

Semalam, 13 Nov 2025, santai di kedai kopi berhampiran rumah GAPENA, Kuala Lumpur.
Santai dan hipster.


Semalam, 13 Nov 2025, santai di kedai kopi berhampiran rumah GAPENA, Kuala Lumpur.
Santai dan hipster.
Ridwanto,
Semoga ada manfaat. Doalah padaNya. Moga Dia kasih, sayang dan memberi rahmatNya.
Prof Dr Kamil Haji Ibrahim
Alhamdulillah, penantian saya akhirnya tamat. Buku, Travelog Dakwah- Meniti Hari esok, selamat tiba ke pangkuan saya petang rabu yang lalu. Wah, saya hanya mengambil masa sekitar 2 jam untuk menikmati keenakkan buku ini.
Sungguh menyeronokan, sekali sekala, air mata menitis jatuh. Sungguh memotivasikan saya. Seolah-olah saya sedang membaca kisah saya.
Buku setebal 142
1. Ini bukan tentang siapa paling bijak.
Dalam perjalanan PhD, kejayaan bukan bergantung kepada kepandaian semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada:
Keberanian bertanya dan meminta pandangan walaupun sering ditegur, disanggah, atau ditolak pendapat oleh penyelia.
Ketekunan menulis walaupun letih dan tiada idea.
Kesabaran membaca walaupun tidak faham sepenuhnya ataupun hilang idea secara tiba-tiba.
2. PhD bukan untuk hebat dipandang, tapi untuk memahami dengan mendalam.
Setiap tulisan yang dibuat adalah perjuangan melawan ragu, setiap semakan adalah latihan untuk terus sabar.
3. Ada hari yang tenang, ada minggu yang sunyi.
Tetapi kesunyian itu mengasuh jiwa menjadi lebih tekun, fokus, dan matang.
4. Supervisor bukan musuh, kesilapan bukan kegagalan.
Ia adalah sebuah proses pembentukan; bukan sekadar jalan menjadi seorang ilmuwan, tetapi untuk membentuk diri.
5. PhD ini bukan noktah. Ia permulaan untuk memberi makna dan solusi kepada masyarakat.
Ilmu yang diperoleh bukan sekadar untuk digenggam sendirian, maka wajar ditumpahkan kembali kepada masyarakat, agar kehadiran kita dirasai. Di situlah nilai sebenar sebuah pengajian: bukan pada gelaran, tetapi pada manfaat yang ditinggalkan.
“Aku tidak diciptakan untuk sekadar tahu, tapi untuk memahami dan menyumbang. PhD ini jalanku, bukan mahkotaku semata!”

Alhamdulillah.
Kita akan menyambut hari raya aidiladha pada hari isnin, 17 Jun 2024.
Semoga kita bertemu dengannya.
Kecoh tentang kualiti pemimpin. Bukan sekadar pemimpin- yang jenis lepaskan tengkok sendiri ini, Tuhan sudah beri peringatan tentang satu watak yang namanya iblis, berlepas diri dari tanggungjawab menyesatkan manusia seraya berkata, Aku pun kena masuk neraka, lagi nak bela kamu semua..
Di dunia ini, ramai aja yang nafsi nafsi. Asalkan diri sendiri boleh dapat nama, kayakan suku sakat, itu semua memang sudah jadi mainan dunia. Hahaha 🤪
Pemimpin, satu kosa kata yang mengambarkan keadaan seseorang memiliki kemampuan mengarah, merancang serta membawa sesuatu baik pada sebuah organisasi atau apa sahaja perkumpulan serta individu untuk mencapai satu matlamat dan tujuan.
Menjadi pemimpin tidak semudah yang digambarkan. Seorang ketua perlu ada ilmu dan pengalaman untuk memastikan sebuah organisasi yang dipimpinnya mencapai objektif perjuangan perkumpulan berkenaan.
Namun, organisasi itu akan mudah goyah dan berterabur struktur perjalanannya andai ketuanya itu lemah dan gagal mengetuainya..
Kekuatan sebuah kepimpinan itu bergantung kepada ketuanya. Seorang ketua perlu berdedikasi, bijak berdiplomasi dan pandai mengawal anak buah dan ancaman dari luar. Itulah antara resepi kepimpinan yang berjaya.

