Halaman

Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 26 Februari 2018

Happy 13th birthday Asyraf !

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.

24.02.2018 lepas adalah ulangtahun kelahiran Asyraf.

Seperti biasa, Asyraf mahu raikan sambutan harijadinya. Bukan sambut meriahpun cukup sekadar dia raikan dengan sahabat karibnya. Bukan selalu boleh berkumpul. Memang ada rancangan nak sambut di luar, disebabkan baru je dapat hang-out  dengan classmate so tak dapatlah buat diluar.

Memang tak ada persiapan pun. Bila dah petang baru mama gorengkan kentang dan sosej sahaja. Tetapi Mummy Ann dan Uncle Pali sponsor KFC. Sementara menggoreng kawan-kawan kakak datang tolong kemaskan rumah. Alhamdulillah.


Gigirls ni semua menawar diri kemaskan rumah. Rajin anak2 dara tu.


Tiada hiasan or belon ke apa, takde gooddies bag. Hanya sedikit makanan. Simple tapi seronok.


Sebab tak jangka berapa ramai yang datang so ayam KFC dipotong sama banyak biar semua merasa. Biasalah anak2, mereka makan KFC dulu baru kek.



Syukur dengan rezeki yang dikurniakan. Seronok jamu kanak2 ni. Nampak mereka puas, yelah lepas makan dapat bermain kat luar. Mak ayah mereka bagi kelonggaran keluar malam sebab nak sambut birthday kawanlah katakan. 

Hanya seorang sahaja yang tinggal jauh yang lainnya anak2 jiran. Mereka sangat rapat semoga menjadi sahabat baik.

Happy 13th birthday Muhammad Asyraf, mama doakan abang berjaya dunia dan akhirat.

thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 23 Februari 2018

Asyraf si comel mama ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Hai semua, lama tak update pasal Nita's family ni kan. Ada tak yang rindu pasal perkembangan Asyraf, Aishah, Amsyar dan juga si kecil Aleesha.

Asyraf dah masuk sekolah menengah dah. Aishah dah darjah 5, Amsyar dah masuk 4 tahun umurnya tapi belum sekolah lagi dan Aleesha dah pandai berjalan dan aktif memanjat dah sekarang.


Cerita hari ni nak cerita pasal Asyraf. Mama nak didik anak2 tak kira lelaki perempuan buat kerja rumah, like memasak, mengemas dan lain2 lagilah. Sebenarnya bagi mama agak payah nak didik diorang ni sebab mungkin mama jenis tak tegas. Tapi setakat ni sangat2 bersyukur sebab anak2 ada juga dengar kata. Ok berbalik cerita Asyraf. Minggu lepas hari sebelumnya Aishah dah masak nasi dan of cause lah giliran Asyraf dah tiba. Aishah mengemas rumah. Mama masak lauk je. Tengok nasi tak masak lagi so mamapun jerit nama Asyraf yang sedang bermain dengan kawan-kawannya diluar.  Dengar je suara mama. Terus dia cakap dengan kawan-kawan dia tadi "wei.. tunggu jap, aku nak masak nasi." Tergelak baba dengar alasan Asyraf berhenti bermain bila mama dia panggil. Baba kata rare sungguh alasan dia hehehe..

Memang selalunya anak dara je kena masak nasi kan?. Bila anak lelaki ni jarang sikit tapi sekarang dah tak macam dulu. Kena ajar juga anak lelaki memasak bukan apa untuk masa depan dia jugak takyah nak google cara masak nasi kan.

Lagi satu pasal jemur kain. Memang kalau nak suruh, payah sangat so bila dah ada jadual. Pandai diorang ikut turn tapi biasalah selalu ngelat time hari kena jemur kain masing-masing buat2 lupa. Pernah hari tu, Asyraf keluar bermain di tingkat atas dan Aishah panggil suruh balik. "Abang, mama suruh jemur kain." Asyraf tahu tugasnya then dia balik rumah jemur kain. Tapi Aishah mengadu Aunty kat tingkat atas tegur Aishah itukan kerja perempuan kenapa Aishah tak buat. Mama senyum je. Biarlah orang nak anggap apa. Kerja rumah kan kerja seisi rumah tak kisahlah perempuan ke lelaki. Kalau sama2 buat kan senang.

