Nak buat entry ni rasa berdebar-debar pula. Sebab dah lama tak update. Alih-alih ada status baru bagi empunya blog.

Ya itu aku. Dan seriusly sampai sekarang masih berdebar dan tak percaya. Kadang-kadang selalu terlupa yang sudah bersuami. Masih lagi dengan sikap ‘lone ranger’.. nak ke mana-mana main pergi je. Dah half way baru teringat. Owh! belum mintak izin. 8 tahun itu lama maka dah sebati dengan acuan lama. Bila ada acuan baru selalu terleka dan masih dengan acuan yang lama.
Ramai kawan-kawan dan saudara mara yang bertanya. Mana kenal? Jumpa kat mana? Dah lama ke kawan?
Okay, segala pertanyaan itu tak susah untuk dijawap. Cuma ekspressi wajah-wajah yang mendengar jawapan itu yang ‘tak terucap dek kata-kata’ si serindit. Ha ha.. bagaimana ye nak diterangkan? Dulu aku selalu mempertikaikan, bila mendengar cerita kakak-kakak senior semasa bekerja di UiTM Shah Alam. Jumpa suami tiga bulan terus kahwin. What?? Tiga bulan terus kahwin? Tak kenal betul-betul kenapa kahwin? Baru tiga bulan macam mana boleh pasti sangat itu jodoh kita? Itu soalan-soalan berbau pertikaian. Ketika itu masih belum menerima seadanya ayat “Jodoh itu rahsia Allah”… Ketika itu masih dengan pegangan bercinta betul-betul, kenal betul-betul, dah bercinta lama kahwinlah…. Dan itulah yang aku praktikkan pada perkahwinan pertama. Mengorat 10 tahun. Kenal betul-betul luar dalam 10 tahun. Say Yes after 10 tahun. Tapi perkahwinan bertahan suku saja dari tempoh ‘kenal-kenal’ itu. Fuh..! Sengal tak sengallah si serindit ni kan..
Tapi Incik Ram ini macam mana aku nak cakap ek? Selalunya sukar untuk aku suka dan sayang seseorang dalam masa yang singkat. Ok kenapa suka dan sayang? Sebab aku ada satu ‘pe-el’ di mana aku boleh suka ramai orang. Dan suka bukanlah satu jaminan untuk aku stay kat sebelah until the end. Kena ingat tu. Aku suka ramai tapi aku susah nak sayang. Once aku tak boleh nak sayang maka aku akan say good bye atau pun stay as a friend. Sebab tu kawan aku si Tieny labelkan aku sebagai ‘perempuan ramai pakwe’.. sebab perangai ‘suka’ aku ni. Ha ha.. tapi satu lagi ‘pe-el’ aku.. aku suka tapi aku tak bagi harapan. Kawan saja… kalau aku rasa tak boleh maka tak bolehlah. Kecuali orang yang persistant macam ex aku dulu yang sanggup mengorat aku selama 10 tahun.
Ok. Mulakan cerita ye.
Sebenarnya Incik Ram ni satu sekolah masa Tingkatan 6. Tapi kelas sebelah dan aku tak pernah tahu dia wujud di SMTP dulu. Punyalah aku ni ‘hidup dalam dunia sendiri’ sampai berapa kerat je aku kenal kawan-kawan sekolah aku. Satu hari kawan aku si Sani ni telefon aku kul 12 tengah malam sehari sebelum raya Aidilfitri. Tapi kebiasaan aku pulak, kalau dah lepas waktu cinderella tu jangan harap aku nak keluar. Tapi hari tu entah gila apa, aku boleh cakap “okey, nanti aku keluar. Aku nak mandi jap” dan tanpa dolak dalik aku pi mandi. Walaupun Si Sani tu offer untuk ambil aku kat umah tapi aku tak mau. Aku lagi suka keluar bawak keter veteran aku. Dan ketika aku bergerak dengan si Veteran tu, aku tengok jam dah 12.15 pagi. Dalam hati aku siap cakap.. apa gila aku keluar pepagi nih nak jumpa kawan. Tak pernah di buat seumur hidup. Tapi entah kenapa kaki aku tak mo tekan pedal brek. Tapi laju je tekan pedal minyak sampai ke bas stesyen muar. Sampai-sampai aku nampak si Sani dengan orang lelaki yang aku tak kenal. Time tu rasa menyesal gila sebab keluar pepagi dan jumpa ngan orang yang aku tak kenal siapa. Tapi aku gagahkan juga sebab si Sani tu.
Dan Time aku duduk kat meja, soalan pertama yang keluar dari mulut aku pada mamat yang ‘entah siapa’ tu ialah “Aku kenal ko?”… Boleh? dan mamat tu boleh jawap “eh.. muka ko dah lain eh?” Lakkk! mamat sengal ni. Entah kenal ke tidak alih-alih kata muka aku lain. pastu Sani pun tanya aku “Ko tak kenal ke serindit? Satu form 6 la..” .. time tu aku tengok muka Sani dan jawap dengan kereknya “Aku form 6 dua bulan je la.. mana aku kenal” then aku tengok-tengok hp. Biar depa berbual berdua sambil tengok jam.