Saya ini kalau sedih raut wajah mesti akan kelihatan. Cara paling mudah merawatinya adalah dengan bersendirian. Dalam islam biasanya di panggil bermunajat.
Apabila bersendirian, saya ada masa untuk merenung sendirian. Tapi keyakinan pada Tuhan patut sentiasa ada.
Lebih-lebih lagi, seluruh dunia berduka di timpa pandemik Covid-19, merebak kepada musibah ekonomi buat semua penduduk dunia.
Apa pun, berdoalah; kita di beri kekuatan untuk menghadapi ujian yang menimpa. Walaupun hati berdebar, susah hati dan di gulati kesedihan- ia bukanlah penamat kepada sebuah kehidupan.

Aku ini sejak dulu suka ngeteh. Tentunya dengan kawan. Sekadar berbincang, berbual santai.
Tapi malam ini terasa hambar. Rakan ngeteh aku masih bersungguh-sungguh mengharapkan DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Walaupun sekarang pun beliau tetap PM Tepi.
Dari raut wajah teman itu, kelihatan benar kecewa. Apakan daya, sudah begitu suratan takdir.
Pada aku siapa pun PM, bukanlah menjadi perkiraan utama aku pun. Seorang perdana menteri harus memikirkan nasib rakyat. Walaupun ia adalah utopia buat masa ini- doa aku tetap sama. Di bangkitkan pemimpin yang memahami nadi denyut rakyat kebanyakan.
Berbalik pada kawan aku itu, sesi ngeteh kami malam ini awal berakhirnya. Aku mengharapkan selain soal politik, topik ngobrol kami tentunya berkisar kepada meneruskan kelangsungan hidup semasa pandemik Covid-19 yang sudah masuk gelombang ke 3.
Biarlah pandemik ini makin mengila. Asalkan kita semua tetap terus bersemangat & tidak mudah putus asa.
Kerana, keyakinan kita tetap satu. Allah kan ada!

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada :
✅ 16 Oktober 2020 / Jumaat
✅ jam 7.07 petang
✅ di Hospital Columbia, Tebrau Johor
✔️ Berat : 3.48kg
✔️ Tinggi : 50cm
Kami berdua (suami-isteri) bergegas bersiap pergi ke Hospital Columbia Tebrau sekitar jam 11 pagi. Namun sebelum sampai ke hospital, kami berdua mencari tempat makan di Larkin Perdana untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong.
Usai makan, cari pula sebotol air zam zam berisipadu 1Liter. Barulah perlahan-lahan kami bergerak ke hospital.
Sampai ke hospital sekitar jam 12.30 tengahari. Jam 1.30, isteri masuk ke ruang (laboor room), setelah selesai solat zuhur.
Pergerakan bukaan salur peranakan hanya aktif sekitar jam 5.35 petang dengan bukaan 7cm. Di ikuti 8 cm pada jam 5.50 petang.
Sepuluh minit kemudian, ia terus bergerak ke bukaan 10cm.
Sejam juga untuk menunggu agar proses kelahiran bayi kami yang ke 6 untuk keluar melihat dunia yang fana ini.
Tepat jam 7.07 malam, beberapa minit selepas azan maghrib, bermulalah kehidupan bayi ini di dunia.
Semoga, seperti doa-doa kami buat abang & kakaknya- agar bayi ini menjadi anak yang solehah & menjadi penyejuk mata bagi kami sekeluarga.
Dilindungi dari mara bahaya & fitnah yang melanda serta dipermudahkan segala urusan dunia & akhiratnya.
Amiin.

Sunyi akan membuatkan diri tidak keharuan. Terasa tidak di sayangi. Jiwa akan jadi kosong. Hidup seakan tidak bererti.
Tetapi, silap semua itu. Sunyi yang paling menakutkan ketika 3 langkah tapak kaki orang ramai yang mula-mula pergi meninggalkan mu sewaktu pengebumianmu di kuburan nanti.
Berusahalah agar waktu itu engkau tidak akan sunyi. Sibukkanlah hari ini dengan segala amal perbuatan yang akan menjadi tebusan mu di alam sana nanti.
Usah pernah lelah dan kecewa dengan hidup. Engkau tidak berhak untuk itu.
Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk terus hidup di sini. Sedangkan ramai kawan-kawan sudah hilang dari pandangan mata; di jemput pulang lebih awal dari diri mu.
Hidup adalah untuk memberi. Memberi sesuatu yang bermakna buat yang berada di sekeliling.
Walau hanya dengan sekuntum senyuman.