Massaharini's Blog

Februari 20, 2011

Filed under: Uncategorized — massaharini @ 12:10 am

Januari 5, 2011

Pengurusan Masa

Filed under: Uncategorized — massaharini @ 11:17 am

NILAI, ISU & CIRI-CIRI MASA.

‘Masa anugerah Allah kepada Manusia.’

Ciri-ciri Masa
1.masa yang terlepas tidak akan kembali.
2.masa sentiasa bergerak
3.masa yang akan datang belum tentu menjadi milik kita
4.manusia hanya memiliki masa pada dan ketika itu.

Pandangan Tentang Definisi Masa.

-masa itu ‘LINEAR’-(Sir Isaac Newton)
1.masa sebagai sebahagian daripada struktur alam.
-ada awl dan ada akhirnya.
2.masa sebagai ‘benda yang objektif’
-masa boleh diukur

-masa sebagai SISTEM UKURAN MINDA

Pengertian Konsep Masa Dalam Pelbagai Bidang
SAINS FIZIK
Konsep masa dalam sains fizik bermula sejak zaman Newton sehinggalah zaman Einstein.
masa dianggap ‘mutlak’ dan ‘tetap’
Einstein-masa dalam konsep kemalaran dan batas kelajuan cahaya.
BIDANG PSIKOLOGI
Menerangkan masa dari segi emosi dan perasaan dalam mengharungi suatu tempoh masa
PERSPEKTIF BUDAYA.
1.kaum Hopi-tiada konsep masa yang menjurus.
2.rakyat Amerika Syarikat-masa adalah wang
3.rakyat Jepun-penting menepati masa.

Pengertian Masa Dari Perspektif Islam.
1.nilai masa
2.nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang
3.penetapan masa untuk beribadat
“so glory be to Allah when you enter the night and when you rise in the morning-unto Him be praise in the heavens and on the earth!-and at the sun’s decline and in the noon”
[surah Ar Rum: 17-18]

Nasihat Tentang Penggunaan Masa
-konsep peningkatan diri mengikut peredaran masa.
-konsep nasihat-menasihati dalam masalah masa
“kewajipan lebih banyak dari masa. bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka. jika kamu ada urusan (peribadi) lakukanlah dengan ringkas.
-konsep merebut peluang ketika masanya.
sabda rasullullah: rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:-
masa hidup sebelum mati.
masa kaya sebelum miskin.
masa lapang sebelum sibuk.
masa muda sebelum tua.
masa sihat sebelum sakit.

Oktober 18, 2010

autisma

Filed under: Uncategorized — massaharini @ 12:21 pm

DEFINISI AUTISMA

  • Perkataan autisma berasal daripada perkataan Greek iaitu Autos yang bermakna diri sendiri dan Isme bermakna aliran. Menurut Leo Kanner (1943) pula individu autisma adalah sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan autisma sebagai di bawah:

      “Autisma adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesan dalam masa 3 tahun yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan orang lain secara langsung. Mereka juga mengalami masalah tingkahlaku. individu autisma mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik, makanikal dan seni muzik.”

PUNCA AUTISMA

  • Autisma boleh berlaku akibat komplikasi sebelum atau selepas lahir. Misalnya semasa dalam kandungan ibu mungkin bayi tersebut mendapat jangkitan rubella daripada si ibu. Selain itu, kemungkinan boleh berlaku akibat anchephelitis, bayi yang kekurangan oksigen semasa proses kelahiran, keracunan makanan dan juga bengkak cantik yang dikenali sebagai mumps
  • kecelaruan autoimmune dan persekitaran iaitu ketidakfungsian perlalian akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisma terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum. makanan ini yang tidak dapat dicernakan dengan baik akan menyebabkan protein daripada makanan tidak dapat bertukar kepada asid amino atau pepton iaitu berbentuk rangkaian yang akhirnya akan dibuang melalui perkumuhan air kencing. namun bagi kanak-kanak autistik, asid amino ini akan diserap semula oleh tubuh. asid ini akan masuk ke dalam salur darah  dan terus ke otak dan diubah menjadi muffin (casomorfin dan gliadrofin) yang kemudiaannya akan merosakkan sel-sel otak. keadaan ini menyebabkan fungsi otak  yang melibatkan fungsi kognitif, tumpuan dan perhatian, koomunikasi reseptif, dan tingkahlaku terganggu.
  • Mengikut ilmu genetik, adik beradik daripada individu autistik lebih cenderung mengalami autistik berbanding individu lain. Autisma juga berkait dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fragile X Sindrome, dan Tuberous Sclerosis serta Phenylketonuria (PKU).

 

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISMA

 

SOSIAL

  • Tidak menghiraukan orang lain dan hanya membuat kerja sendiri.
  • Tidak sensitif terhadap perasaan dan pemikiran serta keperluan orang lain.
  • Tiada eye contact dan ekpresi muka semasa berkomunikasi dengan orang lain.
  • Tidak suka terhadap sentuhan.
  • Sukar memberi kerjasama dan tidak suka menunggu giliran.
  • lebih suka bermain sendiri.