Tiba-tiba Sani cakap “korang kenal-kenallah” aku pandang Sani. Diam. Kerut kening. dan aku balas “Ko nak mati, ko nak suruh bini dia parang aku!” kan ayat sadis aku dah keluar. Tapi Sani cakap “Ala.. tak apalah. Ada sebab kenapa aku suruh korang kenal-kenal” ok.. tak masuk port. Aku diam tengok hp balik. Jeling-jeling mamat “entah siapa” yang duk sebelah aku. Dan ayat yang paling aku tunggu-tunggu pun tiba “Jom balik”. Ha ha rasa macam bunga api meletup-letup di udara dengan warna-warna gemilang.
Then balik rumah sambil jahit manik.. kejap-kejap-kejap letak jarum jahit. Tarik nafas. Tarik nafas lagi.. tarik dan tarik… hati detak-detak teringat. Aish…! apa nih! Tapi ignore.. ignore.. tido nyenyak jangan mimpi apa-apa. Dan Raya Aidilfitri datang tapi duk kat umah je. Tak jalan-jalan ke mana-mana. Mood tak ada. Tapi raya ketiga berjalan ke liang batu. Jumpa kawan. Anak dia tak pernah jumpa sejak lahir akhirnya dapat juga jumpa. He he he
Selang beberapa hari, kawan tu call kata pakcik dia “duda A” nak kenal. Berbelas-belas tahun membujang. Dengan berat hati aku kata ok selepas di pujuk rayu. Dan bermulalah episode berbalas-balas mesej dengan si “Duda A” tapi hati aku mengatakan payahnya nak suka dan sayang. Pelik betul. Apa yang tak ada pada dia. Duit banyak, rupa okay la. Manis dan pada aku pula…. as long tak kena heart attact setiap kali bangun tido. he he.. tapi tak boleh. Susah nak pujuk hati.
Kemudian, ada buat reunion kawan2 SMTP dan jumpa Sani sekali lagi. Sani tanya ada tak si mamat ‘entah siapa’ tu mesej? Aku blur je tengok muka Sani. Aku cakap tak ada. Tak mungkin dia akan bagi mesej kalau tengok karektor dia senyum tak nampak gigi tu kan.. Dan si Sani baik hati bagi aku no hp mamat “entah siapa” tu.
Malam tu aku belek-belek. Nak anta mesej ke tidak. Aku tengok whatsapp. eh eh! Lak.. mamat ni tak ada whatsapp ke? Dan dengan kejamnya aku hantar mesej berbunyi “Agak ko tak ada whatsapp eh?” lepas aku tertekan butang send.. ok tertekan.. paham tak terrrr tu apa.. Tak sengaja. Dan tertekan aku pun hantuk-hantuk-hantuk kepala kat bantal. Kalau kat dinding sakit maka hantuk kat bantal je la. Rasa guilty giler… rasa macam menghina mamat “entah siapa” tu… aku tak sengaja. Bodoh tul aku. pastu aku tengok hp aku sambil mata keli-kelip-kelip dan bersedia gila kalau mamat “entah siapa” tu naik hangen. Tapi senyap. Sunyi. Ok. Anggap dia tak ada kredit. Ok kejam lagi statement tak ada kredit tu tapi kena berbaik sangka kan. kan kan kan…?
Dalam masa yang sama “Duda A” itu mula sejuk beku tahap frozen. Aku lagi terus tepu. Siap terdelete conversation dan sadisnya nombor telefon tu aku tak save. Bukan delete sebab sengaja.. kena install whatsapp aku semula. Ok aku tahu aku kejam sebab tak save no dia. Tapi entahlah. Selesa seorang kot aku ni. dan lagi sadis si “Duda A” tu langsung tak mesej. Ok aku anggap dia terdelete no aku juga. Hua hua hua..! Di atas rasa bersalah ittew aku mintak balik nombor telefon si “Duda A’ tu daripada kawan. Dan kawan tu bagi. Tapi aku tak pulak rasa bersalah bila aku biar saja no telefon tu dalam mesej tanpa menyimpannya terus. Mungkin sebab leka agaknya…
Selepas 2 minggu aku hantar mesej penghinaan itu pada mamat “entah siapa” aku rasa guilty setiap kali aku nak lelap mata. Maka dengan sedihnya aku hantar mesej minta maaf. Dan walau dia tak balas tapi aku anggap maaf aku diterima wa ha ha sebab nak sedapkan hati sendiri. Dan setiap malam aku tidur nyenyak. Dan untuk rekod.. aku tak simpan nombor mamat “entah siapa” tu dalam hp. Hanya pada mesej saja. Dan mesej tu pun aku dah delete sebab tak mo hp semak dengan mesej entah apa-apa.