Masa cuti sekolah hari tu ada juga Asyraf terasa hati sebab kawan2 ajak main bola di padang perumahan lain tapi disebabkan kerja rumah tak siap Asyraf terpaksa dulukan kerjanya then kawan dia tinggalkannya. Asyraf terus merajuk, mama suruh keluar dia taknak. Mama pesan dengan Asyraf takyah nak sedihlah dengan kawan macam tu, kalau diorang baik pasti diorang akan tunggu. Then hari berikutnya bab solat pula. Asyraf belum solat Asar tapi nak pergi memancing. Mama suruh Asyraf solat sekali lagi kawan2 dia nak tinggalkan dia. Mama kata solat dulu takan kawan2 tak faham. Dengan berat hati dia solat then kawan2 dia datang balik ajak dia pergi memancing semula. See kalau kita dulukan Allah pasti Allah bantu, dapat juga Asyraf pergi memancing tapi ikan tak dapat.


Oh ye, sekarang Asyraf dah pandai hang out. Bukan nak galakkan tapi nak bagi dia bersosial asal tak keluar batas. Satu yang mama suka sebab asyraf suka kongsi cerita dengan mama so mama tahu siapa kawan dia. Harap berterusan, biar mama jadi tempat dia bercerita dan mengadu jadi tak perlu ada rahsia. Ada masalah beritahu je, biar sama2 selesaikan. Kelakar bila kawan2 anggap Asyraf budak kecik dan suruh Asyraf stick together dengan diorang takut kena kidnap. hehehe..

Walaupun mama tahu Asyraf juga mahu kelihatan seperti remaja lain. Namun mama bangga Asyraf terima dirinya seadanya. Asyraf kecil je tubuhnya tapi kekurangannya tak menggangu dirinya. Dulu pernah juga dia mengalir air mata sebab diejek pendek tapi kini Asyraf lebih bersikap terbuka dan sentiasa chill bersama rakan2 yang positif. Minggu lepas doktor jantung Asyraf kata masih awal lagi dan perkembangan Asyraf normal. Pasti Asyraf akan tinggi macam baba dia nanti, buat masa ni Asyraf cute macam mama dia. Si comel mamalah katakan.


 thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 9 Ogos 2017

Zikir yang menyentuh hati..

Assalamualaikum w.b.t.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


يَا ذَا الْجَلاَلِ واْلإِكْرَامِ (3 مرات)
Ya Allah ! yang Maha Agung dan Maha Pemurah

أَمِتْنَا عَلَى دِيْنِ اْلإِسْلاَم

Matikanlah kami dalam agama Islam


Pernah tak tengok video yang diviralkan di FB tentang seorang ayah mendodoikan anak kecilnya dalam kotak polistren ketika banjir besar di Kelantan. Sayu je suara ayah menzikirkan nama Allah tu. Dan kemudian ada lagi satu video mengenai seorang budak yang menangis menonton video tersebut. Memang menyentuh perasaan video tu.

Saya suka zikir tu. Teringat masa saya dodoi kan Aiman tapi saya hanya mengunakan alunan atau nada zikir tu je, saya tukarkan dengan kalimah Syahadah. Cuma tahun lepas, saya dodoikan Amsyar dengan zikir Ya Zaljala liwal ikram. Masa saya dodoikan Amsyar, mata saya melihat arah lain, bila terpandang wajah Amsyar nampak mata dia berkaca dan seakan-akan nak menangis. Betullah Amsyar, terharu mendengar zikir tu. Bila saya diam dia berhenti menangis kemudian Asyraf suruh saya berzikir lagi. Dan memang betul Amsyar seperti sayu je dengar zikir tu dan kemudian Asyraf pula mengalirkan airmata. Bila di tanya kenapa sedih, Asyraf takut kalau dia akan mati semasa operation menukar pacemaker nanti. Saya tenangkanya dan percaya bahawa maut itu rahsia Allah, dibedah atau tidak sekiranya ajal kita sampai kita akan pergi juga. Dan tak perlu bimbang pembedahan menukar pacemaker hanya pembedahan kecil berbanding pembedahan jantung sebelum ni.

Alhamdulillah, sudah hampir setahun Asyraf dibedah, dia sihat dan cergas.

Sekarang ni Amsyar dah ada Aleesha, dia pula dodoikan adiknya dengan zikir tersebut.


thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 5 April 2017

Rembat anak dengan penyapu... cara "rare" suruh anak ambil exam..

