Wednesday, December 31, 2008

Hari terakhir 2008, aku pegi bekerja!


Arini aku ke skolah lagik. Atas urusan pendaftaran murid sesi 2009. Kena plak panjat ke Tingkat 4 blok D tu sbb kelas bebudak Year 2 kat atas sana. Nampaknya sejarah berulang kembali. Terpaksa laa aku memanjat ke tingkat 4 utk mengajar. Sbb aku kan ngajar Year 2 aje tahun dpan. Seb baik laa kelas Ida sebelah kelas aku jek. Ade laa geng masa dok tunggu parents datang tadik.


Murid kelas aku utk tahun dpan berjumlah 35 org. Kire ramai jugak laa sbb dulu dengan Year 4 paling byk pun 33 org. Bayangkan laa brapa ramai murid kat skolah tu kalo sesi petang jek da ade dlm 800 murid! Belom campur Tahap 2 di sesi pagi lagik! Ramai kan? Sbb tu laa aku cam terkejut beruk tercekik pisang bila kengkawan aku kata skolah depa hanya ade lebey kurang 300 org murid aje!

Arini ada laa dlm 20 lebey org parents datang membayar yuran persekolahan anak memasing. Tinggal lagik brapa belas org jek yg lum setel lagik. Aku lega laa jugak sbb kire da ramai jugak laa yg setel. Syukur alhamdulillah, parents anak murid aku kali nih sumanya okeh. Tade yg bising-bising, cerewet sgt ataupun berlagak cam bagus. Kire sumanya profesional & berbudi bahasa. Bila depa berbudi, aku pun turut berbahasa jugak. Etika guru kena jaga. Gangster gangster jugak, taim keja musti fokus. Tp kalo depa kurang berbudi bahasa, tau laa aku camna mau membahasakan depa pulak! gagagagag *hak ptuih...mcm laa brani sgt :P* Yg sebaliknya berlaku pd Kak Zieza yg jadik guru kelas Year 5. Ada parent yg tunjuk cam bagus sgt. Da la kwn tu pregnant, layan pulak depa dgn baik & lembut, tp depa buleh pulak tunjuk cerewet. Sempat pulak melaser x tentu psl. Siap perli-perli. Aku hangin jek bila encik kerek tu cakap, "Hai cikgu cuti xkan laa resit pun cuti kot. Macam mana nih." Waaahhhhh...sungguh kurang manis ayatmu itu! Perlu ditambah gula sebalang! x pun susu sebaldi! x pun penumbuk 14das pun okeh jugak! Okeh laa, mmg kami x dpt bg resit sbb pejabat belum keluarkan lagik. Tp ada laa borang len sebagai bukti depa da bayar. Bukannya main buta tuli jek amik duit depa. x baik laa ckp gitu kan. Kalo cikgu tu da explain bebaik, apa laa salahnya tima bebaik jugak. x baik laa tunjuk lagak yg mengguris perasaan org. Kita pun sesama manusia jugak! Seb baik laa Kak Zieza tu penyabar orgnye. Kalo dpt kat aku lama da encik kerek tersebut tertelan gigi beliau sendrik!

Tadik setel jek psl yuran, aku berburak kejap sama Ida & Cikgu Jai. Sbb depa dua kat kelas sebelah aku jek. Slama nih aku agak takut laa jugak dengan Cikgu Jai nih. Sbb beliau nih miang keladi bunting sikit. Tp tadik burak aku wat selamba badak air jek. Sbb aku tau beliau mmg kuat menyakat cikgu pompuan! Kadang-kadang terbabas jugak tang 18sx walaupun bertapis. Tadik beliau tanya aku, da ada yg special ke belom. Aku ckp laa belom. Beliau kata aku suka yg macam mana. Yg mcm beliau kah? Ewahhh...mempromote diri sendri laa pulak. gagaga. Tp beliau ckp, usia 40an mcm beliau mmg laku. Cissss...perah-santan sungguh! Ada ke ckp kalo dikasik can, musti aku sudi jadik beliau punya nombor 2. Beliau ckp suka tengok aku sbb aku lebey kurang cam wife beliau! Cisssssss. x kose haku! Bila beliau bahasakan diri beliau 'Abg' aku rasa cam mau muntah anak arnab! gaggagaga Tau laa beliau kuat menyakat, tp x kose laa wei! Yekkkkkkkkkkk. Aku ckp kat beliau, selagi ada jejaka bujang aku x kose laa dengan laki org! huhuhu. Yg dak Ida pulak dok gelak x abis-abis. Adesss. Mcm-mcm hal.

Tadik lpas lunch, sambung pulak dengan meeting PANITIA English. Tahun dpan Kak Anne jadik Ketua PANITIA. Fuh lega! Sbb kire geng sendri jugak. eheheh. Meeting yg turut dihadiri Incik GPK 1 tadik pun sempoi aje. Tp berisi & padat. Pukul 1.30om tadik abis. Mata aku giler ngantuk! Da laa Ida da balik dulu. Cik Abg Gebu (hubby) beliau yg jemput kul 12.00pm sbb aku kan ada meeting PANITIA. Beliau x terlibat so baik laa calo dulu. So, aku kena balik sorang. Mata da laa ngantuk! Tp kubuntangkan jugak sbb mau cpat balik umah! Slalu kalo ada Ida kat sebelah tade laa ngantuk sgt sbb ada teman bersembang masa memandu. Nih bila Ida tade kat sebelah, amat laa buring di tahap wali-wali! Aku pun melakukan aksi pecut beroda empat laa cam besa. 100km/j aje, x byk! gagagaggag. Alhamdulillah, tade pulak pak pulisi mintak sain otograf. gaggagag :p

Owh yer, Happy New Year everyone! ;) Lagik beberapa jam jek da nak masuk 2009! Cmt tinggal 2008! *sob*

Tuesday, December 30, 2008

Demi Cintaku Padamu...

"Demi cintaku padamu..
Kukorbankan jiwa dan raga..
Biarpun harus kuselam lautan bara!"
(pinjam kejap serangkap lirik lagu Search)

*sarang han da myun!*

Setelah merinduinya sekian lama, akhirnya aku kembali bersamanya. Dan aku pasrah! Demi kepasrahan itu, maka hari ini, dengan bersaksikan terik mentari, telah kuluangkan masa beratus minit untuk bersamanya. Demi cintaku padanya! Bangunan dan daunan menjadik saksi! Jugak rerumput yg segar menghijau!

Phew! *sambil mengesat peluh di dahi* Tajuk entry ada sikit jiwang. Intro pun ada sikit jiwang. Tp macam besa, aku jugak yg x jiwang. Tolong sikit. Gangster mana buleh jiwang-jiwang nih. Jatuh laa martabat aku. So, tolong faham sikit!

Da lama x jenguk dia. Da lama x tatau perkembangan dia. Arini da tau, ati agak lega, rindu pun da terubat. Cinta pun masih segar bugar untuk dia. Aku tengok dia makin menarik. Nampak lain sikit tp tetap menarik. Makin sedap pulak mata aku nih memandang dia! Rasa makin sayang, makin cinta pulak!

Aku memang cintakan dia!
x dapat nak nafikan lagik! Cinta aku untuk dia x pernah pudar walau sikit pun! Apatah lagik nak padam teros! Walau apa jadik pun, aku tetap cinta dia!

Napa aku tetap cinta dia? Sebab...


CINTAKU TERTINGGAL DI SEKOLAH! Ingat aku suka-suka ke letak ayat keramat tu jadik header? Of 'cos laa sebab aku cintakan sekolah aku kan.. So, walau macam mana malas pun aku mau mandi pagi tadik, aku tetap pegi mandi & ke skolah pagi nih! Demi tugas dan perjanjian bulan lpas - Meeting Guru pada 30 Disember 2008!

Arini jumpa GB kusayang. Tetap hensem macam slalu walaupun kulit nampaknya makin berkilat. Silau mata aku tengok. Agaknya beliau berjemur kat pantai Telok Kemang kot cuti-cuti nih?? gagagag. Tp beliau masih GB kusayang - maintain humble & sporting! Lebiu GB! *sambil pelok batang pokok! Nak pelok GB x buleh bukan muhrim! gagagag*

Meeting arini giler lama! Sampai muka masing-masing da jadik cam sardin cap ayam! Awal-awal meeting, sebok bersalam-salaman & bertanya kabar sesama rakan sejawat. Maklum laa lama x jumpa! Mengubat windu-winduan laa kan. ehehehe. Mula-mula, GB kusayang mulakan bicara. Mengulas hal-hal tahun lpas & harapan menggunung beliau terhadap prestasi skolah, cikgu-cikgu & murid-murid utk tahun dpan. Keputusan UPSR yg meroket naik pd tahun nih diharap dapat dikekalkan & lebey afdal ditingkatkan pada tahun 2009! GB kusayang nih orangnya cakap mmg serupa bikin. Sebelom beliau jadik GB kat skolah aku, prestasi skolah x brapa bagus pun. Sejak beliau masuk tahun 2007, mmg banyak meroket prestasi skolah! Maklum laa beliau mmg penah dapat Anugerah GB Cemerlang. No wonder laa cara kerja beliau pun turut cemerlang. So, there's no reason not to love him & that school! Again, lebiu GB! ehehehe

