K6-L29-KUMP 4 Warisan Bahasa: Memahami Peribahasa Melayu dan Maknanya

Kumpulan 4

Nama Ahli Kumpulan:
1 – MOHD AZMIN AIZAT BIN MOHD SALLEH (P155324)
2 – NUR ZULAIKHA BINTI ZANIAH (P158922)
3 – NURUL NADIA BINTI RUHBANi@ AFFENDY (P155878)
4 – AMIR IZHAR BIN ABD SAIDI (P159129)
5 – HAZMALIS BINTI BASRI (P155233)
6 – NURSALINA QADESYAH BINTI SOFREE (P157549)
7 – NURUL ERNI EWARNI BINTI ABD KANAN (P155841)
8 – NUR AFIFAH BINTI MOHD LOKMAN (P157372)

Tajuk :
Warisan Bahasa: Memahami Peribahasa Melayu dan Maknanya

Isu :
Kurangnya pendedahan, pemahaman, dan aplikasi peribahasa dalam penulisan, ditambah dengan pengaruh budaya moden serta perubahan gaya komunikasi dalam kehidupan seharian, menyebabkan murid semakin jarang menggunakannya, sekali gus menjejaskan kreativiti dan kualiti penulisan karangan mereka. Jika dibiarkan, ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, generasi akan datang mungkin tidak lagi menghargai keindahan warisan bahasa ini.

Punca:
1. Kaedah Pengajaran yang Tidak Menarik
– Pendekatan tradisional seperti hafalan dan latihan semata-mata menyebabkan murid kurang berminat untuk mempelajari peribahasa. Tanpa penggunaan teknologi atau aktiviti interaktif, pembelajaran menjadi kurang menarik, sekali gus menyukarkan murid untuk memahami dan mengingat peribahasa dengan baik.

2. Kurang Pendedahan terhadap peribahasa
– Murid jarang mendengar atau melihat peribahasa digunakan dalam kehidupan seharian, menyebabkan mereka sukar mengingatinya.

3. Peribahasa dianggap sukar dan kuno
– Penggunaan bahasa ringkas, slanga dan singkatan dalam komunikasi digital membuatkan murid lebih selesa dengan bahasa moden, sementara peribahasa yang penuh dengan kiasan dianggap sukar dan kurang relevan, mengurangkan penggunaan dalam penulisan dan perbualan.

Solusi:
1. Kaedah Pengajaran Kreatif dan Interaktif
– Gunakan teknologi seperti aplikasi, animasi, dan permainan digital untuk menjadikan pembelajaran peribahasa lebih menarik. Aktiviti seperti pertandingan Teka Maksud Peribahasa dan lakonan membantu murid memahami serta menggalakkan penggunaannya dalam komunikasi dan penulisan.

2. Membudayakan Peribahasa dalam Kehidupan Seharian
– Ibu bapa dan guru boleh membiasakan penggunaan peribahasa dalam perbualan harian dan situasi sebenar. Paparan poster atau bahan bacaan di tempat strategik seperti kelas dan perpustakaan turut meningkatkan pendedahan murid.

3. Mewujudkan Ruang Pembelajaran Peribahasa yang Menarik
– Sudut peribahasa interaktif dengan maksud, ilustrasi, dan contoh ayat boleh menarik minat murid. Aktiviti seperti Peribahasa Mingguan dan kuiz membantu mereka menggunakannya secara aktif dalam penulisan dan komunikasi.

Pautan Link untuk Storyboard dan Video:
https://drive.google.com/drive/folders/1U5VCJ5_S9BhDKeOShSQWR_eEdb9tf5Wj?usp=sharing

Respon kepada Kumpulan 4:
Warisan Bahasa: Peribahasa Melayu dan Maknanya

Tajuk:
cadangan saya ubahsuai dan ringkaskan jadi “Peribahasa Warisan Bangsa”

Isu, Cabaran & Solusi:
well done!

Prototype:

well done!

