AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana diwaktu inilah fikiran dibawah sedarnya adalah paling optimum. Yang tidur hanyalah minda sedar.

2. Sentukan ibu jari anda ke langit langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun ubun anak.

3. Semasa ibu jari di atas ubun ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan bacalah surah Al-Fatihah. Kemudian terus berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibujari anda kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah padanya dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyak bersabar, jadi anak yg baik dan soleh. Selagi boleh jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang anak anda sedang menerima pernyataan anda apabila kelopak matanya bergerak-gerak. Insyaallah anda berjaya dengan kaedah ini dgn pertolongan Allah SWT.

* Source : Halaqah.net

Pintaku padaMU

YA ALLAH,
SEMAKIN JAUH LANGKAH
UMURKU MENITI HARI,
KUPOHON HIIDAYAH MU,
MUGA DIHARI LAHIRKU INI
KAU BERKATILAH UMURKU,
DAN IZINKAN AKU
SEMAKIN DEKAT DENGAN
REDHA MU.

YA ALLAH,
TERIMA KASIH KU UCAPKAN PADAMU
MEMBERI AKU LEBIH KESEMPATAN
AGAR DAPAT AKU LEBIH LAMA MENTAATIMU

YA ALLAH,
BANTULAH AKU.
AGAR AKU MAMPU MENAMBAHKAN AMALANKU
DISAAT BERTAMBAH USIAKU.

AMIN. AMIN. YARABBAL ALAMIN.

Mr Simple

Semalam waktu dinner aku tanya Haziq this question.

Me : Haziq, sedap sayo?
Haziq : Apa tu Mum?
Me : *Blink.. Blink*
Haziq : Mummy cakap Korea ker?
Me : huh? Mum tanya sayur sedap tak?
Haziq : Ohhh… Cakaplah “Haziq, sedap tak sayur tu?” Haziq ingat Mummy cakap Korea macam *anyeonghaseyo*
Me : Aduuuhhhhhh!!!

Dah dia tanya kat aku boleh tak dia belajar bahasa Korea pasal hari2 dok dengar lagu Korea & dia nak tau apa yg dia dok nyanyi tu and his current fav song is MR SIMPLE BY SUPER JUNIOR!

Marilah Kita Menjaga Adab Puasa (A note to myself)

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna;

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air;

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Sumber: akhbarweb

Sesi mencari durian >;-)

Mak Ida sedang mengidam Durian! Jadi kami pergi recce durian di taman melawati. They have good range of Durians. Cuma mereka tak jual durian dari grade ‘D’ family.

20110724-051511.jpg
Kak Azah, the Host, with Kak Uli’s kids bergambar dulu sebelum memborong!

Kak Azah then decided to get the “Udang Merah”! RM8/- per kilo!

20110724-052209.jpg
Serius! Memang sedap!!

Kedai jual durian ni terletak di kawasan letak kereta di Taman Melawati (bazaar ramadhan).

20110724-052623.jpg
Encik Hasben sedang meng’explain’kan pada Mak Ida jenis2 durian, lagak exper sajat.

Verdict: Terbaeeekk dari ladang!

Report Card Day >;-)

9.30am, lepas hantar Haziq pergi soccer practice dia, aku bergegas ke KAFA untuk sessi ambil report card Haziq dah updates on preatasi Haziq.

Inilah evaluates dari Teacher dan Ustazah:-

1) Haziq BANYAK main
2) Homework tak lengkap
3) percentage Math & English dah menurun
4) Tapi… Alhamdulillah masih dapat Score 1st place in class

Comments dari Mummy Haziq:

1) Agreed! But he’s a 6yrs old boy! Apa lagi lah dalam kepala dia?
2) hmm.. Camner leh tak lengkap ni? Hari2 buat homework kat umah ni? Kena check balik ni
3) Harus tekankan practice math & english ni … Consider ENOPI
4) Alhamdulillah!!!

20110723-105035.jpg

Last Evacuation Drill … >;-)

 

In a large multinational company…………..

A fire alarm rang at 4 PM in a large office when almost all employees were in office approx 5000). As usual the entire office was evacuated within 3 mins & all employees gathered outside the office in the designated area waiting for further announcement.