Lpas GB kusayang setel, Incik GPK 1 pulak sambung. Bercakap psl kurikulum 2009 laa ape lagik. Beliau da siap sedia da senarai tugas untuk suma cikgu. Aku secara rasmi dilucut jawatan sebagai Naib Bendahari. Fuh lega! Berpeluang laa aku menge'low profile'kan diri nampaknya. Namun, kusangkakan anganan menjadik kenyataan, rupanya kecundang di samping realiti! Aku dikasik pulak jawatan yg masih jugak jelas di atas hirarki! Incik GPK 1 memintak aku menjadik Naib Setiausaha di samping Kak Azah yg selaku Setiausaha itu! Huwaaaaaaaaaaaaaaa izinkan aku menangis sebentar! Why me?? Why?? Incik GPK 1 nih agaknya berkenan nak buat aku jadik menantu beliau kot?? Napalah suka sgt kasik aku jawatan gempak-gempak. Macam laa aku nih bagus sgt. Ke beliau mau test market?? x payah test-test laa incik sebab aku nih sebenarnya anak dara pemalas bertopengkan gangster! Tp depa suka tengok aku nih cam anak dara gajin bertopeng ayu! Pi kursus sana sini pun aku. "Awin awk boleh x..." "Awin nanti awk pergi kursus.." "Awin awk ada cadangan..." bla bla yadda yadda. Tade maknanyaaaaaaa! Kalo berkenan mau amik jadik menantu tu cakap ajelah! Kot laa aku sudi menerima! gagagagagagagag :p

Tadik dok skali dengan si ehem! Waaahhhh da lama x mention nama tu dalam blog nih yek?? Al maklum laa da sebulan lebey bebas dr gusip liar cikgu-cikgu lain. Kalo dulu tu tetiap ari ade jek org menggusip kami. Si ehem masih maintain macam slalu. Tetap tinggi, kemas & macho. Misai tetap ada. Maklum laa Datuk K junior. gagagaga. Tadik mula-mula beliau sumbung sama aku. Dok dekat pun x tego! Kurang sikit sifat ke'gentleman'an nampaknya. Ape x takut kah title gentleman of the school tersebut dirampas oleh Abg Jeruk?? Cehhh.. beliau x tego jgn harap laa aku mau tego pulak. Aku pun wat selamba badak sumbu. Sambil muka berekspresi gangster. Tunjuk protes laa sebab beliau sumbung sama aku. ehehhehehe. Skali pas minum pagi tu beliau tego! Heh...tau pun takut!! :p Beliau masih kekal di sesi pagi. And aku masih kat sesi petang. Kali nih aku ajar Year 2 - Maths & English.

Tahun dpan, nampaknya bilangan budak Year 1 meroket jugak! Ade 9 kelas! Fuh...mmg semput laa cikgu-cikgu yg kena ngajar tahun 1. Dengan kelas KIA ada 3 buah! Mau x cukup oksigen silap ari bulan! Tp da namanya tugas, kena laa redha. Kalo aku yg kena pun, kena redha jugak laa. Tp x dpt dinafikan, tahun depan memang makin bz! Tanggungjawab makin besar beb! Jgn engko coba pikir jadik cikgu nih senang! Yg aku terkejut, Abg Jeruk ditarik ke pagi! Huwaaaaaaaaaaaaa belom sempat bibit-bibit cintaku mau berputik, si bujang trang tang tang sesi petang nan satu itu dikebas sesi pagi pulak! Camna mau bercinta dengan beliau nih?? Ade jek batu penghalang! wakakakakakkaak. Over laa pulekkkk! Tau dek Abg Jeruk kang terperasah-santan lebey pulak beliau! gaggaga. Depa tarik beliau sebab beliau dilantik jadik Setiausaha Sukan. Sesi pagi kan bebudak Tahap 2. So sesi pagi lebey memerlukan orang sukan macam 'mamu jeruk' yg macho tersebut. Aik...aku setiausaha kurikulum beliau setiausaha sukan? Jodoh kah? kahkahkahkah. *Ya ampun Abg Jeruk!!*

Owh yer, ingin berkongsi berita gumbira sikit. Kebanyakan cikgu-cikgu pembawak budak nampaknya akan mengeluarkan budak-budak tersebut bulan Januari nanti. Ada yg da bersalin pun! Giler ramai cikgu mengandung kat skola aku! Dekat 20 org!! Depa nih cam pakat lak mengandung beramai-ramai yek?? Mementang laa aku lum leh ngandung... saje bikin jeles! Nih yg rasa mau kawin nih! Bila Abg Jeruk mau masuk meminang nih??? Hik hik hik *aisey tergelak gatal pulak :p*

Okeh laa...cukup takat tu laporan untuk arini. Sok kena pi skola lagik! Urusan Pendaftaran Murid Sesi 2009! Aku kena jadik guru kelas 2 Bijak pulak tahun dpan. Aik...2 Bijak? Dulu 2 Bijak adalah kelas Abg Jeruk. Lagik skali...jodoh kah? Kahkahkahkah. Gurau senda di petang Selasa! :p :p


P/s I LOVE YOU: Sedang aku menaip entry nih kedengaran bapaknda di luar menyanyi lagu 60an yg berkumandang di radio Negeri FM! Kedengaran ibunda ketawa manja nampaknya. Ewah beromantika laa pulak ibu bapakku! x sangka romantik jugak bapakndaku itu! Mengapakah slama nih aku tatau?? gagagagag

Monday, December 29, 2008

Bila Hati Tercuit... (Part XVII)

Year 2006...

Aku skip citer year 2004 & 2005 sbb terlampau byk pancaroba antara aku dgn Han Chee Tai. World War III punya tahap jugak laa. *atau lebey teruk* Sbb year 2004 & 2005 tu ialah 'tahun stress'. Sgt stress & kucar kacir bg aku dan beliau. Kami pun off. Atas sebab tertentu yg x dpt dikongsi di sini *sorry*.-macam laa dugaannya!

Year 2005
, aku langsung x berjumpa dengan Han Chee Tai. Skali pun x! Kadang-kadang ade beliau call tanya kabar. Aku pun sama. Ada skali, beliau kasitau aku yg beliau tersuka sama sorang awek Sabah - Cik S, sama kolej dengan beliau kat UPM tu. Masa tu beliau keje part time kat gerai air kat kolej tu. Slalu laa jumpa dengan budak pompuan tu. Apa aku rasa? Cemburu laa jugak. Bohong kalo aku kata x. Tp mcm besa laa, aku xkan cakap kat beliau. Dalam masa yg sama, ade sorang mamat mau kenal dengan aku. Kawan kpd kawan aku. Namanya Ben Loong. Orangnya agak romantik walaupun band peberet beliau ialah Cradle Of Filth (beliau yg promote band tersebut kat aku :D). Bila da kenal-kenal, beliau cakap beliau suka plak kat aku. Aku pun cam suka jugak kat beliau sebab orangnya baik & pandai amik ati. Jugak kelakar walaupun jiwang *err romantik istilah yg lebey sesuai kot*. Paling terharu masa beliau bg aku coklat ferrero roche *betol ke aku eja??* dlm bekas bentuk LOVE, siap dgn kad & kaset Daniel Beddingfield lagik! *masa tu aku dok giler lagu IF YOU'RE NOT THE ONE tu & masih lagik setia dgn walkman buruk aku (yg kini suda pun jahanam :< )* Tp mcm besa laa...hati aku yg beku macam ais nih tetap jugak sayangkan si apek sekor (Han Chee Tai) tu. Sbb mcm mana romantik skali pun Ben Loong tu, aku still jugak dok tingat coklat yg si apek sekor tu bg masa kami kat KMPP dulu walaupun hanya coklat berharga RM5.40 (siap simpan pembalut lagik.huhuk) sbb mengenangkan betapa bersungguhnye beliau masa tu. Kisah macam mana coklat tu sampai ke tangan aku pun menarik jugak.

Nih kisah year 2001 sebenarnya. Masa tu, beliau baru balik dr Langkawi. Beliau keLangkawi sbb pi lawan bola kat sana. Beliau belikan aku coklat dari sana. Oleh sebab beliau x dpt mai KMPP masa tu, beliau kirim laa coklat tersebut kat kawan beliau suh pas kat aku. Aku pun tunggu laa sampai ke malam tp x sampai-sampai laa pulak. Yg beliau nih pulak x abis-abis dok call aku tanya sama ada aku da dpt belom coklat tu. Aku nak tergelak laa jugak mengenangkan betapa kalutnya beliau. Beliau pun call kawan beliau. Kawan tu kata da bg pada Kak Y suh bg kat aku. And beliau pun call Kak Y. Tp Kak Y kata tade pun kawan beliau tu bg ape-ape coklat! Beliau pun bengang laa. Beliau call aku lagik, beliau cakap beliau pun pening camna lak leh jadik gitu.Musykil jugak.. Mana pegi coklat tu?? Sampai skang menjadik misteri. Aku & Ninder plak pandai-pandai berpikiran jahat cakap tah-tah si Kak Y da makan kot coklat tu??? Sebab aku rasa Kak Y nih cam suka jugak kat Han Chee Tai sbb beliau hadiahkan Han Chee Tai seutas jam masa besday beliau. Haha jahat betol kami masa tu dok berprasangka burok. Skali malam tu Kak Y datang bilik aku. Terkejut gak aku! Bukankah coklat tu tade??? Skali Kak Y cakap, Han Chee Tai call beliau cam marah laa jugak pasal menda tu. Kak Y ckp kat aku mmg betol-betol tatau mana pegi coklat tu. *Tah-tah kawan beliau yg makan??* Last-last beliau pun pi jelah kat Kedai Siswa tu belikan coklat bar berharga RM5.40 tu tuk ganti coklat asal tu! Lawak! huhuhuh. Aku citer kat Han Chee Tai, beliau pun gelak. Tp beliau ckp ati beliau tetap x senang psl jadik menda gitu. Aku kata xpe, sbb aku tetap hargai. And aku mmg terharu sgt. ;)

Ehh..tadik aku kata mau skip year 2004 & 2005 kan?? Nih suda ckp x serupa bikin plak. Siap masuk citer tahun 2001 plak tu. ehehehehe. Cukup laa takat situ! Masuk citer 2006 pulak!