Storyboard:

SB1-4

pengenalan: 1-2 minit yg awal

SB9-12

penutup: 1-2 minit terakhir

SB5-8
konten peribahasa dan maknanya perlu diperbanyakkan lagi: 8-9minit puncak penyampaian

Awak boleh proceed seperti ini

Jika awak sempat kembangkan prototaip itu dengan memberi fokus kpd pengembangan storyboard 5-8 utk membina video lengkap yg padat dgn peribahasa warisan bangsa sebelum kelas ini berakhir selepas saya selesai menilai semua projek dan jika masa masih ada lagi sehingga 6pm atau selewat2nya 10pm, saya akan melihat menilai apa yg awak sempat siapkan dan memberikan guideline seterusnya utk awak laksanakan deraf kedua sebelum perbentangannya di pertemuan kedua nanti

1. Tajuk ini boleh proceed

2. Isu, masalah dan solusi dibentangkan dgn jelas dan slaid presentation yg disediakan jelas. Solusi yg dikemukakan praktikal dan boleh dilaksanakan ttp belum banyak dikongsikan di Internet atau kohort2 yg lepas. Dalam prototaip dan storyboard awak juga belum memperincikannya ttp dari apa yg telah awak sediakan dalam prototaip walaupun tiada narration utk menjelaskannya saya yakin awak boleh tambahkan konten dgn lebih banyak dan padatkannya dalam tempoh 9-10 minit manakala utk pengenalan dan penutup awak boleh ambil masa 1-2 minit

3. Storyboard sbg prototaip sangat baik walaupun bahagian solusi belum lengkap setakat apa yg ada, baik dan jelas, well done

4. Prototaip juga walaupun tidak berapa jelas jalan ceritanya tanpa penjelasan suara latar ttp saya dapat memahaminya dari storyboard yg dihasilkan walaupun tidak begitu lengkap bhgn solusinya; saya yakin dgn klip prototaip storyboard dan video yg dihasilkan ini awak boleh hasilkan video yg padat dan menarik serta benar2 dapat membakar semangat patriotism. Untuk itu awak perlu banyakkan bhgn strategi utk meningkatkan patriotisn dgn membudayakan warisan bangsa dalam koko dan aktiviti2 tahunan dan sebagInya yg perlu awak fikirkan lagi utk menambahkan konten. Dari aspek inovasi terserlah elemen fotografi yg baik setting fokus jelas kalaupun bukan awak yg menghasilannya sendiri ttp awak berjaya memilih long shot medium shot dan close up shot yg baik. Well done

Awak boleh proceed. Sama seperti kumpulan 4 tugasan1 kumpulan 2 ini juga sangat baik dan jika awak tiada halangan saya mohohon izin untuk share dalam blog educational technology saya untuk dijadikan contoh kpd pelajar2 saya yg lain untuk membuat Tugasan1: presentation usulan projek ini

Posted in Curriculum | Leave a comment

K6-L29-KUMP 6 Menyemarakkan Semangat Patriotisme Dan Warisan Budaya

KUMPULAN 6

TAJUK: MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME DAN WARISAN BUDAYA.

1.Ahmed Fazrine Zidane Bin Mat Supri (P156939)

2.Anis Shuhada’ Binti Mohd Syaiful Nizam (P159088)

3.Aqeef Afham Bin Kamarulzaman(P155108)

4. Zaihazreen Binti Razali (P156072)

5.Balqis binti Mohd Baijuri (P156416)

6. Anis izzati binti abdul arif anuar (P156988)

7. Ahmad Aisamuddin bin Amir (P155007)

Pautan link untuk slide, draft prototype video, storyboard dan storyline :

https://drive.google.com/file/d/1zh5Nolf_BaeR9SWl6uA0hn36T1Wd-j3N



Respon kepada Kumpulan 6:


1. Tajuk ini boleh proceed

2. Isu, masalah dan solusi dibentangkan dgn jelas dan slaid presentation yg disediakan jelas. Solusi yg dikemukakan praktikal dan boleh dilaksanakan ttp belum banyak dikongsikan di Internet atau kohort2 yg lepas. Dalam prototaip dan storyboard awak juga belum memperincikannya ttp dari apa yg telah awak sediakan dalam prototaip walaupun tiada narration utk menjelaskannya saya yakin awak boleh tambahkan konten dgn lebih banyak dan padatkannya dalam tempoh 9-10 minit manakala utk pengenalan dan penutup awak boleh ambil masa 1-2 minit

3. Storyboard sbg prototaip sangat baik walaupun bahagian solusi belum lengkap setakat apa yg ada, baik dan jelas, well done

4. Prototaip juga walaupun tidak berapa jelas jalan ceritanya tanpa penjelasan suara latar ttp saya dapat memahaminya dari storyboard yg dihasilkan walaupun tidak begitu lengkap bhgn solusinya; saya yakin dgn klip prototaip storyboard dan video yg dihasilkan ini awak boleh hasilkan video yg padat dan menarik serta benar2 dapat membakar semangat patriotism. Untuk itu awak perlu banyakkan bhgn strategi utk meningkatkan patriotisn dgn membudayakan warisan bangsa dalam koko dan aktiviti2 tahunan dan sebagInya yg perlu awak fikirkan lagi utk menambahkan konten. Dari aspek inovasi terserlah elemen fotografi yg baik setting fokus jelas kalaupun bukan awak yg menghasilannya sendiri ttp awak berjaya memilih long shot medium shot dan close up shot yg baik. Well done

