satu entry blog tu sndiri mmg btul2 trkna batang hidung sendiri~~ 
Dalam entry blog tu…saya ringkaskan dekat sini 

Seorg guru bertnya kepada pelajarnya..kenapa org yg sedang marah perlu bercakap dengan suara kuat dan berteriak?
Banyak alasan yang diberikan oleh ank muridnya..ade yg ckp sbb hati dah mrah, msti mrah ade sbb..dah hlang sbar cikgu…
tetapi guru tu bertanya lagi…bukankah org yang hndak dimarahinya berada dekat dengannya, knp perlu berteriak? knp x brbicara secara lembut?
banyak alasan dan jawapan yg diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut tetapi tiada satu pon memuaskan hati guru tersebut (Rase nyer dari persoaln cikgu ni dah mnimbulkan kemahiran berfikir kritis :)
Akhirnya cikgu tersebut memberitahu, apabila seseorang itu marah dia telah menjarakkan hatinya dengan orang yang sedang dimarahinya…oleh itu dia terpaksa menjerit dan berteriak apabila berkata-kata…semakin kita marah semakin kita menjarakkan hati kita
. bwah ni link blog yg sy bca tu…klau nk bca lbih lnjut~~
(http://akuislam.com/blog/renungan/jarak-antara…)

Pada pndangan sy sendiri btol lah ape yg diperkatakan dalam blog ni….smakin kta mrah smakin kita mnjarakkan hati….sbab sy sendiri pernah marah dan apabila marah kita lupa semua kebaikan yg orang yang kita marah tu lakukan, kita lupa sikap hormat menghormati, kita lupa siapa diri kita semuanya sebab api kemarahan yang telah menyelubungi kita. 
Marah adalah sifat semulajadi setiap manusia..marah boleh berlaku berpunca daripada seseorang atau kebimbangan dalam hidup dan kemarahan boleh berpunca dari dlam diri sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yg menyebabkan rasa marah. Setakat ini, apa yg sy praktikkan kalu marah selalunya akan menumbuk bantal atau katil..tetapi sepatutnya tidak elok membuat seperti itu..:) Sekarang cuba mempraktikkan cara mengawal amarah berlandaskan agama.. 

 Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasysyaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan. 
 Diam atau tidak berbicara. 
 Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring. 
 Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah. 

Mari kita sma2 mempraktikkan cara menghilangkan amarah berlandaskan agama :)

                

Apa itu bidang pendidikan khas??

Standard

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas.

Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori seperti di bawah;

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS;

  • KURANG UPAYA PENDENGARAN
  • KURANG UPAYA PENGLIHATAN
  • KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA
  • KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)
  • KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN
  • KURANG UPAYA PEMBELAJARAN
  • GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU
  • PINTAR CERDAS

Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti di bawah;

  • BERMASALAH PENDENGARAN
  • BERMASALAH PENGLIHATAN
  • BERMASALAH PEMBELAJARAN

ü Lembam (Slow Learner)

ü Sindrom Down

ü Hiperaktif

ü Disleksia

ü Palsi Selebral

Menurut modul Pengenalan Pendidikan Khas KPLI-SR-LPBS,kanak-kanak berkeperluan khas ini terdiri daripada 8kategori iaitu masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah emosi dan tingkah laku, masalah fizikal dan kesihatan, masalah mental, masalah komunikasi, masalah pembelajaran dan kanak-kanak cerdas pintar.

Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan dan masalah pendengaran, mereka ditempatkan di seko;ah-sekolah pendidikan khas masalah penglihatan dan pendengaran. Manakala kanak-kanak yang lain diletakkan di bawah kanak-kanak Masalah Pembelajaran.

Definisi murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat pendidikan formal (En. Abdul Rahman Bin Talib,2007). Mereka ini ditempatkan di dalam Program Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa.

 

MENGAPA AKU MEMILIH BIDANG INI??

Standard
 Cita-cita ingin menjadi guru memang menjadi pilihan sejak dari kecil. Saya tidak menyangka akan memilih bidang pendidikan khas sebagai salah satu cabang dalam profesion perguruan ini. Lama kelamaan minat mengenai bidang pendidikan khas semakin menyerlah. Tambahan pula, terdapat ahli keluarga yang berkeperluan khas menyedarkan saya dan menyebabkan sya lebih teruja untuk memilih bidang pendidikan khas. Walaupun saya tahu memilih bidang pendidikan khas ini mempunyai banyak cabaran tetapi disebabkan minat yang mendalam saya yakin akan dapat menghadapinya. Bak kata pepatah, kalu tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya yakin setiap apa cabaran yang dihadapi mampu diatasi jika kesabaran, berusaha menjadi perkara paling asas dalam diri. Hal ini kerana, tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih, bersusah susah dahulu bersenang kemudian. Pengalaman semasa ditemuduga menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Soalan pertama yang diajukan semestinya mengapa saya memilih bidang pendidikan khas sebagai pilihan utama. Jawapan yang diberikan sama seperti yang saya katakan di sini.

Pengalaman mengikuti kursus intervensi pelajar menyebabkan saya mengetahui tidak semua orang mengetahui apakah bidang pendidikan khas. Apabila saya menceritakan apa itu bidang pendidikan khas, cabaran yang akan dihadapi terdapat pelajar yang geli dan tidak menyangka bidang pendidikan khas seperti ini. Tetapi perkara tersebut tidak sedikit pun melunturkan semangat saya.