The Security Officer in charge made the following announcement:

“Dear employees – with sincere regret I have been asked to announce that for many of you it will be your last evacuation drill. Due to the recession the company is laying off almost 50% of its employees. So when this announcement finishes, I ask all of you to move back into the building and if your swipe card does not work then it means you have been laid off in which case you will not be allowed inside and all your belongings will be couriered to you by tomorrow. The Company has used this innovative approach as we didn’t want to fill up the email box with lay-off mails and good bye mails in thousands & also to avoid any fight inside the office and the consequent security issue for all staff. Hope you have had a rewarding career with us and all the best ahead.

Please move back in & try your luck”.

Bummer!!

Mana santun mu? >;(

Arghh!! Ni bukan pertama kali dia buat perangai pentingkan diri sendiri!! Masing2 dah ada parking lot masing-masing, tapi dia selalu je dengan lagaknye park kat lot aku! Hanya sebab lot aku berdepan ngan rumah dia!!

Semalam, aku sampai rumah, aku nampak sebiji kereta yang tak berapa familiar park kat lot aku, aku honk tapi takde siapa pon yg keluar tengok!! Aku complen kat pak guard, dia pon dok cari owner tapi tak jumpa! And for no reason aku terpaksa park kereta aku jauh nun kat visitors parking!!!

Then suddenly, owner kereta tu keluar and left the area (after aku parked my car kat visitors parking)!!! Argh!! Aku tanya pak guard tu, siapa punya kereta tu?? Rumah mana?? Pak guard kata dia visitor utk rumah depan parking lot aku tu!!! Bila aku pandang ke arah rumah tu, owner dia cepat2 tutup langsir! KURANG AJAR BETOL!!

Bukan nye nak minta permission ke or at least Minta Maaf sebab park kat lot aku!! Ni lah kalau tak tau tata susila berjiran!!! Dahlah tak tau nak bergaul!! Macam bagus jer!!! Pentingkan diri sendiri jer!!! Gi lah duduk kat hutan!! Hishh!!! Aku rasa nak buat camni kat kereta tu je semalam!!!

20110720-044615.jpg

Bila Cinta Bersemi.. Hanya DIA yg bisa memisahkan.

KUALA TERENGGANU – Warga emas, Wook Kundor dan suaminya yang ke-23, Mohd Noor Che Musa, akan meluangkan masa selama empat bulan di Mekah sekali gus menunaikan ibadah haji di sana.

Mohd Noor, 39, berkata, dia ingin memohon pada Allah agar dapat dipulihkan daripada masalah ketagihan dadah yang sedang dialaminya. “Saya ingin berdoa di hadapan Kaabah bersama isteri saya agar saya dapat dipulihkan daripada masalah ketagihan ini. “Saya berjuang untuk mengatasi masalah ini setiap hari dan saya benar-benar berharap agar menunaikan Haji dapat memulihkan masalah saya,” katanya semalam.

Mohd Noor telah ditangkap atas kesalahan dadah pada bulan Ogos tahun lalu – sebulan setelah dia dibebaskan dari pusat pemulihan selama 18 bulan. Dia dikeluarkan dari pusat pemulihan tersebut pada Januari.

Wook Kundor, yang juga dikenali sebagai Mek Wook, menjadi popular apabila wanita yang berusia 109 tahun itu telah berkahwin dengan Mohd Noor yang jauh lebih muda darinya pada tahun 2006. Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Mohd Noor dan ke-23 bagi Mek Wook. Mohd Noor berkata bahawa dia mengahwini Wook Kundor kerana pegangan agama wanita itu yang kuat. Manakala Wook Kundor berkata, dia mampu menjaga suaminya yang dipanggil ‘Noor’ itu supaya sentiasa berada di sisinya melalui ‘teknik urutan’ yang telah dipelajari dari nenek moyangnya.

Bagi menunaikan haji, Mohd Noor berkata bahawa dia berdoa agar dia diberikan kekuatan untuk menjaga isterinya. “Kami telah melalui banyak halangan dalam perkahwinan kami namun saya tetap ingin membuatkan isteri saya gembira. Dia adalah seorang isteri yang setia walaupun saya dilanda dengan pelbagai masalah,” katanya lagi. Wook Kundor berkata bahawa ini adalah kali kedua dia menunaikan haji. Kali pertama pada tahun 1980. “Kali ini adalah lebih bermakna kerana saya akan menunaikan haji bersama suami,” tambah Wook Pasangan ini akan berlepas ke Arab Saudi pada hari Jumaat depan.

