Refleksi Minggu 14

Minggu 14 merupakan minggu terakhir semester sebelum peperiksaan akhir. Sehubungan dengan itu, kuliah minggu ini hanya membincangkan tentang topik yang dipelajari dan memfokuskan kepada penghantaran tugasan. Alhamdulillah, saya telah menyiapkan semua tugasan individu dan kumpulan.

Refleksi Minggu 13

IMG_6243Kuliah Minggu Ke – 13 tidak dijalankan namun kami meneruskan tugasan pembinaan AR dan pada minggu ini kumpulan kami membina board sebagai bahan bantu mengajar.

Kami membina board “Ayuh Berwudhu” dan menjalankan proses membina AR itu sendiri dan akhir sekali merekod video AR kumpulan kami. Sesungguhnya, saya amat gembira dan bangga dengan kerjasama daripada ahli kumpulan, kami bersungguh-sungguh dalam membuat projek AR ini dan diharapkan hasilnya berbaloi.

Refleksi Minggu 12

Kuliah Minggu ke-12 disampaikan oleh Mejar Jasmy mengenai Konsep M-Learning. M Learning ialah Mobile Learning yang merupakan kaedah terkini untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid-murid dan boleh dilakukan pada bila bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Dua sudut utama M-Learning ialah rangka aplikasi sistem E-Learning dan bahan untuk pembelajaran.

Traditional Learning vs E-Learning vs Mobile Learning 

  • Traditional Learning ialah belajar dalam kelas seperti biasa, guru mengajar di hadapan kelas secara bersemuka dan murid-murid mendengar.
  • E-Learning ialah pembelajaran menerusi komputer  atau tablet.
  • Mobile Learning ialah pembelajaran melalui telefon pintar.

M-Learning memudahkan pelajar untuk belajar kerana semua ilmu hanya berada di hujung jari sahaja, kita hanya perlu rajin dan banyak membaca.

Seterusnya, kami meneruskan perbincangan tentang bahan pembentangan yang sesuai untuk AR dan juga memilih video yang bersesuaian untuk overlay. Setelah meneroka dan mencari video yang menarik, kami telah berjaya memilih video yang sesuai dijadikan overlay untuk projek AR ini tetapi memerlukan editing dilakukan.

Refleksi Minggu 11

Kuliah Minggu Ke – 11 tidak dijalankan namun pada waktu tutorial, kumpulan kami berbincang mengenai projek AR. Kami membuat brainstorming tentang pemilihan tajuk yang sesuai dan kaedah yang ingin digunakan.

Apabila selesai brainstorming, kami membuat senarai pendek tentang tajuk yang dicadangkan oleh setiap ahli kumpulan dan setelah membuat pertimbangan dengan baik kami memilih tajuk “Ayuh Berwudhu”.

Kumpulan kami juga telah mencari beberapa idea dan terus membahagikan tugas masing-masing kerana setiap ahli kumpulan mempunyai skop kerja yang berbeza namun kami tetap belajar bersama di antara satu sama lain.

Refleksi Minggu 10

Kuliah pada minggu ke-10 ialah Web 2.0 dan Aplikasinya dalam Pendidikan. Kuliah ini sampaikan oleh Dr Hazrati dan Web 2.0 adalah berbeza daripada Web 1.0 kerana Web 2.0 ialah web based platforms yang mudah digunakan untuk bersemuka malah merangkumi pelbagai aplikasi seperti Piktochart, Prezi, Powtoon dan Coggle.

Kelebihan Web 2.0 ialah membenarkan komunikasi berlaku di mana sahaja pada bila bila waktu, PdPc juga akan melangkaui bilik darjah dan membentuk kemahiran multimedia antara pelajar.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran dan isu dalam Web 2.0 iaitu plagiat daripada kalangan pelajar manakala isu utamanya ialah kekangan teknikal (internet) itu sendiri dan juga cabaran dalam maklum balas rakan apabila diskusi dan kolaboratif dengan pelajar dijalankan.

Sesungguhnya, Web 2.0 ini banyak manfaat kepada pelajar dan cabaran Web 2.0 boleh diatasi dengan sokongan guru dan rakan-rakan.

Refleksi Minggu 9

Kuliah Minggu Ke – 9 tidak dapat dijalankan kerana memberi laluan kepada Majlis Konvokesyen UKM kerana pada hari ini merupakan giliran Fakulti Pendidikan UKM untuk bersidang.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua graduan!

Refleksi Minggu 8

Kuliah Minggu Ke – 8 ialah Gamifikasi dalam Pendidikan dan disampaikan oleh Dr Nor Hafizah binti Adnan. Gamifikasi boleh digunakan dalam PdPc kerana mampu menarik minat murid dan menjadikan PdPc menyeronokan. Selain itu, murid dapat berada dalam pembelajaran yang aktif dan dapat berinteraksi dengan rakan sebaya.

Seterusnya semasa tutorial, pembentangan projek Multimedia telah dijalankan dan kumpulan kami merupakan pembentang pertama. Tajuk projek Multimedia kami ialah “Focus on my Ability not my Disability”. Setiap kumpulan membentangkan projek mereka dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan menjayakan lagi pembentangan pada hari ini.

Refleksi Minggu 7

Pada minggu ke-tujuh, kuliah disampaikan oleh Dr Rosseni binti Din tentang Proses Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan Media Pembelajaran. Bahan AR dan Multimedia memerlukan peracangan seperti storyline, storyboard dan lakaran.

Selain itu, senarai semak yang perlu ada dalam proses perancangan reka bentuk ialah teori, kandungan, strategi, pedagogi dan juga nilai. Nilai mestilah berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran. Fasa Analisis seperti protokol temubual antara pelajar dan guru pula merupakan keperluan untuk menganalisis bahan pengajaran dan media pembelajaran.

Refleksi Minggu 1 – 6

Minggu ke -1 & ke -2 

Kuliah pada minggu pertama dan kedua tidak dapat dijalankan kerana cuti peristiwa di Malaysia.

Minggu ke -3

Kuliah minggu ke-3 disampaikan oleh Dr Fariza binti Khalid membincangkan tentang pengenalan serta proforma subjek Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dr Fariza menerangkan tentang ‘Augmented Reality (AR) kerana ia merupakan kerja kumpulan untuk semua pelajar.

Minggu ke-4

Kelas tutorial bermula pada minggu ke-4, kami diberi tugasan untuk membuat email baru  dan memperkenalkan diri kepada pensyarah serta membina tandatangan dalam email perkenalan itu. Selain itu, kami diminta untuk membuka akaun WordPress sebagai medium pembelajaran antara kami dan Prof. Madya Dr. Rosseni.

Minggu ke-5

Kuliah minggu ke-5, ialah tentang Augmented Reality dan disampaikan dengan baik oleh Dr. Fariza. Sesungguhnya, saya rasa AR agak susah tetapi seronok untuk seronok untuk dipelajari kerana boleh digunakan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Di kelas tutorial, kami belajar dengan lebih mendalam mengenai WordPress.

Minggu ke-6

Kuliah minggu ke-6 disampaikan oleh Dr Nor Hafizah binti Adnan berkenaan ‘Tools for Publishing Student Work” dan memperkenalkan tentang Educational Tools iaitu Piktochart, Canva dan Visme.