Awak boleh proceed. Sama seperti kumpulan 4 tugasan1 kumpulan 2 ini juga sangat baik dan jika awak tiada halangan saya mohohon izin untuk share dalam blog educational technology saya untuk dijadikan contoh kpd pelajar2 saya yg lain untuk membuat Tugasan1: presentation usulan projek ini00:47 AM

Posted in Curriculum | Leave a comment

K4SET29 DPLI: EL-NINO & LA-NINA

Fenomina yang berlaku setiap 2-7 tahun ini adalah termasuk dalasaid Nursi m kejadian alam. Seperti banyak yang telah dikupas oleh para ulama berkaitan kejadian alam ini, Imam Bediuzzaman juga telah menulis satu lampiran dalam Bab ke-14 Kitab Kalimat yang menjelaskan fenomena kejadian alam seperti gempa bumi yang telah berlaku di negaranya Turki susulan pertanyaan yang memerlukan jawapan daripada penduduk-penduduk setempat ketika itu yang merasa gentar tentang kejadian-kejadian tersebut yang ditafsirkan juga sebagai sebahagian daripada tanda-tanda kiamat dan petanda kemarahan terhadap kemaksiatan yang berleluasa di akhir zaman ini. 

Video berikut menjelaskan dua daripada kejadian alam yang berkaitan dengan perubahan cuaca. Kejadian alam merupakan kejadian yang datang secara tiba-tiba tanpa diduga. Apa yang boleh kita buat adalah mempelajari tentang apakah dia kejadian ini supaya kita lebih bersedia menghadapinya.

Posted in Curriculum | Leave a comment

K01SET29 DPLI: FITNAH YANG MENJATUHKAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

Orang Islam diajar untuk berbaik sangka namun kita juga telah diberi amaran tentang bahana fitnah akhir zaman yang penuh dengan tipu muslihat baik dari fitnah wanita yang tampil islamik untuk tujuan yang menjatuhkan kewibawaan seseorang individu, institusi mahupun negeri dan negara mahupun seorang lelaki yang tampil nasionalis, islamik, jujur dan amanah dihormati dan disegani. Sosok-sosok ini juga adalah makhluk Allah yang menjadi sasaran sosok-sosok syaitan yang bertopeng manusia untuk melaksanakan tugas dan misi mereka sehingga boleh menjatuhkan sebuah negara dan kekhalifahan yang telah wujud beratus tahun lamanya. Sejarah telah menunjukkan berkali-kali taktik dan strategi ini digunakan oleh pihak Inggeris di mana-mana negara yang ingin mereka kuasai baik tanahnya, harta negara mahupun kuasa ekonominya. Jika kita membaca dan menjadikan sejarah sebagai panduan kita dapat memperoleh maklumat dan lebih berjaga-jaga.

Posted in Curriculum | Leave a comment

K03SET23 PERANG BADAR

Setiap sesuatu yang berlaku tidak sia-sia dan tidak tanpa tujuan pasti ada hikmah di sebaliknya. Orang yang dekat dengan Allah dapat berkomunikasi dari hati, jiwa, minda dan akal fikiran mereka. Segala peperangan yang berlaku ada yang Islam menang dan ada yang Islam kalah kesemuanya ada tujuan dan hikmahnya. Perang Badar mengandungi beribu macam hikmah yang jelas tersurat dan ada yang tersirat yang mampu dilihat dan dibaca difahami dan dijadikan panduan hidup bila dilihat dari pelbagai perspektif kehidupan.

Dewasa ini banyak orang menggunakan alasan “mental” yang dikaitkan dengan ketidaktenteraman jiwa dan ketidaktenangan minda hati dan akal sehingga jiwa menjadi kacau. Mereka menyalahkan ibu bapa yang memberi tekanan sehingga hidup mereka tertekan. Ada yang menyalahkan guru, majikan, jiran dan segala sesuatu yang memberi tekanan dalam hidup mereka samada tekanan yang membuat mereka marah, bimbang mahupun sedih. Semua perasaan ini ada cara untuk membendungnya dalam kaedah yang menggunakan penawar dari al-Quran. Sedih misalnya yang teramat sangat sekiranya tidak dibentuk boleh membawa kepada sakit jiwa dan mental. Nabi SAW juga dalam banyak peristiwa dan musibah telah merasakan kesakitan jiwa yang teramat sangat misalnya semasa ayah saudaranya Saidina Hamzah dibunuh dalam Perang Badar dalam keadaan dan cara yang dahsyat yang membuatkan dirinya merasa sedih yang teramat sangat sukar untuk memaafkan pelakunya Wahshi sehingga Allah menurunkan ayat berkaitan hal ini.

