pada minggu yang ke-14 ini kami didedahkan dengan penggunaan SPSS. SPSS digunakan untuk mendapatkan penyelesaian bagi penilaian yang dibuat melalui borang soal selidik. melalui SPSS ni kita boleh mengetahui purata penilain. kami ditugaskan untuk mengisi borang kaji selidik kemudian memasukkan semua jawapan dari borang kaji selidik ini ke dalam SPSS ini. melaui SPSS ini kita dapat menentukan perkadaran jawapan-jawapan daripada responden yang manal lebih setuju hinggalah yang tidak setuju.
albino merupakan salah satu penyakit genetik yang berpunca daripada kekurangan pigmen(warna) pada kulit, rambut dan mata.albino boleh terjadi kepada semua benda hidup di bumi seperti pada manusia, tumbuhan dan haiwan. albino boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
simpton-simpton albino ialah mata menjadi warna merah atau merah jambu, kulit dan rambut menjadi warna putih. selain itu, albino ini boleh menyebabkan penglihatan mata seseorang itu tergangu. seterusnya, ia juga akan mengakibatkan kulit menjadi bersisik dan bertompok-tompok. penyakit ini tidak mengangu hayat seseorang tetapi setiap kegiatannya dibatasi oleh matahari. albino ini sangat sensitif pada matahari.
setakat ini, rawatan untuk penyembuhan penyakit ini belum dijumpai, tetapi untuk tidak menjadi melarat pengidap selalunya disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat berkenaan dengan penyakit ini, seterusnya menggunakan pakaian yang tertutup iaitu dengan memakai baju lengan panjang, seluar panjang dan juga krim sunscreeen. mata tidak boleh dirawat, tetapi boleh dilakukan pembedahan dengan mendapatkan mata baru.
namun, penyakit ini boleh membawa kepada kecenderungan untuk buta, dan kanser kulit.
walau apapun, pengidap penyakit ini tidak menghalang mereka untuk berjaya seperti orang lain. ramai yang telah menjadi orang yang berjaya seperti menjadi arkitek, atlet dan sebagainya lagi.
Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
Pengajaran Berbantukan Komputer
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini
( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
– memproses data penyelidikan
– memproses perkataan
3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
– pengaturan murid
– pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).
Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
Pengajaran Berbantukan Komputer
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini
( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data
– memproses data penyelidikan
– memproses perkataan
3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
– pengaturan murid
– pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).
microsoft access merupakan salah satu perisian microsof yang digunakan untuk mengira dengan mudah, contohnya untuk mengira pemarkahan pelajar-pelajar. menggunakan perisian ini membolehkan kerja pengiraan dilakukan dengann tepat dan cepat.
microsoft access merupakan perisian database. microsof access ini digunakan untuk memasukkan maklumat seperti nama,alamat dan sebagainya. microsoft access ini kebanyakannya digunakan oleh organisasi contohnya seperti syarikat. syarikat menggunakan perisian ini untuk memasukkan segala data berkaitan dengan pekerjanya.
daripada perisian ini kami diberi tugasan untuk membentuk table, report, query dan form menggunakan data-data yang telah diberikan pensyarah kepada kami.melalui perisian ini kami dapat mempelajari bagaimana untuk memudahkan pencarian maklumat tertentu melalui kata kunci atau primary key.
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
arini…30/08..kami didedahkan dengan pengetahuan tentang open office…openoffice ini merupakan salah satu software open source…dalam openoffice ini pelbagai kemudahan seperti microoffice iaitu mempunyai text document,presentation,drawing,database and spreadsheet.openoffice ini juga merupakan perisian open source yang percuma.kami juga diminta mengaplikasikan salah satu kemudahan ini dalam tugasan kami.
hari ni hari pertama kelas komputer dalam pendidikan.kami di ajar untuk buat blog menggunakan wordpress.♥♥
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!