POLA PERMAINAN

  • Tidak suka jenis permainan yang memerlukan imaginasi.
  • Gemar main permainan yang luar biasa seperti plastik.
  • Tidak suka bermain dengan orang lain.
  • Suka dengan objek yang bergerak seperti kipas.
  • Cara permainan yang pelik iaitu dengan memutar-mutarkan barang, melambung-lambung atau menyambut apa sahaja yang dipegang olehnya.
  • suka mencium dan menjilat barang mainan.
  • Sukar untuk melepaskan sesuatu barang jika sudah mula menyukainya.

EMOSI

  • Emosi yang sukar dijangka, sering berubah-ubah.
  • Marah, ketawa dan menangis tanpa sebab.
  • mengamuk tanpa dapat dikawal jika kemahuannya tidak dituruti.
  • Akan merosakkan dan menyerang  sesiapa sahaja disekelilingnnya  jika emosinya terganggu. malah tindakannya sehingga mencederakan diri sendiri.
  • Tidak menghiraukan perasaan orang lain.

TINGKAHLAKU

  • Terlalu aktif atau pasif.
  • Melakukan perbuatan  secara berulang-ulang.
  • Tidak suka akan perubahan dalam aktiviti harian.
  • dapat duduk lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

GANGGUAN DERIA

  • Sensitif terhadap sentuhan.
  • Tidak suka dipegang atau dipeluk.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tidak menunjukkan reaksi sakit.
  • Suka mencium dan menjilat barang mainan.
  • Sensitif terhadap bunyi yang kuat dan menutup telinga.

KOMUNIKASI

  • Perkembangan bahasa yang lambat.
  • Jarang menggunakan bahasa.
  • Sukar di ajak bercakap.
  • ekolalia – mengulang semula perkataan
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi untuk seketika sahaja.
  • Perkataan atau jawapan tidak sesuai dengan pertanyaan.
  • Hanya menunjuk dengan jari jika mahukan sesuatu.
  • Meniru atau mengulang perkataan atau nyanyian tanpa mengerti maksudnya
  • Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

 

 

PANDUAN MEMBENTUK HUBUNGAN SOSIAL

  • Ibu bapa hendaklah menjemput kawan anak datang ke rumah supaya anak rasa diterima dan mengelakkan mereka  dibuli
  • Perhatikan dan belajar cara dan peraturan permainan rakan anak

#kenapa:-

    :mengelakkan anak membuat kesalahan yang membuatkan mereka tertekan

    :anak belajar unytuk menunggu giliran dan berinteraksi

Untuk mengatasi masalah anak lambat belajar ibu  boleh merakam suasana permainan di  sekolah

Galakkan anak jadi peramah dan mudah didekati

Jangan kritik anak sebaliknya memberitahu apa kesalahan mereka dan  mengajar cara yang betul

Galakkan anak membuat diari persahabatan dengan member hadiah untuk seorang kawan yang mereka peroleh

Galakkan anak masuk pementasan drama atau aktiviti yang melibatkan kumpulan bagi mengatasi  masalah rendah diri dan meningkatkan keyakinan dalam diri anak

PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME

 

Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.

Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.

Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.

Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.

Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.

Oktober 15, 2010

Pendidikan Khas UKM

Filed under: Uncategorized — massaharini @ 12:13 pm

Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikaan dengan Kepujian (Pendidikan Khas) merupakan salah satu program yang ditawarkan oleh fakulti pendidikan, UKM. program ini menwarkan 5 subjek major iaitu:-

  

PRogram ini berobjektifkan:-

  • Mewujudkan pendidik terlatih dan berkesan dalam pendidikan khas di peringkat ijazah sarjanamuda
  • Mewujudkan pendidik pendidikan khas yang mempunyai kecekapan, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk pendidikan dan pemulihan mengikut setting yang pelbagai.
  • Mewujudkan pendidik yang cekap menjalankan penilaian kebolehan pembelajaran individu, menyediakan rancangan pembeljaran individu berdasarkan penaksiran serta melaksanakan pengajaran pemulihan yang berkesan
  • Mempunyai pengetahuan dan kecekapan untuk mengajar beberapa kategori individu berkeperluan khas berdasarkan kebolehan kefungsian dalam kemahiran-kemahiran asas dan dalam pada masa yang sama mempunyai pengkhususan dalam salah satu bidang kecacatan atau keistimewaan
  • Menyediakan pendidik yang bukan hanya mengkhusus dalam kaedah pengajaran khas tetapi mampu mengajar satu matapelajaran lain mengikut disiplin pilihan mereka.
  • Menyediakan pendidik yang berperanan sebagai pembela kepada individu berkeperluan khas dan keluarga mereka serta kakitangan lain yang terlibat dalam pendidikan khas individu tersebut.
  • Mewujudkan pendidik pendidikan khas yang fasih dalam isu-isu yang relevan, aliran-aliran dalam amalan, penyelidikan, keperluan dan sumber dalam bidang pendidikan individu berkeperluan khas.

SYARAT KHAS PROGRAM;-

  • Wajib mendapat muet band 3
  • semua pelajar mesti melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh program dan fakulti seperti menjadi ahli Persatuan Pendidik, Karnival Hari Guru, aktiviti perkhemahan luar dan program pengantarabangsaan.
  • Semua pelajar mengikuti dan melakukan tugasan dan aktiviti serta program spesifik kursus seperti melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dan kerja lapangan di setting sebenar.

  

September 29, 2010

Hello world!

Filed under: Uncategorized — massaharini @ 1:20 pm

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Create a free website or blog at WordPress.com.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan