Doa Hari Sukan Sekolah 2016

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Kejohanan balapan dan padang kali ke – 23 SK Parit Keroma Darat.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Justeru itu, kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara sihat, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini.
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.
Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Pungutan Sumbangan Classroom Makeover

Assalamualaikum… alhamdulillah classroom makeover dalam progress. Salah satu sumber untuk mendapatkan sumbangan kita adalah melalui kerjasama 100% project. Alhamdulillah permohonan kita telah berjaya dan telah terpapar diinternet terbuka kepada semua pihak untuk menyumbang….

2016-07-22 (1)

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://gg.gg/makeoverpkd

Mohon jasa baik guru, murid dan ibubapa promosikan link di atas dan viralkan dalam group wasap masing-masing. Target mesti dicapai dalam masa 40 hari barulah sumbangan tersebut akan diserahkan kepada pihak PIBG sekolah. Jika tidak duit akan dipulangkan kepada penyumbang.

 

Selamat Hari Raya

kadraya8x4 01 Selamat bercuti sempena hari raya hujung minggu ini …. dan Selamat Hari Raya kepada semua warga SK Parit Keroma Darat. Semoga sama2 kita dapat sempurnakan amalan puasa kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Dan Syawal sebagai masa untuk kita menghulurkan kemaafan.

Projek: Classrome Makeover

Assalamualaikum semua warga SKPKD dan yang mengikuti perkembangan sekolah kami.

Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat, Muar, Johor telah berjaya mendapat dan diluluskan projek ‘Classroom Makeover’ daripada YTL Foundation dengan syarat fasa 1 iaitu persediaan bilik dan kelengekapan awal (seperti Lampiran) diuruskan sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dengan keperluan peruntukkan kewangan mencapai RM11,800 (RM:  sebelas ribu lapan ratus) bagi kerja-kerja tersebut. Bagi fasa 2 (akhir) akan ditanggung oleh pihak YTL Foundation sendiri.

Ini merupakan projek yang besar untuk sekolah ini capai bagi impak prasarana yang terbaik. Ini gambar kelas yang telah dipilih dan akan dinaik taraf melalui program ‘Classroom Makeover’. 06 Lantai.JPG

Untuk naik taraf kepada bilik seperti dibawah

crmo targetOleh kerana Program/Projek ini sangat-sangat perlu dan berguna bagi melengkapkan keperluan dan meningkatkan tahap pembelajaran pelajar-pelajar sekolah ini dan peluang terbaik telah diberikan. Malangnya pihak sekolah dan tabung PIBG tidak mempunyai dana kewangan bagi melaksanakan fasa 1 tersebut. Pihak YTL memberi tempoh 3 bulan dari tarikh untuk melengkapkan fasa 1 ini, jika tidak tawaran dan kelulusan projek akan ditarik balik.

Beberapa aktiviti akan dijalankan untuk mendapatkan dana tersebut dan kami amat berharap bantuan dan sokongan semua pihak. Untuk maklumat lanjut tentang ‘Classroom Makeover’ tuan/ puan boleh melayari pautan dibawah: