Refleksi bagi projek 1 dalam kuliah ke-3 dan 4
Kami telah membuat yahoo group dan juga terlibat dalam facebook komputer dalam pendidikan.
Langkah-langkah untuk membuat yahoo group :
1. Login YahooMail.
2. Pada laman web YAHOO, cari Groups pada kiri skrin di bar.
3. Klikan ‘start your group’
4. “Browse Group Categories” mengikut interest anda supaya anda dapat menemui penguna-pengguna YahooGroups yang sama interest dengan anda. Setelah memilih interest anda, “place my group now”.
5. Berikan nama Group supaya dapat dicari oleh pengguna Groups yang lain, e-mel Group untuk penghantaran mesej dalam perbincangan Groups dan describe group anda supaya pengguna Groups yang mempunyai minat/hobi yang sama dapat mencari anda.
6. Semak maklumat yang telah diberi dan pilih alamat e-mel yang hendak digunakan (jika mempunyai lebih daripada 1 alamat e-mel). Klik “Continue“.

8. Anda telah berjaya jika melihat “Congratulations“.
Selepas itu,kami telah dibahagikan ke dalam 8 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai dua orang ahli. Kumpulan saya telah diberikan tajuk keselamatan dan penyenggaraan keselamatan komputer. Tajuk yang lain ialah belajar cara belajar ict, kemahiran berfikir dan ict, impak web 2.0 dalam pendidikan, etika berinternet, keselamatan internet, plagiarisme dan evolusi sistem pengoperasian komputer.
Dalam projek ini, saya telah mempelajari tentang ilmu yang berkaitan dengan tajuk-tajuk di atas. Contohnya, saya telah mengetahui pelbagai perisian antivirus yang terkenal, risiko-risiko yang dihadapi oleh pengguna komputer, cara-cara penyenggaraan komputer dan lain-lain. Perbentangan bagi projek ini telah menambahkan ilmu saya dalam penggunaan ict. Selepas perbentangan, pensyarah kami juga memberi komen-komen terhadap powerpoint setiap kumpulan dan beliau juga menjelaskan cara-cara untuk membuat satu powerpoint presentation yang menarik.
slides show bagi setiap kumpulan boleh didapatkan melalui link ini..
http://groups.yahoo.com/group/GE1155GrupPetang/files/