So, dlm year 2006, aku da cuti! Aku da abis final year so aku cuti lama laa membadak dok umah! So, da jarang laa jumpa Han Chee Tai. Beliau masa tu da keje kat Selangor (beliau grad tahun 2005). Bile da dok umah tu, sakan laa aku dok apply keje kan. Last-last rezeki aku dpt ngaja kat Kolej PTPL Seremban. Aku ngaja Engineering Maths tuk bebudak Sijil & Dip. Kejuruteraan. So, kalo da ngaja bebudak Engineering tu paham-paham jek laa.. suda pasti mostly lelaki. Sorang jek pun pompuan. Mmg mencabar keimanan jugak laa mengajar bebudak laki nih. Memula aku cam malu-malu kamben laa jugak kan. Sbb aku tade pengalaman ngaja lagik masa tu. Kire nih first experience laa nih. Bebudak laki tu pulak sumanya jenis terejal. Teruk jugak laa aku kena sakat. So, taim tu laa aku blaja menggangster thp ganas *wei gangster bukan mmg da ganas ke??* eheheh. Dan dlm masa yg sama pulak, Han Chee Tai nun di sana jadik warak thp wali-wali. Beliau gajin pi surau kat area umah sewa beliau tu. Siap jadik bilal lagik,jgn tatau! agagagagag :p So, Abg Warak & Akak Gangster laa jadiknya. *masa tu lum leh panggil cikgu :P* Ape citer tu??? Buleh terbalik dunia x agak-agak? :p

Abg Warak tersebut, sgt laa suke call taim Akak gangster tersebut tgh mengajar dlm kelas. Sampaikan terkantoi pulak skali tu aku buleh pulak terjawab fon dgn ayat ini - "Yer Busuk nak apa?" Dan disebabkan peristiwa itu, bebudak tu dok sakan tanya soklan-soklan mcm "Cik Awin,Busuk tu sapa?", "Cik Awin panggil boyfren Busuk eh??", "Busuk x call ke arini?", "Tunjuklah gambar Busuk Cik Awin tu leh?" Cissssssssss! Sgt bedebah kan?? Ade skali aku terkantoi bebudak tu nampak aku buh wallpaper laptop gambo aku dgn Han Chee Tai masa depa dtg mau tanye soklan! Malu gua beb! :P Tp yg paling lawak, ade 2 org student aku dok tangkap syok laa pulak sama aku masa tu. Yg sorang tu ade awek da tp dok menggatal jugak lagik dgn aku sbb beliau kata aku chubby + comel cam awek beliau. Psl tu taim kelas beliau dok tenung aku cam harimau mau membaham mangsanya. Ngeri gua ckp lu! Yg sorang lagik pulak baru 18 tahun masa tu (aku 24 tahun masa tu wei!) tp ade ati pulak mau ngorat Akak gangster! agagaga. Mmg comel :P. Siap gajin sms ari-ari tanya kot-kot beliau leh masuk jarum. Pastu dok tanya boyfren aku keje ape & sapa dok antar aku pi keje ari-ari (masa tu lum beli buah hati). Aku jwb jek drebar bas! Drebar bas tu laa dok antar aku pi keje ari-ari! wakkakakakak *gelak burok nak mampus*

Adey...mmg byk kenangan manis year 2006 nih. Kalo mau citer suma mau x abis-abis tercuit hati aku! gagaga :p So, kasik cut sikit. Masuk ke part pahit laa pulak. Baru pahit manis kehidupan namanya. Da dekat-dekat ujung tahun tu, da mula da trasa pahitnya. Start drp aku nak konvo bulan Ogos tu sampai laa nak masuk year 2007. Tp sgt sorry laa aku xleh mau citer kat sini sbb benda-benda pahit nih biasanya elok ditelan jek *walaupun sampai skang x sampai-sampai ke perot*. Lagipun bukan suma benda kita leh kongsi dengan sebarang org kan? :) Tapi, mmg ade beberapa sbb laa yg buat aku x dpt mau teroskan lagik dgn Han Chee Tai... -To be continued..

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Terjemahan doa akhir tahun :

"Dengan nama Allah yg amat Pengasih lagi Maha Penyayang....

Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam atas semulia-mulia Nabi Muhammad dan atas keluarganya sekalian. Ya Allah, apa-apa yg telah aku kerjakan tahun ini daripada apa-apa yg telah Engkau redha daripadanya, dan lupa aku akannya, dan Engkau kasih (lemah lembut) atas aku akannya, dan Engkau berkuasa menyeksa akan aku. Dan Engkau menyuruh aku bertaubat daripadanya sesudah aku mengerjakan kedurhakaan terhadap Engkau. Maka sesungguhnya aku mohon ampun akan Engkau, maka Ya Allah, bahawa Engkau terima akannya daripadaku dan janganlah Engkau putuskan harapanku daripada Engkau. Ya Allah yg sangat Pemurah..Dan rahmat Allah atas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta sahabat baginda dan kesejahteraannnya."

AMIN.

*Sumber : Buku 75 Solat-solat Sunat Serta Doa & Wirid karya Dr Abd.Rahman Mat.

Saturday, December 27, 2008

PlayGALAK

Arini kaki aku gatal lagik mau berjalan ke Midbeli macam minggu lpas. Agaknya kaki aku nih pantang kot kalo ari bertukar menjadik Sabtu. x pun Ahad. x kisah laa mana satu pun asalkan namanya wiken. Tp camana pun, aku puas ati laa sebab bukan kaki aku sorang aje yg gatal kali nih. Kaki abah pun gatal jugak rupanya! Seb baik laa kaki ibunda, nenda & kaki jiran sekampung x gatal skali. So, aku pi Midbeli berdua jelah dengan bapaknda terchenta. Al maklum laa kan...kehidupan ujung minggu sorang PlayGalak gangster mmg cenggini. Selain menghadiri kenduri kawin para sahabat, bertukar-tukar pasangan tetiap minggu suda tentu. Minggu lpas dengan Tun..minggu nih dengan bapaknda...Minggu depan dengan Rosyam Nor plak. Bley x agaknya yek??? :p

Yg pastinya, berjalan dengan bapaknda mmg x banyak kisah. 'Sempoi-sempoi' bahasa saja. Hayun jelah kaki kemana-mana pun. Len laa kalo ibunda turut serta. Baru laa akan wujud 1001 kisah. So, mmg sempoi laa arini walaupun bapaknda nampaknya frust terduduk disebabkan seluar idaman ati x menepati saiz pinggang kerengge beliau. Tu laa anakanda da kata jangan malas pi jogging..Kan da kurang ramping pinggang tu. *Eh pinggang ke perot??* Uiceh nasihat nampak... padahal diri sendri pun da malas pi jogging skang nih! gagagaga. Tp aku pun frust jugak nih. Taktik membodek nampaknya kali nih langsung x berjaya. Hajat di hati mau beli lagik sebotol Dior Addict 2 sebab yg aku pakai skang da nak abis. Skali terputus plak hajat tersebut lalu menimbulkan hajat baru secara tiba-tiba iaitu ingin membeli sebotol perfume baru Aramis. Promoter tu kasik aku try cium bau perfume tu. Mak aih...giler sedap menusuk kalbu bau dia! Teros bikin napsu serakah membuak-buak! Menghasut ati kecik supaya memujuk diri utk membeli! Oleh sebab perasaan kedekut masih tebal dalam diri, kulancarkan cobaan membodek bapaknda. Skali bolayan daa...! Tensen! :( :( :( :( :( :(

Tensen tensen pun terpujuk gak laa ati bila bapaknda mengumpan dengan Big Apple Donut yg sedap. Uih mmg aku x tolak laa! Giler ko menolak kelazatan yg nyata! agagagag. Senyum balik :) :) :) :) :) Err aku da rasa da yg perisa durian *atau Duren Duren tu*.. cannot go laa! x brapa disukai tekak! Aku lebey suke yg Californian Almond & Pink Panther. Nyam nyam :P~

Owh yer, sahabat tersayang yg hensem - Hezlee Ezha Norsham *Yup, Eli dalam Bila Hati Tercuit* itu suda selamat bernikah dengan gadis pilihan atinya pada pukul 8.30pm tadik. Syukur alhamdulillah semuanya selamat & berjalan lancar. Incik R turut berada di samping beliau. Almaklum laa bff. Aku just sms jek tadik demi menghantar ucapan tahniah. Majlis kawin Eli kat Restoren Nelayan Titiwangsa esok pun aku x dapat mau pi. Sebab ibu bapak mengajak menjenguk ibu bapak angkat di Melaka. Incik R bising jugak aku x pi. Beliau da ade kat KL pun arini. Tp aku x pi pun berjumpa beliau. Malas! agagagag :p

*Selamat Pengantin baru Eli & Jeela! ;)*

*Nota kakikudibibirmu : Al Fatihah buat Almarhum Yang Dipertuan Besar negeri aku yg telah mangkat arini di Seremban - Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda... Amin.