(www.thestar.com.my)

UNDANG-UNDANG PEJABAT (live with it) >;-)

image1452236215.jpg
Aku dan pejabat sangat sinonim! Dah bekerja dalam arena kepejabatan ni lebih dari 2 dekad! Undang2 pejabat kat bawah ni, walau dimana kita bekerja masih boleh diguna pakai! Kekadang, benganglah juga! So, kalau taknak ikut undang2 ni, adalah lebih baik kalau kita/anda jadi BOSS!!

THE GOLDEN RULES ARE:-

1. Rule No 1 – The Boss is always right.
2. Rule No 2 – If the Boss is wrong, see Rule 1
3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions
4. Ph.D. stands for “Pull Him Down”. The more intellegent a person, the more hardworking a person, the more
comitted person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.
5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.
6. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves
7. It doesn’t matter what you do, it only matters what you say you’ve done and what you are going to do
8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt
9. Don’t be irreplaceable. If you can’t be replaced, you can’t be promoted.
10. the more crap you put up with, the more crap you are goin to get.
11. If at first you don’t succeed, try again. Then quit. No use being a damn fool about it.
12. When you don’t know what to do, walk fast and look worried.
13. Following the rules will not get the job done.
14. If it weren’t for the last minute, nothing would get done.
15. Everything can be filed under “Miscellaneous”.
16. No matter how much you do, you never do enough.
17. You can do any amount of work provided it isn’t the work you are supposed to be doing
18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job
19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.
20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.

Cepat betul waktu berlalu >;-)

image1027792446.jpg
Rasanye baru semalam aku d labour room menanti saat & bertarung melahirkan zuriat kami! Masih segar diingatan!

Dan hari ini (dan 6 bulan dari skrg), Haziq farihin hampir untuk mekangkahkan kaki ke alam persekolahan darjah 1. Hari ini, Haziq akan mengambil ujian kelayakan tahun 1 Sekolah Rendah Agama Integrasi. Arghhh!! CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU!

Mahu Tukar Nama Lelaki >;-)

Ashraf Hafiz tukar jantina nak tukar jadi Aleesha Farhana

Aduiyaaii.. apa nak jadi ni. Seorang lelaki Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, meminta pada mahkamah untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz. Tapi,hajat nye tak kesampaian kerana kes nye di tangguh ke 18 Julai depan.. Emmmmmmm, pelik2 lah dunia sekarang nie. Macam-macam ada! Kalo dulu susah gak lah kita nak tengok maknyah nie sebab merek ni bergerak secara underground, tapi sekarang ni merata-rata dah kat public mereka ni dah lah tu mengalahkan wanita sejati dari segi pakaian dan perwatakan!! Haruskah? Perlukah?

Petikan HARIAN METRO:

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Awalnye?

image323750052.jpg
Sebenarnye kain rentang ni dah disangkut rasanye 2 bulan yang lepas! Apakah tidak terlalu awal untuk mempromosikan Buffet buka puasa seawal bulan March sedangkan Ramadhan kan bulan Ogos? taktik marketing mungkin?!

Btw, dah bayar hutang puasa kah!? aku tak settle lagi ni!! harus bayar! harus bayar!

Weird Celebitot Names

We start with :

Alicia Silverstone – Bear Blu

Tom Cruise & Katie’s girl – Suri

Geri Halliwell’s girl – Bluebell Madonna

Gwyneth Paltrow’s girl – Apple

Elle MacPherson’s – Aurelius Cy

Brangelina’s girl – Shiloh Nouvel

Bono – Memphis Eve

Sylvester Stallone – Sage Moonblood!!

David Schwimmer & Isteri menyambut kelahiran pertama

image1182069571.jpg
Tahniah!! tahniah pada David & Zoe Buckman! Atas kelahiran anak
perempuan yg diberi nama CLEO BUCKMAN SCHWIMMER pada Ahad, 8 May 2011.

Schwimmer post di lama Twitternya “Hi everyone. please welcome my daughter, Cleo, to this crazy but wonderful world!”

Schwimmer, 44 dan Zoe, 25 berkahwin June tahun lepas setelah berpacaran sejak 2007.

Mobile Blogging from here.

topi puteri beatrice di jual di ebay!

image2086574726.jpg
Topi yg hangat diperkatakan yang dipakai oleh puteri Beatrice ke perkahwinan diraja telah di jual di Ebay dengan harga £81,000!! Ianya dibuka
untuk tawaran dan berjaya di jual dalam masa 6 hari aje!

Menurut Ebay, “ia adalah topi sutera perayaan berwarna “tea rose” yg sangat unik”!

