Lensa KOSMAZ 2010

Posted in Uncategorized on May 16, 2010 by PEMBINA Perak

KOSMAZ (Full PIC)

K.O.S.M.A.Z

Posted in Uncategorized on May 10, 2010 by PEMBINA Perak

Kronologi Sejarah Al-Aqsa

Posted in Uncategorized on May 10, 2010 by PEMBINA Perak

1967- Pada tahun 1967, setelah perangan antara tentera dan Negara –negara Arab tamat. Israel mula berkuasa di kota Al-Quds dan Masjidil Aqsa.

Mereka membongkar wilayah Magharibah dan menghancurkan 138 gedung, termasuk didalamnya sekolah dan Al-Jami Buraq serta Masjid Magharibah. Mereka juga mula meggali terowong di bawah masjidil aqsa melalui bahagian tersebut dengan alas an kononnya mencari kesan sejarah wujudnya rumah ibadat mereka “the King Solomon Temple” di kawasan tersebut.

Pada 9 Agustus 1969, seorang rabi(pendita) yang berfahaman Zionis, Shlomo Goren masuk ke Al-Haram Al-Quds memimpin Puak Pelampau Yahudi yang berjumlah sekitar lima puluh orang untuk menunaikan “doa” di dalamnya.

Pada 21 Agustus 1969, Seorang Yahudi radikal berkewarganegaraan Australia bernama Michael Dennis Rohan membakar Masjid Al Aqsa, yang mengakibatkan kehancuran mimbar Salahuddin yang berusia lebih dari lapan ratus tahun serta langit-langit atapnya juga ikut terbakar. Ketika kejadian berlaku bekalan air dan talian telefon di putuskan di sekitar kota Al-Quds. Perkampungan Yahudi yang berdekatan tidak membenarkan orang Islam menggunakan bekalan air untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Pada 2 November 1969 Yigal Alon, Wakil Perdana Menteri Israel dan para pembantunya memasuki Al-Haram Al-Quds.

Pada 11 Juli 1971 kelompok gerakan Betar yang terdiri dari 12 orang pemuda memasuki Masjid al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah didalamnya.

Pada 22 Juli 1971 sekelompok gerakan Betar melakukan doa di Al-Haram Al-Quds.

Pada 14 Januari 1989, beberapa anggota Knesset melakukan tindakan provokatif dengan menggelar bacaan yang suka disebut “rahmat suci” di dalam Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.

Pada 18 Oktober 1990, Pelampau Yahudi meletakkan batu pertama untuk pembinaan Haikal yang mereka dakwa berada di sekitar Al-Haram Al-Quds. Sementara itu ribuan Rangkit Palestin bangkit menghalang usaha jahat tersebut. Akibatnyatentera Israel masuk campur dan menyebabkan 21 orang gugur syahid dan 150 orang tercedera.


Pada 28 September 2000, mantan perdana menteri Israel yang saat itu pemimpin Parti Likud Ariel Sharon, menyerbu Masjid Al-Aqsha Masjid dikawal oleh 3,000 orang pasukan bersenjata Israel. Beliau dengan angkuhnya mengiklankan bahawa “ The King Solomon Temple mesti didirikan diatas keruntuhan masjidil aqsa”Tindakan ini menyebabkan umat Islam di Palestin bersatu mempertahankan kesucian masjidil aqsa dan menolak segala usaha Israel untuk merealisasikan hasrat mereka mendirikan haikal tersebut.

Pada 23 Julai 2007, sekitar tiga ratus yahudi menyerbu Masjidil Al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah di dalamnya.

Pada 16 September 2008, Pelampau Yahudi menyerbu masuk ke halaman Masjidil A l-Aqsa dari Gerbang Magharibah.

Pada 9 Oktober 2008 sekelompok besar pendatang haram Israel, para rabi dan ahli politik Israel dibawah penjagaan ketat kepolisian pasukan keselamatan melakukan upacara pengyahudian masjidil aqsa di perkarangan masjid tersebut.

Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancung Yahudi memakai “pakaian seronok” memasuki Masjid Al-Aqsa.

Pada 11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri dari tiga puluh pemimpin kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu halaman Masjid Al-Aqsha untuk mengadakan upacara keagamaan.

Pada 24 September 2009, anggota unit “ahli bahan peledak” dengan kawalan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al Aqsa dan jalan-jalan di sekitarnya.