Friday, December 26, 2008

Bengkak ati

Arini aku macam terkilan sikit. Terkilan sikit tp bengang banyak. Camna tu?? Arrghh x payah pikir..bikin pala aku pusing! Kak A ade call umah aku cakap pasal menda yang buat aku terkejut tahap bengkak ati! Beliau nak kenalkan aku sama sorang mamat chatting! Orang Seremban kata beliau. Namanya ntah aku x hingat laa pulak sebab aku lebey banyak fokus pada tahap kebengangan aku drp dengar suma yg beliau citer pasal mamat tu! Senang cakap laa, aku memang not interested at all!

Kak A cakap, beliau da lama dok berchatting dgn mamat tu. Beliau rasa mamat tu okeh. Da tengok gambo, not bad katanya! Keje kat Seremban tapi keje ape aku tade plak tanya. Malas aku! Kak A nih da kawin so beliau pun pikir lebey baik kenalkan that mamat dgn aku! Sebab beliau cakap ape salahnya beliau try kenenkan aku dengan mamat nih sebab aku pun single. So, beliau pun teros kasik nombor henpon aku kat mamat nih. TANPA KEBENARAN AKU!

Tu satu hal buat aku bengang. Lagik satu, mamat nih plak ntah apa punya malaun! Da beliau call aku tamo angkat, paham-paham jelah aku memang x berminat. Nih dok sms plak suh aku balas sms beliau! Siap cakap Kak A yang rekemen aku kat beliau. Yg lebey buat aku cam mau muntah katak ijau, bley pulak dok panggil aku sayang! Hak ptuih! Engko kenal aku pun belom lagik da nak bersayang-sayang siap suh aku mms gambo plak kat ko! What the hell?? Pastu dok call call. Da aku tamo angkat tu engko tolong paham laa aku x berminat! Aku da cakap kat kak A pun aku x berminat! Aku pun tade pulak kasik izin nombor henpon aku dikasik kat sapa-sapa tanpa kebenaran aku! So sendri mau ingat laa kan. Jangan nak paksa-paksa aku sebab aku x suka!

Fuhhh...memang bengang tahap wali-wali laa aku. Macam aku nih x laku sangat laa plak sampai gitu skali orang buat kat aku. Aku x salahkan Kak A sebab aku tau, niat beliau baik. Tapi lebey baik laa kalo beliau tanya kat aku dulu kan. Sama ada aku setuju atau x. Nih aku memang tatau ape-ape. So ati aku memang bengkek laa jugak. Aku fobia laa! Aku da macam x yakin da kawan dengan orang yg direkemen nih! Dulu pas aku terkena dengan durjana malaun tu, ade jugak laa aku kawan dengan orang yg direkemen! Tapi kesudahannya memang x besh! Imagine laa engko buang masa kawan dengan orang yg kasik harapan kat ko, last-last beliau buang engko cam sampah! Siap x bagitau kat ko lagik yg beliau bakal kawin dengan pompuan lain! Kalo tade orang bagitau kat engko, haram laa sampai bile engko terpinga-pinga tatau ape cam orang bangang! Bila engko tanya kat beliau, beliau buat macam beliau tade rasa bersalah langsung. Engko x rasa cam bangang ke?? Haa..camtu laa aku rasa.

Kalo nak diikutkan sakit, ati aku nih memang laa sakit. Malah masih sakit pun..cuma aku malas nak tunjuk sangat. Sebab ape jadik pun, life must go on. Lagipun aku dalam proses tuk heal ati aku. Tp x bermakna orang leh buat sesuka ati dengan aku macam pass nombor henpon aku sesuka ati camtu. Go on laa...cakap laa aku berlagak nak mampus ke ape...aku pedulik hape! Nih melibatkan ati ngan perasaan aku, aku ade hak! Even kalo Han Chee Tai datang melutut nak aku balik kat beliau pun kalo ati aku xleh tima, aku nak cakap ape??

Cukup-cukup laa buat ati sendri sakit. Aku nak belaja jaga ati sendri pulak. Aku da tamo da main tima jek lelaki demi memikirkan umur da meningkat! Cukup laa terkena dengan durjana malaun tu. Seb baik laa mangkuk tu da kawin skang nih..Tade laa dok ganggu idup aku lagik. Tade laa aku kena maki hamun pree pree tanpa sebab lagik da. Tu pun nasib aku baik jugak lagik. Kena maki hamun pun tade laa sampai durjana malaun tu panggil 'pompuan jalang' & 'anak haram' macam yg Tipah (bukan nama sebenar) ex-beliau sebelom aku kena! Tp thanks to Kak Ayu sebab kenalkan aku dengan Tipah! Kire aku tau ade jugak laa yang senasib dengan aku. And aku pun tade laa rasa aku nih bangang sangat pi tima malaun tu! Macam kata Tipah, anggap jek benda tu pengalaman idup yg buat kita lebey berhati-hati.Macam kata Han Chee Tai jugak, lupakan aje kisah pahit. Biar jadikan pengajaran idup. x payah sampai bencikan laki sebab bukan suma laki sama. Okeh laa fine. Bila direkemen kat orang yg kononnya perfect guy pulak, ape kes main-mainkan perasaan aku?? Kalo da memang nak kawin dengan orang lain, x payah kasik harapan laa! Mungkin engko seronot agaknya tengok pompuan terluka ati?? Pegi jahanam laa sama ko!

So, kepada yg gajin sangat bertanya napa aku still single, sila jgn tanya lagik napa aku single. Bukan da jelas sangat ke? waahhh..marah betol nampaknya cikgu gangster?? Ehh aku marah ke?? Mana ade aku marah laa. Aku sukaaaaaaaa! Sukaaaaaaa sangattt! Da laa... Izinkan diriku pergi mencuci dosa! wassalam.

Thursday, December 25, 2008

Belaian jiwaku yang ROCK

So,
So you think you can tell
Heaven from Hell?
Blue skies from pain?

Can you tell a green field
From a cold steel rail?
A smile from a veil?
Do you think you can tell?

Did they get you to trade
Your heroes for ghosts?
Hot ashes for trees?
Hot air for a cool breeze?

Cold comfort for change?
Did you exchange
A walk on part in the war
For a lead role in a cage?

How I wish
How I wish you were here
We're just two lost souls swimming in a fish bowl
Year after year

Running over the same old ground
What have we found?
The same old fears
Wish you were here


Wish you were here by Pink Floyd. Giler suke aku sama lagu nih! Slow rock yg bikin jiwa melayang di awan sembilan! gaggaga. Bertenang...bertenang. Nih bukan petanda jiwang laa. Tade maknanye jiwang-jiwang nih. Jiwang hanya bermakna kalo ade kekasih ati terchenta jek. Kalo tade kekasih ati cam aku nih kita panggil jiwa melayang di awan sembilan jek. :p

Alaa...aku mmg gini. Aku suke dgr lagu-lagu lama. Kalo ditanya skang nih lagu ape paling pemes kat corong Hot fm ke...Era ke..haram aku tatau beb! Psl aku mmg buta radio. Aku x dengar radio tetiap ari mcm kebanyakan org. Aku x giler radio sgt. Sbb tu aku x heran kalo tade radio dlm idup aku. Aku dengar radio pun kalo naik kete. Tu pun ikut mood laa jugak. Aku pun tatau laa ape psl. Maybe sbb zaman skola menengah dulu aku da puas dengar radio kot?? Tp, x dengar radio x bermakna aku x dengar lagu. Cuma aku dengar lagu-lagu yg aku suka jek. Thanks to internet! ehehehe.

Dulu masa matriks, lecturer Fizik aku penah kasik aku cd Pink Floyd. Album 'The Wall'. Beliau tau aku giler muzik rock. And aku x sangka pulak beliau pun layan rock jugak. Tp rock band yg beliau suka ialah Pink Floyd. Band lama, aku tau. Sesuai laa pun dengan usia beliau.. Kang kalo beliau giler Muse cam aku baru laa pelik namanya. huhuhu :P Tp aku paham laa napa banyak org lama suka band nih. Sbb rock depa x brapa nak ganas sangat. x metal macam Led Zeppelin or Iron Maiden. Tp mmg nice. Even bapak aku pun suka band nih jugak. Bapak aku cakap, beliau suka lagu-lagu dalam album 'Animal'. Tp lecturer Fizik aku nih kasik aku album 'The Wall'. Which is his favourite. :) So sejak tu, aku mule dengar laa lagu-lagu Pink Floyd. Termasuk laa lagu-lagu dr album 'Wish you were here' yg direlease dalam tahun 1975. So lagu Wish you were here nih da wujud dulu sebelom aku wujud dalam muka bumi! Haha giler lama...tp aku suka jugak!