Assalamualaikum w.b.t.

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Susahkan nak jadi ibu mithali ni, masih banyak perkara nak dipelajari, kesabaran memang wajib ada kalau tak.. cengghitulah jadinya.. (tajuk kat atas..hihihihi...)

Masa sibuk layan fb, ternampak satu gambar caption berbunyi "She must have good reason to do so.." macamtulah ayatnya lebih kurang.. caption tu ditulis kat satu status dengan gambar seorang perempuan bawa penyapu sambil berjalan bersama 2 orang murid masuk ke kawasan persekolahan. Tak tahu, siapa sebenarnya perempuan tu, sama ada dia seorang guru ataupun seorang ibu. Apa-apapun bersangka baik jelah ye.

Ok, hari ini aku nak cerita pasal aku. Terpulanglah pada sesiapa nak menilai yang pasti tujuan aku hanya untuk kebaikan je. Bab nak memantau persekolahan anak ni memang aku fail. Tapi aku cuba juga nak buat yang terbaik, buat masa ni sekadar termampu jelah.. Aku selalu pesan kat anak-anak supaya siapkan homework dan tukar jadual. Memandangkan diorang dah besar, aku ambil mudah je.. dah bagitahu tak buat lantakan aje biar kena rotan ngan cikgu. Bergantung sungguh aku ngan cikgu. Sebab tu bila cikgu bising budak2 tu sure kena se-das dua rotan. Macam zaman dulu2 kan. Bukan tak nak pantau tapi masa tak ada, dengan baby lagi (alasan). Bulan September tahun lepas, aku baru je bersalinkan si Aleesha dan berpantang di rumah selama 44hari dan Asyraf pun dalam pantang juga, dia juga baru je lepas operation tukar bateri kat jantungnya (pacemaker).  Kami jalani process pada hari yang sama 20hb September, Asyraf dibedah di IJN dan aku melahirkan Aleesha di GHKL. Tapi Alhamdulillah kami berpantang bersama. 

Dan beberapa hari kemudian tak pasti bila tarikh Ustazah call bagitahu Asyraf ada exam penting, la terukkan boleh pula aku tak ingat. Aishah dicutikan sebab murid darjah 5 nak ambil exam tu. Kebetulan masa tu baba kerja pula, tak ada sesiapapun nak hantar Asyraf ke sekolah. Jenuhlah suruh, tak maunya dia.. suruh bawa basikal, alasannya kunci tak ada nanti basikal hilang. Nak tunggu baba, masa dah berlalu takut tak sempat. Alih-alih aku dah geram, aku rembat dengan penyapu. Boleh pulak dia main kejar2 ngan aku. Melihat tangisan si Asyraf, aku jadi menyesal... bagai ada yang menegur tindakan aku tu salah, ialah dengan cuaca panas takan aku nak biarkan Asyraf ke sekolah sendirian dahlah dia baru di operate. Tak jauhpun sekolah, dekat-dekat Masjid je. Aku suruh Aishah jaga Aleesha so aku ke sekolah temani Asyraf, kami pergi jalan kaki je. Masa dalam perjalanan aku minta maaf dengan Asyraf, begitu juga Asyraf. Erat tangan aku Asyraf genggam sambil kesat airmata dia. "mama, teman abang sampai naik kelas tau." Takutlah tu ngan Ustaz. sampai kat kelas. Bergegas dia ke tempat duduk dan ambil exam. Aku minta maaf kat ustaz sebab Asyraf masuk lambat. Ustaz kata tak apa2. 

Berlari anak2 aku kena hujan pulak, sampai rumah terdengar jeritan si Aleesha. Nasiblah ada Aishah boleh harap jaga Amsyar dan Aleesha. 

Balik dari sekolah, aku tanya Asyraf, boleh tak jawap soalan dia kata Alhamdulillah boleh, pastu dia ceritakan Ustaz tadi pergi ke mejanya dan melihat kertas jawapan dan tunjuk ibu jari (good) katanya. Oklah lega rasanya.

