Archive for the ‘info’ Category
Undangan Walimatul Urus
Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami mempersilakan para jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan kami,
Ahmad Kamel Basir @ Basri ♥ Aina Fazlina Mistiran
Jemputan Pihak Perempuan
Pada hari Sabtu, 26 Mei 2012
bersamaan 5 Rejab 1433H
bertempat di:
No. 351 Jalan E5,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Kad Jemputan:
http://img515.imageshack.us/img515/2791/cardfront1hs.jpg
Peta Lokasi:
http://img201.imageshack.us/img201/1835/cardback1.jpg
Jemputan Pihak Lelaki
Di pihak lelaki, turut bersama-sama melangsungkan perkahwinan ialah kakak saya,
Junaidah binti Basir @ Basri ♥ Zelkeppeli (Zul) bin Yusoh
Pada hari Sabtu, 2 Jun 2012
bersamaan 12 Rejab 1433H
bertempat di:
Kampung Parit Khalil,
86100 Ayer Hitam,
Batu Pahat, Johor.
Kad Jemputan:
http://img39.imageshack.us/img39/8132/kadbelahlelakifronths.jpg
Peta Lokasi:
http://img824.imageshack.us/img824/3884/kadbelahlelakiback.jpg
Semoga dengan kehadiran para jemputan, majlis tersebut akan lebih diberkati Allah S.W.T.
Isu #19: Hakim Yang Masuk Neraka
Lagi berkaitan isu semasa (^-^)…
________________________________
Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
SOALAN:
Umum tertanya-tanya mengenai kedudukan golongan ‘hakim’ khususnya di Malaysia, ramai daripada kalangan mereka sama ada secara sedar ataupun tidak terlibat dalam menjatuhkan hukuman kepada orang tidak bersalah dan membebaskan golongan yang bersalah.
Dalam isu Altantuya sebagai contoh, majoriti rakyat Malaysia percaya kes tersebut ada hubungan dengan orang yang berprofil tinggi, namun ia hamper kepada penutupan kes, sedangkan ramai orang yang tidak bersalah yang belum disabitkan di mahkamah, tetapi disumbatkan dalam tahanan seperti ISA selama beberapa tahun mengikut kehendak pihak tertentu.
Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang menegaskan bahawa antara tiga hakim yang menjalankan tugas masing-masing, dua daripada mereka akan masuk neraka dan seorang sahaja yang akan masuk syurga. Persoalannya, adakah hadis ini benar? Jika benar, mohon dijelaskan supaya ia dapat membuka mata banyak pihak terutama golongan pemerintah yang semakin jauh dari Islam.
JAWAPAN:
Hakim mempunyai peranan dan martabat yang sangat penting dalam masyarakat. Keadilan banyak bergantung kepada ketelusan, integriti dan kesaksamaan mereka dalam proses penghakiman dan kejituan mereka ketika menjatuhkan hukuman. Keadilan juga bergantung kepada darjat kesaksamaan sesuatu pola undang-undang yang digunapakai atau dikuatkuasakan. Semakin tinggi kebijaksanaan perumus sesuatu pola perundangan, semakin tinggi merit dan nilai keadilan yang dapat dinikmati oleh khalayak rakyat dan orang ramai.
Meskipun manusia dengan segala kebijaksanaan dan kepakaran mereka bersama boleh menampilkan suatu kebijaksanaan menghasilkan pola perundangan yang baik, namun Allah S.W.T sebagai Tuhan yang mencipta manusia jauh lebih bijaksana dan jauh lebih adil berbanding manusia; walau betapa bijak dan pakar mereka sekalipun. Sebab itu Allah S.W.T menegaskan dalam firmanNya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya.”
An-Nisa’: 40
Selepas 2 Hari
< Diberikan oleh seorang senior, untuk disampaikan kepada pembaca: >
Assalamualaikum.
Hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari‘Arafah, sabdanya bermaksud: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya.”
(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Tirmizi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Puasa pada hari ‘Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.”
(Diriwayat oleh Muslim)
Itu sahaja. 🙂
Wassalam.
< Saya dijangka ke kebun sawit Sabtu ini. Puasa + Menyawit >
Isu #39: Orang Islam Terlibat Dengan Kegiatan Jenayah
Entri ini mempunyai isu berpadanan kepada entri sebelumnya.
_____________
Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
SOALAN:
Mengapa orang Islam di zaman ini boleh terlibat dalam jenayah besar seperti membunuh, berjudi, minum arak, memfitnah dan banyak lagi?
JAWAPAN:
Manusia tanpa tarbiyyah atau didikan agama dan pendidikan umum yang baik akan berkembang sebagai suatu spesis atau mekanisme yang tidak berperikemanusiaan. Dia akan digerakkan oleh naluri, syahwat, rasa lapar, perasaan marah dan berbagai-bagai lagi pembawaan yang liar semata-mata. Manusia yang tidak menurut pendidikan ketuhanan akan membesar sebagai binatang berkaki dua tanpa kebijaksanaan, tanpa rasa malu dan takut kepasa Allah S.W.T.
