Lama tak update blog, sebulan lebih dah. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk upload entry yg dh beberapa minggu ditulis… khas buat anakanda Nukman.
Kelahiran….berakhir satu penantian
Sebuah kisah yang kini menjadi kenangan manis um

Nukman - 15 days old
mi. Semoga rakaman memori ini menjadi iktibar yang menginsafkan untuk kita sekeluarga, terutamanya anakanda ummi yang tersayang, Nukman.
25 Mei 2009
Perbualan dengan Abu Nu’man yang sedang berada di offshore. “ Ummi tgh dok baca surah maryam sekarang, semoga mudah waktu bersalin. Abi pulak baca surah Luqman, ok?” – Ok!
Telefon diletak, seterusnya ialah rutin harian seperti biasa sebelum lena – bacaan al-Quran alunan Saad al-Ghamidi dipasang, Nukman yang masih dalam kandungan ketika itu didodoi perlahan.
26 Mei 2009
0515 hrs: contraction pain pertama yang mengejutkan tidur yang lena. Sakitnya seperti sakit pinggang yang sangat kuat sehingga turut menyakitkan seluruh bahagian perut. Sebarang pergerakan untuk ke kiri/ ke kanan atau bangkit duduk seperti terhalang. Disangkakan sekadar Braxton Hicks contraction*. Jam 0530hrs baru mampu bangun dari katil untuk bersiap ke tempat kerja.
0915 hrs: contraction pain kedua. Kali ini sedang berada di Wad 24 (Antenatal / Post Natal Ward), Hospital X bersama beberapa rakan H.O dan M.O semasa specialist morning ward round. Dalam hati masih menyangka ia hanyalah Braxton Hicks lagi.
1000 hrs: specialist morning ward round sudah pun berakhir, Alhamdulillah. Tapi sakit masih datang dan pergi. Akhirnya dengan sokongan rakan H.O dan nurse yang sangat memahami, keputusan utk berehat di On Call room diambil. Sakit makin kerap, dikira-kira, 1:10:10 (one contraction pain in 10 minutes lasting 10 seconds). Kali ini disertai dengan show*. Ummi yakin sekarang, this is a real contraction, and I am in labour!
1200 hrs: Alhamdulillah. Emergency Leave (EL) granted by the big boss with his wish “All the best”. Huhu… Ummi perasan kelegaan pada nada suaranya apabila diberitahu kini Nukman sudah berusia 37 weeks 6 days dalam rahim ummi. 5 minggu yang lalu, ummi pernah meminta EL atas alasan yang sama daripadanya– premature contraction pain and show. Memang jelas kerisauannya kalau-kalau Nukman benar2 dilahirkan tak cukup bulan, terus diberinya ummi EL dengan nasihat untuk berehat tanpa soal jawab.
Dr Zanariah (OnG specialist Hosp PP yang bakal menyambut kelahiran Nukman) segera dihubungi. Dia advise untuk datang Emergency Unit Hosp PP for assessment and delivery. Dia sangat yakin Ummi in real labour. Apa taknya, 5 minggu lepas lagi Nukman macam dah tak sabar nak keluar. Kali ini dah cukup bulan, mesti jadi punya.
1330 hrs: Abi call dari offshore. “Maaf, ummi. Tak dapat nak balik hari ini. Earliest chopper esok tengah hari, harapnya Nukman boleh tunggu abi.” Sedihnya dalam hati. “Tak apa abi, doakan kami selamat. Tapi kalau takdir Allah mendahului kita, ummi minta restu dan keampunan dari abi. Halalkan makan minum ummi.” dada dah sebak tak mampu nak meneruskan – doakan ummi dikurniakan jannah dan ampunkan ummi kalau Ummi tak mampu melahirkan Nukman.
1530 hrs: Ummi dan Tok Ma tiba di Emergency Unit Hosp PP. Ummi was wheeled right to labour room. Dr Zanariah tiba. Dengan senyuman dia cakap, “Saya dah agak dah awak akan deliver sebelum your next appointment 30 Mei nih.” Perlahan Ummi setuju. Teringat pada cuti bersalin 2 minggu awal dari EDD (expected delivery date) yang baru dipohon semalam. Harapnya, kalau Nukman lahir on EDD, sempatla Abi bawa Ummi ke Melaka untuk lahirkan Nukman di sana, tapi nampaknya Nukman nak lahir di Kelantan juga!