Bila habis sekolah, mereka cuti. Aku susun buku yang tak guna untuk dibuang atau disimpan. Banyak betul buku latihan anak aku tak buat. Memang salah aku selalu aku tanya homework tapi aku tak check. Pernah sekali aku tanya Asyraf kata takde, asyik takde je. Dah lama baru dia terus terang, takde buku latihan mama tak bayar yuran dan buku mana nak adanya. Habis kenapa tak ingatkan.. "Mama asyik takde duit, sebab tu abang tak tanya dah."  ok. salah aku. Lepas tu bayar baru dapat buku tapi dah terlambat sebab dah habis sekolah dah. Itu sebab buku2 dari sekolah Agama kebanyakannya tak bersentuh. Kebanyakan kawan-kawan Asyraf ramai behenti sekolah Agama sebab nak fokus pada UPSR, tapi aku taknak hentikan. Ustazah kat sekolah tu kata tak mengapa lewat asal datang. Di sekolah Kebangsaan, murid darjah 6 wajib ambil kelas tambahan dan kelas habis jam 3.30. Kalau baba free dia akan ambil Asyraf sendiri dan bawa terus ke sekolah Agama, kalau tak Asyraf akan ikut van sekolah tapi tak sempat nak ke Sekolah Agama sebab dah terlalu lewat.

Semoga mereka cemerlang dunia dan akhirat.
So masuk tahun baru, aku dah ada azam baru kononnya nak lagi gigih pantau anak, tapi still lemah. Ada juga tengok grup whatsapp, kawan-kawan aku, berbincang mengenai exam anak2, aku rasa segannya nak join, sebab macam zero je pengetahuan hal2 sekolah ni. Baru-baru ni nak join PIBG meeting, tapi tak pergi sebab baby sakit pulak, masuk wad sehari. Tengok kejayaan anak2 kawan, rasa seronok je, tapi aku memang tak akan tekankan sangat kat anak2. Suatu hari aku baca whatsapp grup certa pasal keputusan exam, aku tak ambil pusing pun tapi aku dah simpan dalam hati nak juga tahu, nanti2lah aku google hihihi.. then aku nampak kawan aku update status mengenai keputusan anak nya dapat 8A dalam exam UPKK. Wah mesti seronok kan.. akupun tumpang happy. Then kat keputusan tu aku nampak no Mykid anak dia, eh! same year
ngan Asyraf.. dan2 tu jugak aku cek then...

Alhamdulillah Asyraf dapat 5A 3B.

Sangat2 happy dah rasanya hingga keluar airmata gumbira. Tak sabar2 nak peluk Asyraf. Tapi balik2 dia peluk ayah dia dulu. Ingat nak surprise dia rupanya dia dah tahu result dia semalam.. hampeh!..Lupa nak khabaq katanya..pun boleh..

Then malam tu, aku berborak dengan Asyraf, aku kata kat dia, "kalau mama tak rembat dengan penyapu hari tu mesti Asyraf tak dapat 5A kan..?" Tergelak kami anak-branak..

So pada makcik yang bawa penyapu rembat anak ke sekolah tu.. yeah.. i feel you... hahahahaha.....

 thanks for reading this entry ^_^

Sabtu, 31 Disember 2016

Anugerah Allah

Assalamualaikum w.b.t.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Lamanya saya menghilangkan diri.. ada tak yang merindu..hihihi..

Hai, saya nak bagitahu satu berita. Saya dah ada seorang lagi ahli keluarga. Namanya Nurul Aleesha Binti Rushidi.

Kalau ada yang ingat, saya ni memang takut nak bagitahu orang yang saya pregnant. Ntahlah kenapa. Anak ni memang anugerah Allah, sebab saya tak jangkapun saya pregnant. Memang masa pregnant dia saya buat test banyak kali hasilnya blur.. tak puas hati buat kat farmasi dan akhir sekali buat lagi kt klinik. Saya memang seronok dalam dok risau tu. Tapi first thing nak kena buat, bgtahu majikan. Biasalah bos membebel.. siap cakap "you should discontinue.." yelah ada 3 anak kan.. Biarlah ko membebel ko tak tahu pahala yang aku dapat. kan.. Dalam kepala, kalau bos nak buang kerja ke or taknak bagi gaji masa cuti bersalin nantipun saya kena redha. Tapi bos saya ok je. Saya dapat 3 bulan cuti bergaji. See takyah risau-risau, Allah yang bagi rezeki yang penting kita redha.