Hal ini akan semakin serius apabila orang berkenaan menjadi orang besar yang berkuasa dan memiliki kekayaan sebesar kekayaan negara. Dengan kuasa dan harta yang banyak di samping syahwat yang berkobar-kobar, dia berkemungkinan besar melakukan kerosakan & kezaliman yang lebih besar dalam masyarakat. Kejahatan dirinya boleh dipalitkan kepada orang bawahan atau orang lain yang boleh menjadi kambing hitamnya. Bahkan dia sendiri mungkin tidak malu melakukan perbuatan maksiat dan kezaliman secara langsung tanpa rasa segan dan silu. Kejahatan akan menelurkan kejahatan berganda seterusnya. Akhirnya merebaklah kejahatan tersebut yang akhirnya memusnahkan sendi dah kerukunan masyarakat sekitarnya.
Isu #33: Masalah Masyarakat Yang Tidak Terdidik Dengan Islam
Assalamualaikum… Entri nombor #33 ini ialah atas pilihan sahabat, Akashah Mohd Suri. Walau apa pun, fahami kehendak soalan yang dikeutarakan dan input penting dalam jawapan yang diberikan.
____________
Sumber buku: Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
SOALAN:
Saya seorang ahli jemaah masjid dan surau berdekatan dengan rumah saya, saya juga adalah seorang yang amat ambil berat, prihatin serta peka terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat, khususnya yang melinatkan persoalan agama.
Kadang-kadang isu yang berlaku itu apabila dilihat dari sudut agama, ia benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam, sebagai contoh baru-baru ini terdapat seorang artis wanita Melayu yang sanggup berkorban dengan membotakkan kepalanya demi menghidupkan serta menghayati watak dalam filem yang dilakonkannnya. Ada juga seorang artis wanita Melayu yang diundang ke majlis yang dianjurkan oleh sebuah syarikat arak untuk bernyanyi dalam satu pesta yang dinamakan ‘Guinness Black Party Series’ yang telah diadakan pada 16 Jun 2007 di Arena of Stars, Genting Highland seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun pertengahan Jun lalu (2007).
Tidak kurang juga ada seorang artis lelaki Melayu popular apabila ditanya wartawan TV3 pendapatnya mengenai penganjuran Jom Heboh di Danga Bay pada 9 dan 10 Jun lalu (2007), di mana dia mengatakan, kita perlu melihat dari sudut positif penganjuran konsert Jom Heboh, sedangkan dalam laporan Harian Metro pada Januari 2006 sehari selepas penganjuran konsert tersebut, para pegawai RELA, Jabatan Agama Islam Johor dan Dewan Bandaraya Johor Bahru telah menangkap 70 pasangan termasuk di bawah umur, mereka ditahan dan ibu bapa mereka dipanggil untuk diberikan penjelasan dan memberikan penjelasan mengapa anak mereka ditahan.
Apakah umat Islam sudah lupa laporan tersebut? Tidakkah Mufti Besar Perak, Dato’ Dr. Hj. Harussani Zakaria dengan lantang menyatakan bahawa Jom Heboh atau apa nama pun ia hukumnya tetap haram, nampaknya CEO TV3 cukup berminat menganjurkannya, ia bermaksud dia menyuburkan maksiat, tambahan pula ia diluluskan oleh para pemimpin kerajaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional.
Persoalannya di sini, mengapa aktiviti maksiat terus berkembang tanpa sekatan, adakah ia suatu strategi BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-12, atau BN memang parti maksiat, ataukah manusia sudah tidak kisah lagi dengan agama mereka?
JAWAPAN:
Sebab paling utama mengapa maksiat terus berkembang adalah kerana umat semakin meminggirkan diri daripada tuntutan agama. Apabila faham kebendaan menguasai pemikiran rakyat kerana disogok saban hari dengan rangsangan hidup serba kebendaan demi mencari sebanyak mungin keseronokan, kelazatan, kekayaan dan kekuasaan oleh media massa dan kecenderungan pihak berkuasa maka rakyat semakin tenggelam dalam menyahut panggilan nafsu dan sifat tamak harta dan kuasa.
Bakal Saya…
Assalamualaikum….
Sedang klik-klik membelek fail-fail dalam komputer & bahan bacaan bercetak… ohh?! Lama dah rupanya tak sambung kongsi ilmu dalam buku Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin.
Bakal saya sambung lagi selepas ini… isu seterusnya ialah??
Dari #1 sampai #50, anda nak nombor berapa?
Comments (4)