Pengajaran dari pembunuhan ngeri yang menyakitkan hati dan jiwa Rasulullah sehingga tidak dapat hialng rasa sedihnya tatkala melihat wajah Wahsyi itu mengajar kita bahawa tidak mengapa untuk kita berasa sedih dan mengambil masa tetapi yang akan mengubat dan menjadi penawar luka itu adalah dengan memafkan pelaku itu. Apabila memaafkan kita boleh “move on” dalam kehidupan. ”Move on” tidak bermaksud kita perlu bersama-sama kembali dengan orang yang telah melakukan kejahatan terhadap kita tetapi move bermaksud di sini maafkan dan teruskan kehidupan dengan perkara-perkara yang memanfaatkan hidup kita. Jika kita dapat berbaik semula itu adalah terbaik namun tidak mengapa sekiranya kita tidak dapat melihat wajah pelaku yang telah melakukan kejahatan, kezaliman mahupun fitnah, tipu daya, keengkaran dan khianat terhadap kepercayaan dan amanah yang diberikan. Nabi pun tak boleh melihat muka Wahsyi walaupun telah memafkannya sehingga dia menyuruh Wahsyi memalingkan muanya ke arah lain tatkala bertemu dengannya setelah kejadian itu lama berlalu.

Pengajaran yang dapat dikutip di sini adalah dalam hidup ini kita harus move on setelah berlaku sesuatu kejadian yang menyayat hati dengan cara memafkan pelaku, penzalim, pemfitnah, penipu daya, pengkhianat yang berkenaan. Maafkan mereka walaupun mereka tidak meminta maaf. Jauhkan dari perkara2 yang dapat memunculkan wajah mereka di hadapan kita agar ingatan terhadap perbuatan khianat, zalim dan buruk yang mereka lakukan itu tidak akan kembali menyayat hati kita lagi berkali-kali dalam kehidupan ini. Jadi marilah kita “forgive and move on” jika kita tidak dapat “forgive and forget”. Kumpulan 3 set 29 telah membuat video pendek tentang Perang Badar. Mari lihat apa lagi pengajaran yang dapat kita kutip.

Posted in Curriculum | Leave a comment

K06SET29: AMALI SOLAT

Solat adalah ketenangan dan kelapangan yang terbesar bagi roh untuk membangkitkan semangat, hati jiwa dan kalbu serta akal. Ia sama sekali tidak memenatkan badan. Lebih dari itu menurut ulama Said Nursi Bediuzzaman dalam Kitab Kalimat Bab Ke-4, seluruh perbuatan duniawi yang dibenarkan, yang dikerjakan oleh orang yang menunaikan solat, akan dinilai dan dikira sebagai ibadah jika dilakukan dengan niat yang baik. Jadi orang yang menunaikan solat dapat mengubah modal umurnya untuk akhirat sehingga ia mencapai usia yang kekal melalui usianya yang sementara di dunia yang fana ini.

Sebagai ibu bapa dan guru apabila kita faham kita dapat memberi kefahaman yang jitu kepada anak-anak didik kita dan video seperti yang disediakan oleh K6set29 ini dapat membantu mereka mengamal dan menghafal bacaan dalam solat seterusnya akan dapat mempelajari makna solat untuk menghayatinya.


Posted in Curriculum | Leave a comment

K05SET29 DPLI: KOSA KATA BAHASA ARAB

Bahasa Arab adalah sangat penting untuk dipelajari kerana bukan sahaja ia Bahasa al-Quran malah ia adalah bahasa syurga. Kita harus mempelajarinya bagi memperoleh keredaan Allah dengan usaha belajar dan mengajar. Semurang-kurangnya kita sendiri boleh mengajar jika bukan pun orang lain ahli keluarga kita sendiri dan untuk memudahkan kita belajar dan memahami al-Quran sehingga dapat menyematkan kefahaman al-Quran ke dalam hati kalbu dan jiwa kita.