Kali ini contraction pain dah 2:10:20 (2 contraction pains in 10 minutes lasting 20 seconds). VE: 2 cm, effaced. CTG (cardiotocograph): reactive.
Nampaknya labour progressing well – contraction pain makin kuat dan kerap dan jalan yang dah effaced at 2 cm opening. Semoga berterusan begini sehingga semuanya selamat.
Plan Dr Zanariah: to allow nature to take its course. No need for labour induction. Estimated time of delivery – tonight. Ummi setuju dengan plan nih. Tapi kalau Nukman jadi lahir malam nih memang Abi tak sempat sampai untuk azankan lah.
2200 hrs: Ummi bersama Tok Ma di Ward Jasmine, Bilik 403. Dekat 1 litre air zam zam yang Tok Ma bekalkan ummi dah minum. Untuk air selusuh mudha bersalin kata Tok Ma. Contraction pain makin kuat, tapi Alhamdulillah, Ummi masih mampu makan satay sambil dengar Tok Ma cerita pengalamannya bersalinkan Abi dulu. Tok Ma dah contact Abang Nasreh (sepupu Abi) untuk dtg azankan Nukman nanti. Sayu hati Ummi, sebab akan terlepas peluang mendengar alunan azan Abi untuk Nukman.
Dr Zanariah tiba for assessment: Dari tgk keadaan Ummi, macam tak ada gaya nak bersalin malam nih katanya. Ummi pun rasa macam tuh. VE: 3 cm, effaced. Contraction: 2:10:40 (2 contraction pains in 10 minutes lasting 40 seconds). Masih dalam category moderate pain. CTG: reactive.
Plan Dr Zanariah: Paling lewat Ummi akan deliver Nukman esok pagi. Jadi, Ummi kene berehat malam nih untuk kumpul tenaga. Sakit yang ummi tanggung akan bertambah 3x kali ganda. Ummi setuju untuk terima injection IM (intramuscular) pethidine (pain killer) malam nih agar boleh tidur walaupun dalam keadaan sakit. Kalau masih tak deliver malam nih, esok pagi jam 0730 hrs akan dibawa ke labour room for IV (intravenous) pitocin augmentation. Ummi juga diberi pilihan untuk terima epidural analgesia (another pain killer untuk atasi sakit bersalin sepenuhnya) esok pagi.
Ummi sedar risiko IV pitocin dan epidural analgesia. IV pitocin akan tambahkan lagi contraction pain ummi untuk bantu ummi lahirkan Nukman. Sakitnya memang akan berganda-ganda sebab tuh Dr Zanariah offer epidural. Tapi ada risiko kecil foetal distress (bayi lemas) dengan epidural. Ummi setuju untuk labour augmentation esok pagi tetapi masih KIV epidural.
27 Mei 2009
0115 hrs: Tok Ma kejutkan ummi sebab dia dengar ummi mengerang kesakitan dalam tidur. Bagi ummi the contraction pains are still bearable. Tetapi tiba-tiba datang satu contraction pain yang sangat menyakitkan followed by bunyi pop dalam rahim ummi. SROM! (spontaneous rupture of membrane / pecah air ketuban). Contraction pain yang menyusul selepas itu semuanya sungguh menyakitkan dan sangat kerap. Bergenang mata ummi dek sakit. Ummi picit bell dan Kak Ina (nurse in charge of labour room) pun datang. SROM confirmed, liquor (air ketuban) clear in colour. VE: 5 cm, effaced. Contraction: 3:10:50
Ummi dah masuk active phase of labour. Delivery is inevitable.