Ada org penah tanya aku, napa aku suka rock sgt? x bingit ke tinger dengar lagu bising-bising.. Bukan ke aku pompuan..Err..camna aku mau jawab yek? Napa kalo aku pompuan aku xleh ke dengar lagu rock?? huhuhu. Senang cakap laa kan...suma makhluk x sama minat. Ini minat aku. Sesuai dengan jiwa aku. Kalo engko cakap rock bikin tinger engko sakit, tu tinger engko, engko punya pasal laa. Tinger aku tade pulak sakit. agagag. Ada pompuan lebey suka layan Celine Dion, Mariah Carey...Britney Spears, Christina Aguilera, Kelly Clarkson..err sapa lagik? Siti Nurhaliza (herrkk??!), Melly Goeslow, Rossa, Raihana, Alicia Keys, Pussycat Dolls..and macam-macam. Tp tidak aku! Sorry to say laa. Not my taste. huhuhu. Tp kalo Gwen Stefani atau Bjork, aku leh tima laa. Sebab masuk dengan jiwa. So, x payah laa pelik-pelik yek. hehehe.

Wednesday, December 24, 2008

Owh..Bunga pojaanku!

Menunggu skola bukak smula mmg seksa. Sama seksa macam menunggu skola tutup! Nih laa dia manusia...kalo x coti kemain lagik mau bercoti! Siap bising-bising lagik! "cpat laa coti.." "Cpat laa coti!" Tp bile da coti, sebok pulak mau cpat abis coti. Dgn alasan "Haku bosaannnnnnnn!". Tah ape yg dimahu tah! Suh bercoti tamo pulak pi bercoti. Isk..isk...duniawi duniawi. Sapa laa manusia yg dimaksudkan tu agaknye yek?? *sambil tgk cermin besor kat bilik!*

Arini aku still menyambung kebosanan tersebut. Dok saje kat umah, tade jimba-jimba kemana-mana macam 3 ari lpas, 2 ari lpas, sehari lpas. Dok menghadap kotak televisyen tanpa menonton rancangan televisyen tp menonton DVD. Kali nih melayan House MD. Yg sama jugak macam nasib DVD yg len, suda lama dibeli tp baru ditengok! Besa laa...still setia dgn prinsip "alah membeli menang memakai!" x lapok dek zaman pun segala DVD aku tu kalo x dimakan tikus! Tikus pun mana brani mau makan. x ke sia-sia patah gigi! Baik pi makan sabun ke obat gigi ke, sambil makan buleh gak mencuci gigi yg x penah bergosok tu! "Sambil menyelam minum air" bak kata pepatah! agagagag.

Arini jugak, tahap kerajinan aku meroket secara tiba-tiba! Bukan laa rajin ape pun. Rajin mau menggodek blog nih jek! Tu pun setelah mendapat belas ihsan Saudara Zairul Syukri Anuar yg telah sudi mendesign banner utk header blog aku nih. Ntah kenapa saudara tersebut berbesar ati mau designkan banner tersebut ntah. Mungkin beliau mendapat hidayah dr mimpi malam kelmarin kot? Mimpi puaka niyang rapik! Takpun barangkali dalam mimpi tersebut Puteri Gunung Lukut mengeluarkan titah perintah supaya beliau mendesign banner utk header blog baginda. Kalo x saudara tersebut akan dihukum oleh baginda supaya memakai singlet kelabu selama 8 minggu tanpa berbasuh! Sanggup kah??? hakhakhak *baginda laa sgt..hak ptuih*

Anyway, sebenarnya suda sekian lama aku mau tuka header blog aku nih. Asyik guna yg asal jek amat laa mendatangkan jemu tahap wali-wali gua ckp lu! So, niat baik Saudara Zairul Syukri Anuar tersebut sgt laa dihargai. Lagipun mmg aku da lama mau header yg ade gambar ros putih bunga pojaanku! Chewaaahhh..sejak bile ade bunga pojaan nih?? "Ape barang bunga! Jiwangggggggg karatttts!" bisik ati kecik yg berciri gangster lanun! Alah...relax laa ati kecik. Skali skala kasik can laa gua minat bunga! Lagipun da tade balak mau kasik jambangan ros putih yg real kat gua, gua tgk kat header blog pun jadik laa. Ahaks! :p Err...Saudara Zairul pasni kalo ade bunga matahari nak wat lagik banner bunga matahari oun okeh jugak. agagagaggagga demand x hingat ini cikgu gangster! :P

Tuesday, December 23, 2008

One of the best weekends ever! ;)

Yuhuuuu...daku suda kembali wahai blog terchenta! Maafkan daku kerana mengabaikan dikau kebelakangan nih. Apdet pun mcm tamo apdet jek cikgu gangster nih yek? gagaga. Tp xpe, sekali skala mengabaikan blog x bermakna kechentaan terhadap blog suda terhapus betol x? Skali skala kasik laa blog pulak windukan aku. Asyik aku jek windukan blog. Mana fair beb! :p

So..kemana aje cikgu gangster akhir-akhir nih?? Pilih jawapan yg paling tepat daripada pilihan jawapan berikut :
A) Bz berdating?
B) Bz mengemas rumah tangga
C) Bz ngan kursus kawin
D) Bz bertunang??

Jawapannya ialah...

E) Suma jawapan pun salah! kwang kwang kwang! Jgn mareeeeeeeeee! Skali skala bergurau senda baru laa makin erat tali silaturrahim sesama manusia x gitu? ehehehe..

So, seriously, ape kes nih? Tade ape kes pun. Aku hanya menghabiskan wiken dgn ati yg riang ria bergumbira jek. Teka aku jumpa sapa Sabtu lepas?? Tataraaaaaaaaaaaaaaaaaa...



Errr..silap gambar laa pulak. Tu gambo food yg kami makan masa lunch. Beliau yg belanja. Sgt sedap & bikin perot kenyang sampai aku da x larat mau makan ape lagik da pastu! huhuhu. Okeh laa, dipendekkan citer, setelah sekian lama mengenali beliau dlm dunia maya yg begitu berjasa nih..akhirnye takdir telah menemukan aku dan beliau. Suda suratan Ilahi, slama nih aku dok bersosial dlm dunia maya jek dgn beliau..tp Sabtu lpas kami bersua muke jugak secara live! Kami jugak amat berpuas ati dapat bersosial secara sawan! Dr saat matahari memanjat awan, sampaikan gerimis membasahi bumi Tuhan...sehinggakan langit bertukar menjadik kelam. Uicehh... *Datuk A Samad Said kalo baca ayat nih menangis beb!*

Beliau yg aku maksudkan ialah...jeng jeng jeng...



TUN TEJA!! Yerp, si gadis jelita yg suda kembali dr Dublin itu! ehhehehehe. Kami berjumpa di Midbeli. Beliau sgt terkejut bile aku menepuk beliau dr belakang. Katanya camna aku buleh cam itu beliau. Besa laa instinct cikgu gangster nih slalunya betol! gagaga. So, kami pun bersalam sambil berlaga pipi yg gebu. Sgt teruja dapat bertemu sama cik Tun teja yg rupawan nih. Mule-mule kami pi lunch kat Food Junction tu. Memilih western food sebagai pilihan utk lunch memasing. Giler kenyang perot! *Mekasey Tun sbb belanja ween!* Pastu kami pun pi menonton citer Cicakman 2! Benornye aku mau menonton Twilight yg buleh dikatakan hampir basi tu. Tp malang tidak berbau...hanye seat paling dpan jek yg available. Cisss...sgt pendengki! Atau aku yg tade rezeki?? Huhuk...cukup! Usah diungkit derita lama! Mari laa berciter tentang Cicakman 2 serba sedikit. Nampaknye mmg tidak mengecewakan. Kata Tun, beliau kasik 4 bintang utk sambungan filem Cicakman Bang Yusry Abdul Halim nih. Mmg kelakar. Nama Metrofulus tu jek da cukup menggelikan bulu tangan kami! Aku dgn Tun mmg bergelak ketawa secara sawan laa walaupun x brapa suke dgn si fasha Sandha! Lawak nak mampos lakonan Bro Apek! (Are u single? No, I'm plural! ahahahaahahahha) Gua caya sama lu laa bro! Mmg spontan! Kelasssss gitu. Aku rasa bunyik ketawa aku ngan Tun jek da buleh bikin pecah gegendang tinger kapel yg duduk dpan & blakang kami. Well, sukacita dimaklumkan, kami berdua dok kat seat kapel. Tade salah pun sbb kami muhrim kan kan kan?? *kenyit kenyit mata kanan*

Lpas menonton Cicakman 2, Tun membawak aku bertemu sama insan kesayangan beliau iaitu Encik Tunang. Dan jugak kawan Encik Tunang. Kami pun kuar dr Midbeli, shopping complex penuh bersejarah tu. Penuh bersejarah kerana menemukan aku dgn srikandi Tun Teja. Walaupun benarnya aku prefer bertemu di Dublin (eececce mcm byk duit mau pi sana :p) heheheheh. Ape..ingat Melaka jek leh jadik bersejarah ka?? :p Tolong bagitau sama Datuk Shahrukh Khan suh promote Midbeli lak pasni buleh?? agagag. Oppss...tersasar dr citer asal. Kami kuar dr shopping complex bersejarah tu & menuju ke Jakarta. Ciss nampak sgt aku menipu! Hopefully engko jgn percaya. Kami ke Kampung Baru sejurus selepas itu. Encik Tunang bwk kami ke Restoren Kapal! Errr..x hingat pulak ape nama restoren tu. Tp yg aku ingat mmg ade kapal buatan! Tukang masak mmg masak dlm kapal tu! Dekat-dekat dgn Masjid kat Kampung Baru tu. Lpas makan-makan, kami singgah solat Asar kat masjid tu. Dan sempat jugak laa aku dgn Tun bergambar bersama...