Bila kita faham al-Quran kita bukan sahaja dapat membacanya dengan mudah malah dapat menghafaz, memahami dengan lebih mendalam, mengkaji sehingga ilmu ini dapat memandu kita ke arah mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian berpandukan al-Quran dan Sunnah yang sahih sebagaimana yang difahami oleh golongan salaf yang soleh. Usaha kita mendekatkan diri kepada al-Quran yang merupakan mukjizat yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW adalah usaha kita untuk membawa ahli keluarga dan mereka yang hampir dengan kita untuk sama-sama berada di atas jalan yang lurus yang diterangi oleh cahaya al-Quran dan Sunnah. Justeru antara langkah pertama adalah mengenal beberapa kosa kata bahasa Arab seperti dalam video ringkas yang disediakan oleh kumpulan 5 berikut:

Posted in Curriculum | Leave a comment

K09SET29 DPLI: MUSTAFA KAMAL ATATURK

Dia dianggap bapa permodenan Turki yang membawa sekularisma. Namun jika dilihat dari sudut pandang berbeza, dia adalah seorang Yahudi yang menyamar sebagai seorang Islam untuk menghancurkan Islam itu sendiri. Dia bertanggung jawab menghapuskan pemerintahan khalifah Islamiah yang dibubarkan secara rasmi pada 3 March 1924.


Untuk Sejarah Turki moden dari zaman Khalifah dan asal usul penubuhannya silalah menonton cerita-cerita sejarah Turki yang difilemkan sebagai edutainment yang tidak 100% berlaku tetapi jalan ceritanya ada yang berlaku sekadar untuk mencelikkan kita dari tak tahu kepada tahu dan bacalah buku2 untuk fakta sebenar selepas menonton cerita2 sejarah ini yang mana faktanya dalam 30% sahaja tokok tambah dan fiksyen selebihnya sekadar untuk menyedapkan jalan cerita ttp ada manafaatnya daripada bermain video dan games yg tiada mesej yg membangunkan jiwa. Antara filem dan siri sejarah yg menarik adalah seperti:

1. Mehmetcik
2. Payitaht Abdul Hamid
3. Filinta
4. Dirilis Ertugrul
5. Kurulus Othman
6. Salahudin Ayyubi
7. Alparslan Buyuk Selcuklu
8. Uyanis Buyuk Selcuklu

dan lain-lain historical movies semua ini boleh dicapai secara percuma di kayifamilytv.com. 

Posted in Curriculum | Leave a comment

K10SET29: Leftenan Adnan Wira Bangsa

Di akhir zaman ini tipu daya dan fitnah terlalu licik kejam dan zalim. Pihak British dianggap terkehadapan moden dan ramai negara mundur di Eropah ingin menjadi negara maju dan bebas setelah digula-gulakan dengan pelbagai cara sehingga yang baik tidak dapat dibezakan dengan yang jahat. Tipu daya dan fitnah jahat British sudah menjadi asam garam taktik dan strategi mereka untuk menakluk dunia sejak sebelum Perang Dunia meletus mereka mengapi-apikan pihak Eropah seperti Rusia dan German untuk menyerang Turki dengan fitnah yang dahsyat dan taktik ini terus digunakan di Tanah Melayu dan Asia. Sejarah pasti akan berulang. Yang bijak tidak akan membiarkan dirinya jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Justeru pelajarilah sejarah untuk mengelakkan kita ditipu hidup-hidup sehingga tanah air tergadai.

Posted in Curriculum | Leave a comment

K7SET33 DPLI: PENAWAR KERUNTUHAN AKHLAQ

Penawar bagi segala penyakit, cahaya bagi segala kegelapan dan harapan bagi segala kekecewaan adalah al-Quran. Kunci bagi memperoleh khazanah yang terkandung di dalamnya hanyalah dengan beriman dan menyerah diri kepadaNya dan mendengar al-Quran, mematuhinya dan memperoleh kemanisan dengan membacanya. Ia mengandungi kuasa menyembuh yang menakjubkan dan cahaya sinaran yang bergemerlapan yang terdapat pada penawar al-Quran yang suci.

Bagaimana memanfaatkan cahaya yang menerangi kehidupan dari pancaran penawar al-Quran ini? Banyak tafsir-tafsir al-quran ditulis bagi tujuan ini. Antaranya adalah tafsir Risalah Nur, yang merupakan koleksi risalah yang bersinar. Di dalamnya terdapat seratus tiga puluh risalah. Bermula dengan risalah kecil hingga risalah besar untuk memenuhi keperluan masyarakat terkini, mententeramkan akal serta hati. Tafsir yang menafsirkan al-Qur’an pada zaman ini dengan menafsirkan maknanya bukan lafalnya. Penerangan lanjut mengenainya ada dalam laman Nur Wanita Bangi.

Posted in Curriculum | Leave a comment