Kepada pembaca,rakan-rakan, sahabat-sahabat dan ‘blog surfer’ yang saya hormati dan kasihi..
Saya mengambil keputusan untuk memberhentikan seketika blog ini.Terima kasih atas lawatan yang telah diberikan. Saya cukup hargai.
Adakalanya ada yang perlu diutama berbanding yang lain. Saya gemar membaca dan menulis, namun ‘sesuatu‘ yang saya rasa perlu saya lakukan untuk meninggalkan ‘sementara’ penulisan di blog ini.
InsyaAllah, jika kelapangan dan nyawa diberikan olehNYA lagi, saya mahu meneruskan tulisan ini kerana saya gembira berjumpa anda semua di ‘alam maya’ ini!
Doakan keselamatan dan diampunkan segala dosa sepanjang tulisan dan perkenalan ini.