*Tun yg jelita sama cikgu gangster yg comot :p*


Err..mintak sori, aku pun tatau ape psl wajah cikgu gangster menjadik sebegitu. Tertumpah cat oren kot?? x pun kena simbah dgn asid sitrik! *wei asid sitrik buleh cacatkan muke kah?? Maklum laa Kimia aku fail :p* agagagaga jgn mareeeee! :p Almaklum laa cikgu gangster skang nih da jadik pemalu... :"> *nampak icon malu tu?*

Sejurus selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan ke Subang pulak. Perjalanan yg disekat oleh traffic jam. Besa laa...Kolumpo! Tade jam x sah. Kalo jem stroberi ke anggur ke sedap laa jugak buleh sapu kat roti! Nih traffic jam! Redha jelah! Seb baik laa Encik Tunang kesayangan Tun sorang pemandu yg penyabar & berhemat! Tetap memandu dgn penuh sabar di kala ujan membasahi bumi kolumpo! Aku dgn Tun? Well, tertido tanpa sedar di seat belakang! gagagagaga. Syok wooo tido sejuk-sejuk dlm kete taim ujan! Seb baik tade dengkuran kecundang! kehkehkeh.

Lpas anta kawan Encik Tunang balik ke Subang, Tun & Encik Tunang beliau menimbulkan idea yg kusangkakan lawak sampai ke petang, rupenya serius ke malam hari! Depa mau anta aku balik ke N9! Adussssssss...tum mere sathi hae! Aku giler mati ingat depa melawak! Skali betol depa anta aku sampai ke Seremban. Tu pun kalo x depa mau anta sampai ke PD! Tp aku bawak jelah depa pi ke Seremban. Lagipun kami suma belom dinner. So, kami pun pi ke restoren abg hensem tempat aku slalu makan tu. Fuhhh seb baik Tun suke tomyam situ! *Lenkali kita mkn lagik yek Tun! ;)* Malam tu, abah aku jemput aku kat restoren abg hensem tu. So, beliau pun join laa kami. Cuma beliau tamo makan skali sbb da makan Double Cheeseburger di McD kat Jusco! So, beliau hanya minum teh tarik. *Cissss...kijam abah makan McD x ajak aku!* Sgt seronot dpt berbual sama Tun & Encik Tunang kesayangan beliau yg x kekok pun berbual sama abah aku. x mcm sesetengah org yg ingat bapak aku tu reraksa gorgon! Kalo burak dgn beliau, mereka akan ditelan idup-idup agaknye! So, Tun & Encik Tunang mmg besh! Sgt sporting! ;)




*Tun yg cun sama cikgu gangster yg comot di restoren abg hensem. agaga :p*

Bile da bertemu tu, akan berlaku laa perpisahan yg x dipinta pulak.. *sob* *sob* (Part sedey). Aku berpelukan dgn Tun, tanda kegumbiraan yg dialami seharian bersama beliau. Mmg sgt happy ketemu sama beliau! Lebiuuuuuu Tun! Nanti kite kuar lagik okeh!! *pelok*

Owh yer, ingin menyelit sikit perkara terkuar tajuk! Aku akhirnye dpt merasa jugak makan Big Apple Donut setelah sekian lama tingin mau makan!! Yahooooooooo..Syukur Alhamduillah!!



* Sedap sampai bikin aku jadik donut addict! agagaga :p*

Monday, December 22, 2008

Bz bz bz

Phew. Bz bz bz. Bz yg amat sampai tade masa mau apdet blog terchenta. Satgi mula membz lagik! agagaagg

Nanti malam baru apdet panjang!

Friday, December 19, 2008

Rendezvous

Sedang mengukir senyuman seindah mentari senja sambil melihat putaran masa di muka jam dinding! Kata ati kecik, "Wahai jam dinding, cpat laa menunjukkan pukul 11.30am!"

Tak sabar betol menunggu esok! ;)

Thursday, December 18, 2008

Aku dan surat.

Dua tiga ari nih aku bz mengemas barang-barang aku. Sgala barang yg aku rasa aku da tamo, aku campak dalam tong sampah jek. Tade kose laa mau semakkan bilik lagik. Kalo buleh aku mau bilik aku sempoi sesempoi-sempoinya. Tade semak, tade barang yg x perlu. Kemas punya kemas, aku jumpe surat-surat lama. Surat zaman aku gajin menulis surat dulu. Dari zaman skola sampai laa aku masuk matriks, punya laa banyak surat aku simpan. Mengalahkan kotak surat kat pos opis! agagagga.

Aku sgt windu mau menulis surat benarnya..Katakan laa aku old fashioned, aku x kisah pun. Sbb, mmg pun aku suke tulis surat. Cuma skang nih aku da tatau mau tulis surat kat sapa jek! Dulu zaman skola ramai penpal. Tp kebanyakannya da lost contact. Cuma ade sorang dua jek still kawan sampai skang. Tu pun tade laa dok berutus surat lagik cam zaman muda mudi dulu. Sms lagik senang. Lebey mudah, lebey pantas. kihkihkih.

Tapi, aku cam sayang laa plak mau campak surat-surat lama tu dalam tong sampah! Banyak surat yg aku suke baca sebenarnya. Maklum laa kengkwn cikgu gangster kebanyakannya kreatif belaka. Membaca isi surat depa mmg buleh bikin pecah usus besar aku! Especially surat-surat from Aida *aku penah mention psl beliau dlm salah satu part Bila Hati Tercuit*. Aida nih aku kenal masa zaman aku giler boyband dulu. Al maklum laa sama-sama giler Backstreet Boys zaman muda belia dulu..So, kami mmg buleh ngam sangat laa cume dok bergado psl AJ dgn Kevin sapa lagik ensem jek. Yer laa, aku ngalah laa..mmg si Kevin tu lagik ensem tp AJ tetap menjadik pojaan hatiku! kehkehkeh. Sampai skang pun, aku still baik dgn Aida. Cuma skang lebey banyak menyembang kat YM jek. And suda pasti laa tade berpok pek pok pek psl Backstreet Boys lagik.. Ape barang layan boyband! x rock laa beb! Jatuh laa martabat gangster ! agagagag :p

*Ini Aida ;)*

And lagik satu, surat dr 'apek sekor' tu pun aku suke baca jugak. Ekceli aku sendrik pun x sangka beliau nih jenis yg gajin tulis surat. Aku ingat beliau giler merempit aje! kuakuakua :p Ekceli beliau laa yg start dulu. Kan masa perjumpaan rasmi kali pertama dgn beliau dpan bilik warden tu beliau ade ckp mau tulis surat sama aku. Aku ingat beliau ckp memain jek last-last mmg betol beliau buat. Start dr tu mmg kami dok berutus surat laa jugak esp. after beliau da masuk UPM. Dan yg paling kiut, dlm surat beliau buleh pulak beliau kaitkan dgn ape yg kami sembang slalu dalam fon! huhuhu.. Contoh-contoh ayat dalam surat beliau yg buat aku tersengih cam kerang wangi...

"Tadi pi umah member. Baiki motor saya yg bunyi macam ada kilang kopi dalam enjin. Abih baju dan seluar kena minyak tp takpe, motor dah berciri-ciri racing."

"Now dah jadi surirumah. Tiap-tiap hari basuh kain. Pendek kata, selagi tak tutup mata, basuh kain la saya.hehe"

"Apa lagi SF cerita? Bohong lah dia cakap tiap-tiap hari saya trim janggut! Kimsalam kat Contessa ya... Rindu lak kat dia. Cakap kat dia abg tak balik makan hari ni abg sibuk kat pejabat. hehehe."

"Saya tau awk tu aje boleh jadi The Rock boleh smack down. Tp The Rock ke sapa ke Bob ke semua manusia lah. Mati jugak dia kalau sampai ajal. Betul tak syg?"

"Saya baik dgn semua org tp kalau diorang tu mengada-ngada sgt saya pun bertukar menjadi sorang manusia yg berani, samseng dan beriman dalam masa 10 minit. Lepas tu saya sound diorang ok tak?"

"Awk baik tp kuat merajuk pulak..tp saya tak kisah. Saya harap awk tak marah saya kata awk kuat merajuk. Nanti kang merajuk lagi.."

"Saya kat sini sihat alhamdulillah. Cuma penyakit rindu kat awk aje. Penyakit lain tak dapat dikesan lagi."