Lepas tu, dok fikir siapa nak jaga baby. Kami buat keputusan kami akan jaga sendiri. Dan sayapun diam2 je. Kononnya nak surprise kat semua orang kehadiran baby baru nanti. Selama 6 bulan baby saya kandung memang takde siapa yang tahu. Adik2 yang datang rumah pun takde yang perasan. Tapi hari raya puasa hari tu saya bagitahu jugalah. Itupun sebab Intan dah bocorkan rahsia.. Intan ni dulukan duduk rumah saya so dia tahulah bila saya mengandung macamana. Masa Intan bagitahu adik2 yang lain saya pregnant ada juga yang kata Intan mengarut hehehe... Bagitahulah juga diorang, kurang sikit buat kerja rumah.. hahaha...


merasa pakai nebulizer
Mengandung kali ni mencabar, macam2 dugaan ditempoh. Masa kandungan umur 7 bulan dah saya terjatuh dalam bilik air, sebab tak larat nak dukung Amsyar. Dah berjahit dahi. Nasib baik perut tak kena. Jatuh dalam keadaan tersungkur macam bersujud tu. So selamatlah perut. Amsyar pun tak apa-apa. Seminggu selepas buka jahitan, kena batuk pulak. Batuk yang makin menjadi-jadi bila malam muncul. Sampai satu tahap batuk hingga leaking. Terpaksa ke hospital. Dan kena tahan masuk wad. Dan bertapalah saya dalam wad selama 3 minggu. Di usia kandungan 34minggu, saya kena induce. Kenapa kena induce, Doktor kata sebab leaking dan saya pun ada kencing manis dan memandangkan anak-anak saya yang sebelum ni ada masalah jantung maka doktor tak mahu ada risiko. Jadi redhalah di induce walaupun takut. 



Selama 3 minggu, saya berpisah ngan anak2. Soal kerja saya dah redha, kalau bos nak hentikan sayapun saya dah tak kisah tapi Alhamdulillah bos ok. Soal anak2 Alhamdulillah mak mertua saya dan adik-adik serta ipar turut membantu menjaga mereka. 

Selama dalam wad saya terlepas kenduri kawin adik saya dan saya juga sambut raya haji dalam wad. Memang rancang macam-macam nak buat masa kenduri si Eni. Tapi terlepas juga. Maaf ye dik, hanya Doa je yang dapat kutitipkan buat adik2 aku. Eni selamat diijabkabulkan pada 9/9/2016 dan majlis meraikan pengantin pada 10/9/2016. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.



Yang paling terkilan saya tiada disisi Asyraf, anak sulong saya, ketika dia di wad IJN. Asyraf menjalani pembedahan tukar pacemaker. Perancangan Allah adalah yang terbaik. 20hb September Asyraf selamat menjalani pembedahan dan pada tarikh yang sama saya juga selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. Dan yang hebatnya, baba boleh attend dua-dua sekali. Selepas Asyraf buka mata baba ada di sisinya dan baba sempat berkejar ke wad bersalin dan temani saya pula, Buat kali pertama baba melihat anaknya lahir kebumi. Pengalaman pertama baba ada dalam bilik bersalin walaupun dan 4 kali dia terlepas. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahukbar.


Hanya Allah je tahu gusarnya hati ni mengenangkan anak nak kena operate. Alhamdulillah dah selamat dahpun. Asyraf memang tabah orangnya.


Dan biasalah memandangkan bayi yang lahir tak cukup bulan maka kami masih duduk di hospital selama 10 hari lagi. Alhamdulillah baby sihat cuma ada lubang kecil di jantungnya. Doktor kata lubang tu akan tutup sendiri. InsyaAllah tak apa-apa. Masa tu baby kena ambil antibiotik, kemudian kena pakai lampu biru sebab kuning. Berat tak naikpun tak diberi pulang. Adoi bosannyalah masa tu..

Ok sekarang baby dah masuk umur 3 bulan. Alhamdulillah dia sihat. 

 comel tak saya.

Alhamdulillah, segalanya dah berjaya kami atasi. Saya sangat2 bersyukur kerana ditemukan dengan orang-orang yang baik-baik. Yang sudi menghulurkan bantuan serta yang mendoakan kami. Hanya Allah yang dapat membalasnya. 


p/s - kawan saya tanya, nita you tak confius ke, anak-anak you nama mereka seakan sama...
       Asyraf, Aishah, Aiman, Amsyar, Aleesha.. hehehe tak kot.


 thanks for reading this entry ^_^