Secara umumnya, E-Pembelajaran atau E-Learning adalah
‘Sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung 2007).
Internet, Intranet, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau ‘assynchronously’ (pada waktu yang berbeza) (Jaya Kumar 2001, Azizol 2011)’.
Saksikan video Pengenalan E-Pembelajaran dalam paparan berikut:
Terdapat pelbagai kebaikan e-pembelajaran. Di antaranya ialah:
- jadual kuliah yang fleksibel
- nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line.
- menjimatkan kos dan masa
Selain itu, kelebihan e-learning juga boleh dilihat seperti yang dipaparkan di dalam video tersebut: ‘The e-Learning advantages’
Secara keseluruhannya, saya mendapati e-pembelajaran ini merupakan suatu transformasi penyebaran maklumat yang sangat menarik. Dalam era informasi maklumat ini, saya dapati murid-murid saya nampaknya lebih tertarik dengan sesi persembahan pengajaran yang melibatkan penggunaan Google, You Tube dan Facebook. Pertukaran idea juga dapat dilakukan dengan lebih telus apabila semua murid dapat memberi maklum balas masing-masing. Situasi di mana murid yang sama sahaja memberi pendapat atau menjawab soalan juga dapat dielakkan.