"Awk tu jiwang ngaku jelah. Alah jgn nak berdalih lagi. Aritu saya call rumah awk. Mak awk tanya saya sapa. Saya ckp lah boyfriend Noor. Mak awk ckp dia dah cari jodoh kat awk. Nama dia ***** *ditapis*. Saya kata bagus lah. Dia kan budak USM. Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ada kaitan ngan budak-budak jiwang saja."

"Alah budak junior tu tak hensem sgt saya dah tengok dah. Saya hensem lagi. I'm not jealous tp kenyataan saya ni hensem. hahaha." *nih lpas aku ckp kat beliau ade junior kat KMPP ade iras muek beliau*

"Kucing kat KMPP tak bertanduk lagi ke? Payah gak budak tu nak call la ni. Main message aje." *nih masa aku ckp kat beliau aku akan call beliau kalo kucing bertanduk jek! agagaga :p*


Zaman berutus-utusan surat mmg sweet. Kdg-kdg windu jugak mau berbalas-balas surat dgn kengkawan. Tp penyakit M lebey kuat pengaruhnye! agagaggaga :p

Wednesday, December 17, 2008

Bila Hati Tercuit... (Part XVI)

Year 2003 - UKM...

Mlm tu kami kuar mkn berempat. Mcm besa laa aku, Azie, Eli & Incik R. Tp aku x mkn ape pun. Aku minum air jek. Incik R tanye napa aku tamo mkn mcm x sudi jek beliau blanja. Aku ckp laa aku da kenyang mkn sama Han Chee Tai petang tu. Beliau pun mmg da tau. So beliau cam x ckp ape da laa. Pastu masa balik tu dlm kete beliau senyap jek. Kami slalu tumpang kete Eli kalo kuar berempat. So mlm tu pun naik kete Eli laa. Azie slalu dok depan psl masa tu depa loving couple *skang nih da x* So aku dok laa kat blakang tu dgn Incik R & beliau diam membisu laa plak.

Sejak aritu, Han Chee Tai slalu da laa contact aku. Aku pun x paham benarnya dgn beliau. *Beliau nih mmg mysterious sikit, i tell u!* Sebelom tu kemain senyap lagik. Frust dgn Miss 'Z' tu ke?? Ntah tatau laa aku. x hingin laa pulak aku mau tanya! Sampai laa satu masa, beliau pun ckp psl perasaan beliau kat aku. Aku pun tatau laa ape aku rase sebenarnya. Kalo mau diikutkan, patutnya aku da meloncat-loncat ataupun berlari pusing trek 18 kali akibat kegumbiraan thp melampau kan?? Tp yg berlaku adalah sebaliknya. Aku cam sedey. Aku sedey bersebab & sgt x buleh dimention kat sini sbb hal tu terlalu private & benda tu mmg bikin aku sedey thp wali-wali. Tp siyes, aku mmg syg giler sama beliau masa tu! Cuma aku cam xleh tima beliau masa tu. Serabut beb pala hotak gua!

Sampai satu mlm tu, aku mmg da tatahan thp meroyan da. Giler serabut pala hotak aku! Mmg cam nenek kebayan ilang tongkat sakti! Azie pun tade masa tu so aku cam lost laa..tatau ape mau bikin. Last-last aku call Incik R. Aku ngadu kat beliau yg aku ngah serabut. Beliau teros suh aku tunggu sbb beliau mau dtg taim tu jugak! Masa tu da lpas pukul 10.00pm laa jugak. Patutnye da xleh jumpa-jumpa ape da. Dlm kolej kan. Ade rules. Lagipun Keris Mas ade pak guard jaga. Beliau tu kan laki. So mmg payah laa! Tp aku tatau camna beliau lpas laa plak dtg. Tgk-tgk da tercegat kat luar blok aku! Siap bwk setin Coke lagik! Cam lawak laa pulak siap bwk air! Ingat mau menonton movie ke ape! Yg lagik lawak, aku jumpa dgn beliau betol-betol luar tingkap bilik felo! wakakakakka *gelak burok tersesat* Seb baik laa aku kamcing dgn Kak Syira (felo blok) tu! Kalo x mmg da kena hambat laa kan. Lagipun mmg nampak sgt aku serabut cam nenek kebayan masa tu. Psl tu Kak Syira cam paham kot.

Mlm tu, aku citer sumanya pd Incik R! Aku siap menangis air mata darah lagik tuuuu jgn tatau! Mmg drama air mata betol laa. Erra fazira pun kalah! hahaha. *Wei citer sedey leh plak gelak-gelak!* Incik R ckp kat aku beliau x suke betol tgk aku sedey & beliau hangin sama Han Chee Tai! Aik..ape kes? Skali beliau ckp beliau hangin psl Han Chee Tai asik wat aku sedey jek. Beliau ckp baik aku xyah tima Han Chee Tai sbb nanti aku akan sakit ati lagik. Adusss...nih bukan menolong tp lagik menambah serabut pala hotak gua! huhuk. Aku pulak ckp aku benarnya mmg syg giler babas sama Han Chee Tai masa tu. *font kecik psl malu menaip ayat tu agagag* Mmg thp AKU CINTA PADAMU SEJAK PANDANG PERTAMA (nih versi jiwang karats tahap wali-wali!). Cuma aku xleh tima beliau atas satu sbb *yg aku xleh mention kat sini*. Tp cukup menghancurkan seluruh organ dalaman aku termasuk otak kot sbb tu laa aku cam serabut giler babas taim tu!

So, Incik R kata baik laa x payah tima beliau. Aku terdiam lama jugak berpikir. Tp last-last aku tima jugak...And i was happy until year 2006 walaupun slalu on and off dgn beliau... -To be continued...

Tag dr Zura Lias

7 fakta tentang aku
*yg nih aku da penah mention dlm entry lepas so mau skip! :P*

7 perkara menakutkan aku di dunia
- mati dalam kekufuran *nauzubillah.mintak dijauhkan!*
- kena rompak/bunuh! *nauzubillah*
- hilang org-org yg tersayang
- lipas! *haa tu mau gelakkan aku laa tu :P*
- tak pass exam *siyes beb!*
- tempat tinggi sbb aku gayat! *psl tu aku x suke pi genting atau men rollercoster!*
- org masuk meminang *okeh, yg nih aku tipu :P*

7 lagu buat masa sekarang (kebanyakannya lagu lama psl aku x slalu dgr radio so aku state lagu-lagu yg aku suke dgr laa)
- Don't Cry - GNR
- Dengan Nafasmu - Ungu
- Ada Untukmu - Nubhan *jiwang karats laa pulak :p*
- Cinta Dalam Hati - Ungu
- High Horse Lady - Oasis
- A Man Who Sold The World - Nirvana
- Born In A Burial Gown - COF

7 perkara selalu sebut
- Cuih..
- Bongak ah
- Yer laa sgt
- Ape kes?
- Spoil laa
- Tensen ar gua gini
- Ek ente..

7 perkara yang amat bernilai
- agama
- family
- nyawa
- Si Bulat *tanpa beliau aku x buleh mau tido:P*
- buah hati
- skola *tanpa skola sapa laa cikgu gangster..uicehh :p*
- para sahabat

7 pertama kali dalam hidup aku
- bawak motor. Masa form 2. Skali bwk aku da buleh kona sendrik. Siap bwk laju lagik huhuhuhu.
- duduk asrama. After SPM masuk matriks baru berpisah dgn ayahanda bonda. *sob*
- pakai jean. Aku blajo pakai jean masa form 4. Masa kekecik dulu aku ingat org pakai suar jean suma org jahat! Kekecik dulu aku panggil suar jean tu 'suar org jahat'!agagagag. :p
- pakai tudung. Aku pakai tudung start ujung form 2.Terbukak ati secara tibe-tibe. Sebelom tu aku siap men netball kat skola pakai shorts lagik jgn tatau. kuikuikui :p
- menggangster. Classmate aku, Lina Aran yg ajar mengganas! agagaga. Masa form 3 dulu, kitorang siap ade geng D'Mafia lagik. Lina as Chief Mafia. Siap lukis gambo tengkorak atas tangan lagik tu. huhuhuhu insap..insap :p
- menjiwang karats. Erm. Nih Han Chee Tai yg ajar. Da cukup. xleh ckp lelebey! agagagag *Maluuuuuuuuu*
- makan ikan keli. Aku laa pemecah tradisi ahli keluarga. Depa suma x mkn ikan keli. Aku start mkn masa matriks sbb tgk Kembar mkn cam besh jek. :D

7 orang bertuah menjawab tag ini
- Liquid
- Saihin
- dik Lily
- Kak Tinie
- Hans
- Cikgu BH
- chime

Tuesday, December 16, 2008

That was then, this is now.