Dr Zanariah dihubungi:
Plan: nampaknya x boleh nak tunggu sampai pagi esok nih. Ummi perlu berpindah ke labour room for delivery. Ummi request for epidural – sakitnya tak tertahan pula rasanya. Tapi menurut Kak Ina, anaesthetist on call tak datang hosp semata2 untuk buat epidural nih, kalau office hours baru boleh request without booking. Ummi diminta bersabar, mungkin tak lama lagi sahaja semuanya akan berakhir. Ummi akur, perlahan-lahan bersiap-siap ke labour room. Cuba mencari kekuatan di celah-celah contraction pain yang sangat menyakitkan.
0130 hrs: Di labour room. Ummi sudah bersiap dalam pakaian labour room. Ummi diberi enthonox (gas for pain control). Ummi sedut gas dalam-dalam bila sakit dating, Alhamdulillah, membantu juga, di samping membantu Ummi untuk relax sedikit. Ummi cuba ingat semula semua pushing technique yang Ummi biasa ajar pada patient ummi. Deep breathing, strong push, push di perut, bukan di mulut, macam nak qada’ hajat, angkat kepala semasa meneran, cuba stay focussed, keep pelvic bones on the bed – never ever angkat! Apa lagi yeh? Ada yang ummi missed? Hmm..
Dr Zanariah tiba. Senyuman sentiasa ada di bibirnya, “nampaknya x dapat kita tunggu sampai esok.” Assessment: VE: 6-7 cm, well effaced, Contraction 3:10:50, CTG: suspicious with poor beat to beat variability but is still acceptable, sebab kepala Nukman dah duduk di bawah sangat, hampir nak keluar.
Plan: Contraction pain ummi masih not favourable for bearing down (bersalin). Target 4:10 contraction by ½ hr, kalau tak dpt jugak, to start IV pitocin. Ummi setuju sahaja, tapi tak dapat dibayangkan macam mana sakit yang kerap nanti.
0215 hrs: IV pitocin started. Ummi yang masih mampu steady dgn enthonox gas sebelum nih, makin hilang punca. Tok Ma di sebelah kuat menyokong tangan ummi memberi kekuatan, di samping bibirnya yang kumat kamit surah fatihah dan ayat kursi. Hudson Mask yang Ummi gunakan untuk sedut gas menghalang ummi untuk bersuara. Ummi berbisik syahadah dan ingatan pada kisah Maryam sewaktu menghadapi bersalin. Yang lain Ummi x dpt nak fikirkan. Contraction pain makin kuat. Ummi terlepas Hudson Mask beberapa kali, sempat memandang Tok Ma – sakit Ma…
0300 hrs: Ummi mula rasa nak meneran. Dr Zanariah dipanggil. VE: 7 cm. Not yet fully dilated (10 cm), tapi kepala Nukman dah visible. Delivery set segera disediakan. Ummi memulakan dgn first trial push. Terasa bila push membantu kurangkan sakit. Ummi semakin bersemangat untuk push. Dr Zanariah standby untuk conduct delivery Nukman.
Ummi gave another 4 pushes (not the best push! Ajar patient senang, nak buat susah jugak), ummi dah keletihan. Tok Ma angkat kepala ummi dan ummi dapat Nampak kepala Nukman dah keluar! Alhmdlh! Macam diberi semangat baru, Ummi push kali akhir dan ummi dapat rasakan tubuh kecil Nukman menggelungsur keluar dan suara tangisan Nukman memenuhi ruang labour room. Tepat jam 0315 hrs. Subhanallah!! Penantian bakal berakhir! Tok Ma turut menangis di sebelah. Dr Zanariah tunjukkan Nukman pada ummi untuk pengesahan jantina. Kecilnya anak ummi, tp kuat tangisannya meyakinkan ummi Nukman dalam keadaan baik. Ummi masih lemah, tak mampu menjawab, Tok Ma pantas jawabkan untuk ummi – anak lelaki!
Ummi diminta relax dan perlahan ummi rasakan Dr Zanariah melakukan CCT (controlled cord traction), dan sebentar kemudian placenta (uri) pun dilahirkan. All 3 stages of labour telah pun ummi completekan. (1) regular contraction pain followed by progressive cervical dilatation until fully dilated (2) delivery of foetus (3) delivery of placenta.
Jam tepat menunjukkan 0322 hrs.