WTF, £81,000 untuk topi berbentuk tempat duduk tandas!?!

Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides

image339957672.jpg
Im a big fan of Johnny Depp way from 21 Jump Street era!

Ahad lepas aku g tengok Pirates of the Caribbean : On Strangers Tide. Walaupun ada beberapa review yg aku baca sebelum ni agak mengecewakan sikit, aku tetap pegi dengan semangat “Arghh… Johnny Depp!! Johnny Depp!! tak sabar nak g tengok Johnny Depp!!”

POTC: OST rasanya lebih baik dari the last two (pada aku lah)! captain Jack and others are on thier quest and adventure nak cari telaga awet muda!

Dari mula, masa part dalam penjara tu, aku dah expect Captain Jack sure dah ada plan punya. Aku dah teruja! Ada banyak tempat2 with beautiful scenery! character Captain Jack as usualnya sangat entertaining and witty! Love him!! For the 1st time I can see love in Jack’s eyes towards lovely Angelina. Ada jugak character ikan duyung Syrena yang sangat cantik tapi ganas and handsome preacher yang pada akhirnya jatuh cinta lak pada ikan duyung tu!! tapi rasa janggal lak bila Captain Jack berkerjasama dgn Barbossa! plot mermaid/preacher tu cintan cintun bosan dan agak eye-rolling distraction sikit. Hmm.. banyak scenes yg membuatkan aku taknak tinggalkan tempat duduk! Tak rugi tengok movie ni

Foot Note : I miss Elizabeth & Will Turner!

Mobile Blogging from here.

Kongsi dapat RM7++ juta

image368367174.jpg
Betulke filem Kongsi dah kutip RM7++ juta hanya setelah seminggu lebih ditayangkan di pawagam!? Giler punya memberansangkan sambutan dia wei! Abih tu, pelakon paling popular tuu yg jadi hero!! mana tak nye!! Aku nak gak gi tengok tapi review kata PLOT dia kureng laa walaupun lakonan Shahezy malatopp!! takper! takper! aku gi tengok gak lah or maybe aku puchase jer
when dah start air kat Astro First! walau apapun tahniah kpd semua kru produksi… ehem.. ehem.. taknak KONGSI ker hasil tu?!

Mengapakah?

image1477651653.jpgAduh! kemalasan sering melanda ni!! Mengapakah? I have to agree with my cousin! Me too dah bosan makan gaji! Tapi tak boleh pulak nak memulakan langkah pertama untuk kehidupan berkarier baru! Too worried if I can’t make it!

Nilai Penceraian VVIP

image1031008464.jpg
Minggu lepas, kakak Diva Shiela Majid iaitu Datin Seri Shahnaz A. Majid telah bercerai dengan suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib setelah 19 tahun hidup bersama.

Memanglah isu cerai berai ni isu biasa diwaktu ini. Tapi yang menarik perhatiannya ialah nilai yg terbabit dalam penceraian itu – RM400 Juta!! satu nilai jarang-jarang kita dengar melibatkan warga tempatan kita! Hishh!

Nilai RM400 juta tu merangkumi RM100 juta sebagai tuntutan Mutaah dan RM300 juta sebagai harta sepencarian! Hishh 3x!!!

sumber berita :
mStar online 15 May 2011

you & me!

image1673021893.jpgHubby used to like Milo tapi sekarang dia dah hooked dengan coffee. Kata dia senang nak ‘ke tandas’! It cannot be nescafe! kena fresh brewed coffee! I bought 3 in 1 coffee for him tapi hubby masih rasa tak cukup power! Eh, takkan nak ke coffee bean or starbuck pulak?? He said there’s one place that he use to get his coffee every alternate days! coffee dia power!

laaa… kat 7E jer..

Penyanyi veteran Orkid Abdullah meninggal dunia

image1338027605.jpgPenyanyi veteran, Datin Orkid Abdullah, 64, telah kembali kerahmahtullah kira2 pukul 12.40pm hari ini setelah menderita penyakit tumor yang dikenali sbgai paraganglioma.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Taman Keramat sebelum Asar hari ini.

Semuga rohnya ditempatkan di sisi Allah SWT serta di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

On Rumah Haziq

Akak belikan Haziq new drawing colouring set. Cos he loves to draw!

The first thing he draw is our house!

Rumah Haziq

“Mummy, kenapa rumah kita banyak sangat tangga?” Haziq always asked me.

“Sebab rumah kita on the top floor, Darling.”