Dulu aku tido atas katil lama ibunda. Katil zaman ibunda berkahwin dgn ayahanda terchenta dulu. Tp skang aku da ade katil baru. Dan katil lama tersebut suda kasik pecah & selamat dibuang di tempat pelupusan sampah. ngeh ngeh :P

Dulu zaman skolah, aku men PS2 kat cyber cafe jek. Free psl akak yg jaga cc tu kawan aku. Slalu lawan men WWF Smackdown. Aku slalu pilih Chyna walaupun aku giler The Rock. :P Tp skang aku da x payah men PS2 kat cyber cafe da. Sbb aku da beli PS2 drp Dir. Dir kirim dr JB. Tadik baru jek sampai diantar oleh Abg Posto Pos Laju di dpan umah! *Tq adik kusyg! ;)*

*From Mohd Fadhir? Siapakah itu?? Dir laa dey! eheheh :P*

*Suda menjadik milikku walaupun lom bayar lagik kat Dir! agagaggagag :P*



Dulu dok ade kisah sama Han Chee Tai & Incik R. Tp tu suma da jadik hal masa lampau yg bikin ati tercuit. Tp skang da remaja bangka pun still jugak ade kisah sama depa! agagagga :p *Tp da tade kisah lovey-dovey lagik laa..nehi kabhi nehi*

Al kisahnya, tadik si apek tu sms. Pastu Incik R pulak sms. *What a coincidence, eh?* Incik R sama aku mmg still contact sampai skang. Cuma tade laa sekerap zaman mude remaja dulu kan. Lagipun kami sama-sama cikgu. Beliau cikgu Math cam aku jugak cuma beliau mengajar di utara tanah air. Al kisahnya *brapa byk alkisah laa dey??*, Eli *yup, Eli dlm Bila Hati Tercuit itu!* jemput kami ke wedding beliau 27 Disember nih kat KL! Err bukan dgn Azie laa. Dgn org len. heheh. So, si Incik R nih ajak aku pi ke majlis Eli. Katanya mau jumpe gak aku psl lama x jumpe! Uiceh...ape mau bikin yek? Aku benarnye segan mau jumpe beliau sbb da 2 tahun x jumpe. huhuk. Pastu aku sendrik tatau leh pi ke x ke majlis Eli tu. Adey..kdg-kdg rase cam lawak laa pulak. Aku dok citer psl depa dlm 'Bila Hati Tercuit', tetibe pulak depa bertiga nih sms! wakakakakakak *mmg burok betol gelak nih!* Mcm tau-tau jek aku dok ngumpat depa. :p Tp watpe mau malu da kan? That was then. This is now. Sumanya da x sama da lagipun. Betol x? :p







Sunday, December 14, 2008

Bila Hati Tercuit... (Part XV)

Year 2003 - UKM...

Benarnya masa Sem 3 tu aku pasan Incik R da agak len jugak dgn aku. Aku pasan sbb tetibe jek beliau da x aku-kau lagik dgn aku. Memule aku mmg ber'aku-kau' jek dgn beliau. Tade kose laa mau bersaya awk kan. Tetibe jek start Sem 3 tu beliau dok ber'saya-awk' dgn aku. Aku tego laa ckp ape psl tetibe jek ber'saya-awk' nih. Beliau ckp saje jek. Pastu aku cam janggal laa so aku pun ber'i-you'. wakakakak lagik mengada bunyiknya yek? Tp x kisah laa sbb beliau pun okeh jek. So ber'i-you' jek laa. Pastu beliau gajin laa plak call aku slalu padahal ari-ari jek jumpe. Aku cam da rase pelik laa jugak kan. Eli plak x abis-abis dok tanye aku x suke ke sama si Incik R nih. Pastu suh aku lupakan jek Han Chee Tai tu. Azie pun sama. Uih...ingat senang kah??

Ade satu ari tu..masa kami kat lirary, Incik R tanye...

"Ween, u anggap i nih camna yek?"

"Kwn baik laa. Napa?"

"Owh ye ke...Bukan boyfren?"

Errrkk! Seb baik aku x tercekik pensel taim tu! Da laa kat library!

"Isk tade laa. Kita kan kwn baik.."

"Napa.. i xleh jadi boyfren u eh? Yelah, i kan x hensem mcm Han Chee Tai kan."

Alahai... napa org laki musti akan pikir pompuan x suke sama depa sbb depa x hensem?? Hensem tu bonus jek laa. x hensem pun kdg-kdg pompuan akan suke jugak jgn tatau! Bukan sume pompuan mau yg hensem jek kan. Diri sendrik pun belom tentu cun! Betol x? So, rupe paras bukan laa segala-galanye. Chewahhh berfalsampah plak aku. heheh.

"Bukan psl tu laa R. Ati i x terbukak lagik laa tuk org len. U pun fhm kan i mcm mana."

"I fhm. xpe laa ween. Asalkan u sudi kwn dgn i."


Mcm aku ckp, aku nih mmg jenis yg terlampau berteros terang masa tu! Seb baik laa Incik R nih okeh kan. Aku x sangka pulak beliau leh suke sama aku sbb masa first year ade dgr-dgr jugak beliau suke kat sorang awek Statistik nih. Lawa putih melepak. Tp tatau laa ape jadik kan. Incik R bukannya x hensem. Sweet jugak. Tp yg menjadik masalah problemnye iailah HATI kan. Kalo HATI xleh tima mmg payah laa. So, aku dgn beliau stay laa jadik kwn rapat jek. Incik R nih baik tau. Slalu aku balik umah ujung minggu, Froggy aku beliau yg jaga. Bile aku balik smula ke kampus, aku tgk minyak Froggy penuh & bersih sgt tubuh badan scooter ijau aku tu. Mmg beliau kwn yg baik kan? :)

Ade satu ari tu pulak, tibe-tibe jek...

"Assalamualaikum.. Hai."

Erkkk! Teros aku terkejut giler kerbau ekor pendek!! Beliau call aku! Han Chee Tai! Huwaaa giler happy aku masa tu! Da laa pagi-pagi buta! Seb baik aku x menjerit sambil melompat-lompat atas katil! Kalo x lama da Azie baling aku ngan bantal! hahaha

"Waalaikumussalam. Eh awk! Ape kbr??" berbulan jugak laa beliau menyepi mana aku x terkejut!

"Awk ingat lagi kat suara org ye.."

"Eh mesti laa ingat. Mana boleh x ingat."

"Awk sihat? Org ingat nak ke UKM jap ptg ni jumpa awk. Lama x jumpa awk."

"Ptg ni? Boleh. Nak jumpa kat mana?" waaa aku rase muke aku musti ngah tersengih-sengih cam kerang wangi masa tu. hahaha

"Tempat biasa. Dectar. Org dah sampai nanti org call k?"

"K. Nanti call."

Lpas letak fon teros aku jerit-jerit cam org kena sawan kejut Azie bangun! Giler terkejut Azie aku wat gitu! wakkakakaka *gelak burok muncul lagik*

So petang tu aku jumpe beliau. Aku tgk badan beliau cam da susut skit. Tp hensem tu maintain jugak. hehe. Baru jek burak jap luar Dectar tu tetibe nampak Abg F**** lalu! Tiap kali Han Chee Tai dtg UKM jumpe aku jek musti muncul Abg F**** dgn awek beliau! huhuh pelik beb! Abg F**** da senyum-senyum da tgk aku. Malu-malu arnab laa i kan! :p Han Chee Tai pun senyum jek. Pastu aku kuar mkn sama beliau kat kedai mkn kat Shell Fasa 1 tu. Oleh sbb beliau dtg bwk motor, so aku pun bwk Froggy *scooter aku* laa kuar dgn beliau. Namanye aku mau naik motor dgn beliau toksah laa harap! Aku mmg x akan punye! Beliau ade jugak tanye napa x penahnye aku mau naik motor dgn beliau. Aku ckp aku x hingin! Aku naik motor dgn bapak aku jek. Dgn org laki len kimsalam laa! Nehi kabhi nehi! Pastu beliau ckp aku takut beliau main brek ke? Ceehhhhhhh..pertanyaan yg sungguh melambangkan sifat x malu! huhuk.

Nak dijadikan citer, masa aku ngah mkn dgn Han Chee Tai tu... tetibe plak Incik R sms! Ajak aku kuar mkn mlm tu sbb beliau mau blanja. Giler laa..masa tu da pukul 5.00pm xkan mlm pun mau kuar mkn jugak lagik! Tp yg lawak, Han Chee Tai leh tego plak aku dok sms dgn sapa. "Jeles ke?" ati kecik aku laa tanye. :p Aku ckp laa kwn. Beliau pun tanye laki ke pompuan. wahahaha. Pastu beliau ckp, "Dah laa tu. Mkn laa. x payah laa ber'sms' masa mkn." Uiceh..pelik laa pulak kan. Aku diam jek laa. Aku suke tgk beliau mkn sebenarnya. Aku ingat lagik masa tu beliau mkn nasik dgn lauk peberet beliau - ayam goreng kunyit. Air pulak suda tentu laa MILO *walaupun sempat jugak beliau komplen air MILO yg beliau bancuh lebey sedap drp yg dibancuh oleh pekerja kedai tu* Sama mcm aku jugak laa penggemar MILO sejati! Besa laa MILO kan mmg besh! Bile aku tgk beliau mkn tu, aku pulak jadik kenyang. Padahal aku mkn pun x abis masa tu. Siap kena marah lagik dgn beliau. Katanye aku membazir! :p

Aku pun ckp laa dgn Incik R aku tgh mkn dgn Han Chee Tai. Incik R cam majuk laa plak.Tp beliau still gak harap aku sudi kuar mkn mlm tu. Aku ckp aku okeh jek kalo Azie & Eli pun pi skali. So mlm tu aku pun kuar laa dgn depa.. -To be continued..