Pada 27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat palestin dengan pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif dan di depan gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan puluhan yang lain ditangkap.Ketegangan itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman masjid dari gerbang Magharibah dan Melepaskan tembakan kearah orang islam yang sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat islam yang berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari masjidil aqsa.

Pada 16 Mac 2010 Berlaku pergaduhan antarapemuda-pemuda palestin dan pasukan keselamatan Israel disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan pelampau yahudi melakukan pencemaran di masjidil aqsa dan seterusnya perasmian sinagog haroob oleh pemerintah Zionis sebagai langkah awal merobohkan Al-Aqsha. Upacara perasmian ini telah ditentang oleh penduduk Palestina sehingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan warga lainnya ditangkap termasuk 7 orang wanita.

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam
Pengerusi Aman Palestin Perak

Butiran-butiran Mengenai Program

Posted in Uncategorized on April 22, 2010 by PEMBINA Perak

Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa dari Ancaman Zionis (KOSMAZ)

Tarikh: 13 Mei, 2010 (Khamis)

Waktu: 8.00 pagi – 4.15 petang

Tempat: Dewan Saidina Abu Bakar, INTIM, Ipoh, Perak

Pendahuluan

Posted in Uncategorized on April 10, 2010 by PEMBINA Perak

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”.

Dalam melaksanakan hasrat tersebut mereka mendakwa bahawa “The King Solomon Temple” sepatutnya didirikan di atas keruntuhan Masjidil Aqsa untuk di jadikan Pusat Pemerintahan bagi Negara Haram Israel.

Justeru itu Aman Palestin Cawangan Perak  dengan kerjasama Institut Tadbiran Islam Perak ( INTIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional  Cawangan Perak (PEMBINA) akan menganjurkan satu konvensyen yang bertajuk “ Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia dan dewasa supaya melihat semula sikap dan peranan yang perlu dimainkan untuk mempertahankan tempat suci Umat Islam ini.

Objektif

Posted in Uncategorized on April 10, 2010 by PEMBINA Perak

  • Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat berkaitan pergolakan semasa yang sedang berlaku di Palestin.
  • Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
  • Membuat pendedahan kepada masyarakat berkaitan agenda Zionis untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa dan membina rumah ibadat mereka “ The King Solomon Temple”.
  • Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah praktikal yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi mempertahan Masjidil Aqsa.

Pembentang Kertas Kerja & Tentatif Program

Posted in Uncategorized on April 10, 2010 by PEMBINA Perak

1.) Yg Bhg Dr. Roslan bin Mohd Nor – Pensyarah Fakulti Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2.) Yg Bhg Prof. Madya Dr Zainurrashid Bin Zainuddin, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, International Medical University (IMU) dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

3.) Wakil dari negara Palestin

Tentatif Program

Khamis 13 Mei 2010 (Khamis)

8.00 – 8.30 pg        Pendaftaran Peserta (minum pagi)

8.45 – 9.00 pg        Ketibaan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

9.00 – 10.15 pg      Tilawah Al-Quran – Saudara Syed Salahuddin

  • Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian
  • Ucapan Alu-aluan – Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
  • Ucapan Perasmian – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)

10.15 – 11.30 pg Pembentangan 1 – Yg Bhg. Dr. Roslan bin Mohd Nor

  • (Kejatuhan Khilafah Islamiyah Dan Kewujudan Negara Israel)

11.15 – 12.45 tgh   Pembentangan 2 – Tetamu Jemputan (Wakil Palestin) (Kesan Penjajahan Zionis ke atas Palestin)

12.45 – 1.00 tgh     Tayangan Multimedia

1.00 – 2.00 ptg       Rehat / Makan Tengahari/ Solat

2.00 –   2.15 ptg     Tayangan MultiMedia

2.15 – 3.45 ptg Pembentangan 3 – Prof. Madya Dr. Zainurrasyid Bin Zainuddin

  • (Intifadhah – Merintis Generasi Salahuddin)

3.45 – 4.05 ptg       Persembahan Nasyid

4.05 – 4.15 ptg       Doa dan Bersurai

Penganjur

Posted in Uncategorized on April 10, 2010 by PEMBINA Perak

Konvensyen “Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” ini akan dianjurkan bersama oleh Aman Palestin Berhad , Institut Tadbiran Islam Perak  (INTIM)  dan Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Perak (PEMBINA).

Design a site like this with WordPress.com
Get started