Dan ditakdirkan 2 minggu selepas itu, tetiba aku dapat mesej “Dah tido ke?” . Aku cukup pantang kalau orang aku tak kenal antar mesej pelik-pelik malam-malam semasa aku baru nak berangan bila nak tidor. Aku tanya siapa tapi dia jawap “Jom bas stand” then aku duduk atas katil menung. Selalunya orang yang ajak g bas stand ni member-member SMTP je. Bas stand tu memang jadi port la kalau nak jumpa bila balik kampung. Terus aku dail no telefon tu (ini memang kebiasaan sebab aku malas nak dolak-dalik dalam mesej tanya siapa-siapa-siapa berulang kali) he he
Dan di talian sana aku dengar suara yang unfamiliar. Memang tak pernah dengar. Ni mamat mana lak nih? Kemudian mamat tu jawap yang dengan Sani hari tu. Ooooooo..! panjang aku jawap. Dan disitulah bermula dari kawan-kawan. Nak kenal sebab masing-masing ada anak. Berkongsi cerita apa nak dibuat bila anak begini-begitu.
Dan kisah tu hanya bermula bila dia demam. Dan seperti biasa pe-el aku bila kawan2 demam ialah ‘concern’ dah makan ubat ke belum. Kecuali kawan aku tieny memang aku tak tanya dah makan ubat ke belum. Sebab Si tieny ni allergik segala jenis ubat kecuali panadol. Ha ha kejam kan aku jadi kawan? Tak apa.. Tieny tahu hati aku. Ha ha ha… Okey, kembali pada cerita asal. Aku cuma concern bila dia demam berulang-ulang pada waktu malam. Suh la pi cek darah. Tukar ubat lain mungkin tak sesuai bila asyik pening je. Pada aku itu sikap biasa aku pada kawan-kawan. Pada kawan-kawan yang kenal aku pasti depa tau aku memang macam tu. Kemudian satu hari dia anta gambar dan tanya aku “Ko suka tak budak demam ni? tapi aku tak janji apa-apa”….
Korang agak aku jawap apa? Sebab dia tanya ‘suka’ kan.. maka sila refer perenggan awal entry ini apa definasi suka pada aku.. ha… selang beberapa minit juga baru aku jawap.. “Aku suka je berkawan dengan ko ni..” Okey faham kan… kawan.. tapi bermula daripada tak janji apa-apa itulah maka cerita itu berkembang. Dan mamat “entah siapa” tu sangat suka gunakan perkataan One day. Manalah tahu one day nanti Allah temukan, kita mana tahu. Rasanya itulah ayat pertama dia yang ada perkataan one day. Dan susuli dari itulah selalu gunakan perkataan one day.
Kami berdua tak pernah ajak kawin. Serius. Tak pernah. Cuma bermula bila dia tanya “Hantaran ko mahal tak?” ha ha … adoi soalan sadis…. aku cuma cakap.. “Pi la tanya pak ali dan mak idah” Dan sejak itu, segalanya hanyalah “hint” tak cakap betul-betul. Tak cakap pun.. Jom la kawin… tak ada direct mcam tu. Cuma dia akan cakap “Nantilah raya datang umah, Nak gak kenal-kenal pak ali ngan mak idah. Kan saudara sesama islam” ok… kalau korang la dia cakap macam tu, mcm tak ada expectation apa-apa kan.. ha macam tu la… Sampai satu hari dia tanya, suh cek nak isi borang nikah kawin kena amik kat kaunter ke atau isi online. Masa tu la baru tahu, dah kena isi online. Tak pakai borang macam zaman aku dulu-dulu.
Kitaorang pun bukak. Belek2. Dia suruh isi. Aku isi. Tapi tak isi pun nama pasangan. Ha ha.. sebab ENCR ni selagi kita tak submit maka ia akan kekal sebagai data dan boleh di edit semula. Jadi dari saja-saja isi borang ENCR (Electronic Nikah Cerai Ruju’) tu lah kitaorang pergi jumpa ibu bapa masing-masing. Keluarga masing-masing setuju dan 1 november adalah hari penetapan tarikh dan bertunang yang simple sangat. Tak ada mini pelamin. Tak ada kawan-kawan. Cuma sedara mara. Buat Meehon goreng. Sarung cincin itupun tepi sofa atas lantai. Sila bayangkan.. simple je. tak yah pening-pening.
Dan detik-detik sebulan 19 hari tu.. kita orang jumpa sekali je sebab nak pergi interview kat pejabat agama. Ha ha ha.. lepas tu jumpa balik 3 hari sebelum nikah. Itupun nak amik barang hantaran.
He he.. begitulah ceritanya bagaimana ia bermula hanya dengan One Day…… Sekian..!