Hi there!
Haven’t write for years!
I entered a competition in Malaysia Sihat. it is a good one because they want to create healthy environment in terms of politics, health, wealth and social.
they opened a contest to write ideas on how good politics would be.
So, this is my entry
1) Allah menyuruh kita berlaku adil walaupun ke atas lawan kita atau orang yang kita tidak suka, kerana berlaku adil itu lebih dekat dengan taqwa (Surah Al-Maidah ayat 8 ). Celik politik tidak semestinya terlibat dengan parti politik. Ini kerana generasi yang kita ingin lahirkan ialah generasi ulul Albab. Generasi yang mendengar pendapat dari semua pihak lantas memilih pendapat yang terbaik. (Surah Azzumar 17-18).
Justeru, saya memilih politik yang berasaskan;
1) Polisi dan hujah, bukan fitnah dan sentimen perkauman,
2) Media yang terbuka, utk dinilai rakyat pendapat pemimpin parti-parti politik.
3) Ahli politik yang bersifat negarawan (statesman) iaitu terbuka
menyokong kebenaran, walaupun ianya datang parti lawan.
2) Politik partisipasi. Politik partisipasi bermaksud setiap rakyat bertanggungjawab untuk mengubah keadaan masyarakat.
Setiap undi yang dibuang kelak, bukan bermaksud selepas wakil rakyat dipilih, rakyat pulang tidur dan mengharapkan lebih banyak subsidi, br1m dan juga peluang pekerjaan yg mesti kerajaan wujudkan.
Bersesuaian dengan kisah Zulkarnain yang mengajak satu kaum untuk membina tembok menghalang Ya’jud dan Ma’jud, walhal itu kaum yg lemah, dan beliau mampu sahaja untuk membina tembok tersebut dengan kekuatan tentera dan teknologi yg ada (Rujuk Surah Al-kahfi). Rakyat mesti bersama pemimpin untuk merelisiasikan visi yang disepakati bersama.
3) Kesamarataan dan keadilan dibawah undang-undang untuk rakyat dan juga pemimpin. Jika undang-undang hudud dilaksanakan di negara kita, maka sultan dan pimpinan negara juga perlu dipotong tangan jika sabit mereka mencuri dengan cukup saksi dan diadili dengan mahkamah.
Bersesuaian dengan hadith nabi bahawa baginda akan memotong tangan Fatimah (anak pemerintah) jika sabit Fatimah mencuri.
4) Melakukan screening kesihatan untuk wakil rakyat.
Pasca PRU 12 yang lepas, telah ramai wakil rakyat yang meninggal kerana komplikasi penyakit yang boleh dicegah (non communicable disease). Justeru, jika sudah ada media rakyat yg terbuka utk kepada kerajaan dan pembangkang, wakil rakyat boleh berehat dan tidak perlu ceramah hingga lewat malam. Budaya minum-minum kopi dan bertandang hingga larut malam di rumah wakil rakyat haruslah dihentikan. Wakil rakyat perlu diajar bagaimana menghadapi stress dan juga pemakanan dan gaya hidup sihat. Gaya politik berasaskan hujah dan debat amat dialu-alukan kerana budaya politik berasaskan fitnah dan sentimen perkauman akan mengundang stress dan sakit jantung buat rakyat amnya.
5) Memberi lebih banyak ruang kepada ahli falsafah dan ulama untuk berpartisipasi dalam kerajaan dan juga mengkritik polisi kerajaan. Di Norway, sebuah negara maju dan kaya, syarikat carigali minyaknya diketuai oleh ahli falsafah.
Hidupkan lebih banyak bandar-bandar seperti Oxford dan Cambridge di mana seluruh bandar tersebut adalah universiti, di mana seminar, ceramah intelektual dan debat boleh dilakukan di mana-mana dalam memupuk budaya berfikir secara kritis, bukan mahasiswa yg menjadi robot dan kehendak kapitalist dan industri.
6) Kita memilih wakil rakyat, bukannya wakil parti. Seharusnya calon yang dipilih mestilah dipilih oleh ahli parti di kawasan terbabit. Ini amat bertentangan dengan corak pemilihan calon parti politik, yang dipilih oleh majlis tertinggi parti-parti politik di Malaysia, dan bukannya undi dari akar umbi. Jika diundi dari akar umbi, setiap calon dalam parti yang dipilih akan membentangkan manifesto dan visi mereka untuk kawasan terbabit. Secara automatik kita boleh membawa politik berasaskan polisi dan hujah ke akar umbi untuk membasmi politik wang.
7) Kerajaan yang dipilih haruslah tidak ada majoriti 2/3 supaya mereka tidak sewenang-wenangnya membuatkan kezaliman dan membuat pindaan kepada perlembagaan dengan sesuka hati. Ini sesuai dengan suruhan Allah supaya sentiasa ada amar ma’ruf dan nahi mungkar, hatta dalam kerajaan sekalipun (disebut sebagai check and balance).
8) Ini pula ringkasan untuk politic citizen (politik warga).
Politik warga : citizen politiks:
Setiap individu sebagai rakyat sebuah negara perlu:
1) Berani menegur pemimpin , sanggup tanggung risiko bercakap benar.
2) Berpusat kepada Allah dan Rasul denan tidak berpusat pada kepentingan God centered and not self centered.
3) Berfikiran kritikal terhadap pemikiran diri sendiri dan orang keliling dengan sentiasa melihat sesuatu dari berbagai perspektif.
4) Sanggup mendengar lain-lain pendapat dan cuba memahami pendapat yang berlainan sebelum membuat sebarang keputusan.
5) Berhujjah dengan tidak menyerang peribadi, sebaliknya mengupas dan menghuraikan ide ide dan bertanya semula tentang maksud supaya faham sepenuhnya sesuati isu.
6) Siasat setiap maklumat dan lihat pada sumber maklumat sebelum menerimanya sebagai fakta.




