komputer dalam pendidikan GGE1155 merupakan satu subjek yang mendedahkan para pelajar pendidikan tentang penggunaan ict dalam proses P&P dan bagi meningkatkan lagi kberkesanannya. kelas ini bermula pada hari isnin pukul 2 petang sehingga 4 petang di makmal komputer 3. pada hari pertama kelas ini kami berkenalan dengan pensyarah bagi subjek ini iaitu En Mohd Yussuf. seterusnya kami dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada dua orang bagi setiap kumpulan. setipa kumpulan diberikan tugasan pembentangan. pembentangan ini akan diadakan pada minggu ke 3
REFLEKSI MINGGU 2
pada minggu ini kami diperkenalkan tentang kursus ini dengan lebih mendalam lagi dan tujuan kursus ini diadakan. kemudian kami didedahakn tentang penggunaan laman web sosial seperti facebook dan emel. kai diajar untuk menggunakan facebook group, yahoo group dan spin discussion untuk berforum tentang perkara ilmiah. saya dapat berkongsi ilmu dengan pelajar dari kelas lain tentang pelbagai perkara.
REFLEKSI MINGGU 3
pada minggu ini setiap kumpulan yang terdiri daripada 2 orang ahli dikehendaki membentang tajuk yang telah diberikan. tajuk-tajuk yang diberikan untuk dibentang adalah berkenaan dengan isu-isu berkaitan ict seperti plagiat dan etika berinternet. saya telah berpasangan bersama malissa untuk membentangkan tajuk etika berinternet
REFLEKSI MINGGU 4
Terdapat pelbagai jenis enjin pencarian yang popular seperti yahoo dan google. pada kelas kali ini saya berpeluang untuk mengetahui enjin pencarian yang terbaru iaitu metaku. yahoo dan google digunakan untuk mencari apa-apa jenis maklumat seperti peta, gambar, video dan maklumat bertulis
contoh enjin carian yahoo
contoh enjin carian google
REFLEKSI MINGGU 5 DAN 6
open office adalah satu perisian percuma yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti microsoft. ia mempunyai kemudahan untuk memproses perkataan dan membuat slides untuk perbentangan. pada kelas bagi minggu ke 5 dan 6 saya didedahkan tentang penggunaan open office. pada minggu ke 6 kami dikehendaki menyiapkan buku program dan risalah menggunakan bookfold dan publisher.
REFLEKSI MINGGU 7,8,9
minggu ini antara minggu yang paling menarik bagi saya kerana saya dapat belajar tentang cara untuk menggunakan window movie maker. kemahiran yang saya pelajari semasa kelas ini saya gunakan semasa pembentangan bagi mata pelajaran hubungan etnik. hasil daripada kemahiran tentang penggunaan window movie maker saya memperoleh markah yang baik bagi pembentangan subjek hubungan etnik alhamdulilah… saya juga berpeluang untuk meneroka open office impress yang mempunyai fungsi yang sama seperti microsoft power point.
REFLEKSI MINGGU 10 DAN 11
pada minggu ini saya berpeluang untuk mempelajari tentang penggunaan microsoft access. microsoft access ialah satu program data hubungan yang berkuasa yang dapat membantu membina dan menguruskan pangkalan data yang kompleks. sebagai tugasan untuk hari itu saya terpaksa menyiapkan 2 jadual berdasarkan data yang telah diberikan oleh En. Mohd Yussuf.
REFLEKSI MINGGU 12
kelas pada minggu ini agak mencabar bagi saya kerana pada kali ini saya belajar menggunakan microsoft excel. kami perlu menggunakan excel untuk memasukkan data tentang markah pelajar dan membuat kiraan bagi mendapatkan jumlah markah yang diperoleh mereka. berdasarkan kiraan markah yang telah dibuat menggunakan perisian ini kami perlu membina graf bagi menunjukkan perbezaan markah subjek-subjek tertentu. walaupun saya jarang menggunakan excel namun saya yakin bahawa kemahiran ini sangat diperlukan selepas saya bergelar sebagai seorang guru. pada akhir kelas ini saya diberikan tugasan untuk menyediakan perbelanjaan peribadi menggunakan open source iaitu menggunakan pen office calc
REFLEKSI MINGGU 13 DAN 14
Minggu ini merupakan antara minggu terakhir kami menghadiri kuliah sebelum menduduki peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 25 November 2010. pada minggu ke 13 kami dapat mempelajari perisian penyelidikan pendidikan SPSS. perisian ini digunakan untuk tujuan tertentu seperti menganalisis borang soal selidik. bagi saya perisian ini agak sukar untuk saya faham namun setelah diterangkan dengan panjang lebar dan secara teliti saya mula memahami cara penggunaannya. pada minggu ke 14 kami dikehendaki menghantar semua tugasan yang telah diberikan sepanjang kelas ini berlangsung. kami dikehendaki menghantar tugasan dalam hard copy dan e-portfolio. kelas ini banyak mengajar saya pelbagai perkara baru tentang ICT. saya harap saya dapat mempraktikannya semasa saya menjadi guru nanti…..