“Mummy, kenapa rumah kita tinggi sangat?” He asked again

“Sebab it’s the best!”

Note : Dekat sebelah Haziq tu Swimming Pool! Haziq is gettin ready to jump into the pool!

On Why I did not Update mY BlOG.

Dah lama kan akak tak update Blog. Dan antara sebab-sebab nya adalah:

1) Akak dah ada teman baru.. Facebook nama dia.. dan akak rasanya Facebook lebih interesting.. tak yah nak taip banyak2.. just update my status and it tells everything!

2) Masa-masa terluang akak telah di rampas oleh Facebook.. jadi akak takde masa dah nak accomodate for Blogging!

So, that’s IT!

Tapi akak rasa itu tidak adil! Ini dah “Habis Madu Sepah Dibuang”! “Dah ada gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi”!

So, I’m back my dear Blog! but at the same time i’m still Facebooking ok!

On My Weekend Activities

Semalam Akak dengan anak Akak pegi jejalan kan Ikea… lama rasanya tak jejalan kat sana . Boleh gak lah menghabiskan sisa-sisa duit yang belambak-lambak dalam pers ni.  Sebenarnye sebab utama pegi sana sebab nak beli satu beda-alah yang Akak tengok member opis pakai.. biasalah.. Akak ni tak boleh tengok orang lain ada bende canggih walaupun regenye cuma 9 hengget.. hee.he.hee.

Akak & Haziq berjalan menikmati suasana kemaruk manusia-manusia berebut-rebut meneliti dan menciplak desain-desain ruang-ruang kawasan dalam rumah yg ada kat Ikea tu.. diselangi pulak oleh rengekan anak Akak yang dari tadi sibuk “mummy, haziq lapar sangat ni.. lapar sangat sangat ni!! Mummy tak tau ker? Jom lah makan” .. anti-anti disebelah akak menjeling sinis.. kesian anak orang ni lapar!! mak dia tak bagi makan ker? Akak senyum simpul!..  Anak Akak ni sebenarnya memang ada cara nak suruh Akak cepat-cepat keluar dari situ.. sebab dia tak dapat apa-apa kebaikan pun dari Ikea ni.. cuba kalau Akak masuk Toys’R’Us??

Di samping itu Akak sempat la jugak menyambar beberapa alat-alat jualan dari Ikea tu… dolu akak pikir2-3 kali gak nak menyambar.. sebab semalam ada jualan kemurahan dan akak rasa macam dah mampu sikit jadi akak pun tanpa pikir 2-3 kali maka akak rembat lah jugak.

Abih ronda-ronda dalam Ikea, Akak & Haziq menuju pula ke destinasi seterusnya! GSC Signature Gardens.. Ipar Duai ajak gi tengok Ice Age 3 reramai.. Adik ipar dapat beli tiket, show pukul 4pm… kami teruja sangat pasal dah 2 minggu masih tak dapat reserve tiket tengok Ice Age 3 ni.. akhirnya tercapai gak cecita Akak (dan Haziq)! ha..ha..ha..

Abih Ice Age, ada orang bagi tau Akak satu rahsia! Rahsia yang akak sorang jer tau (yelah selain orang yg bagi tau Akak tu lah) .. Rasa bangga jugak pasal orang tu bagi tau Akak jer.. tapi tersiksa jugak pasal tak boleh bagi tau kat Orang Lain.. Kena simpan rahsia selagi ianya menjadi rahsia kami. hee..hee.hee.hee.

Lepas tu pulak Akak & Haziq bersama sekali anak-anak abg ipar (sebab akak kena hantar mereka pulang) singgah di Ampang Point!! Dan di depan Ampang Point itulah satu insident yang memalukan dan menyakitkan telah berlaku. Akak dengan penuh keayuan dan kesopanan melintas jalan hendak ke kereta tetiba kaki akak ni dengan ganasnye telah terperosok ke dalam lubang di tepi jalan.. akak pun dengan rakusnye telah terhempap ke bumi.. sakit dan malu seh.. tak cantik sungguh cara Akak jatuh tu!! Masing2 tanya samada Akak okay ker tak?? Akak okay.. Akak okay.. Akak CUMA RASA TULANG KERING DI KAKI AKAK TU MEMBENGKAK SEBAB TERHANTUK KAT DIVIDER TEPI JALAN TU.. Rasa sakit kan…MEMANGLAH  Sakit!! AKU RASA BESOK NAK MC!!! BOLEH KE?