Erm..buat sesape yang tidak tahu ape itu Crisspypoppy, Crisspypoppy adalah nama saintifik bagi sejenis makanan yang biasanye masyarakat Malaysia gelar sebagai “Popia Goreng Mini” (ke apetah name betul die…tak pasti lak..huhu). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crisspypoppy, silalah meng”Google”…nescaya anda tidak akan berjumpa apa2 maklumat….hahaha…..sebenarnye Crisspypoppy, adalah popia goreng yang telah di”jenama”kan semula oleh kakak penulis yek….jenamakan pada nama sahaja dan bukan pada rasa yek…jadi tidak perlu risau…:p

-Inti adalah dibuat sendiri oleh kaum kerabat terdekat. Dipercayai terdapat 2 sumber iaitu daripada Melaka dan Terengganu. Untuk maklumat lebih lanjut sila bertanya kepada kakak penulis atau name glamour beliau sekarang semenjak mencebur bidang business ni “Miss Han”…..haha….tapi kepada jejaka2 di luar, Miss Han adalah “Puan” yek..Miss digunakan hanyalah untuk tujuan promosi….jadi tidaklah perlu untuk “mencuba” nasib anda…. :p

-Disebelah serunding tersebut adalah bahan yang amat penting sekali dalam proses pembuatan Crisspypoppy … Sebagai alat untuk aroma terapi supaya tidak mengalami stress ketika proses menggulung yang amat menguji kesabaran hingga ke tahap maksima……..(ditokok tambah untuk menyedapkan cerita)…:p

-serunding diceduk dengan kadar yang mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh persatuan2 Crisspypoppy sedunia. Ini adalah untuk mengekalkan kualiti Crisspypoppy dan “Miss Han” adalah amat tegas didalam hal ini ketika kami dipaksa menolong beliau menggulung Crisspypoppy …(lagi tokok tambah oleh penulis…haha)

-serunding yang telah disusun bersama-sama dengan tepung pembalut (betul ke, penulis pun tidak pasti apakah nama saintifik bagi tepung pembalut Crisspypoppy .. :p)

– Crisspypoppy yang telah siap digulung.

-Seterusnya Crisspypoppy akan disimpan didalam tupperware dan disimpan di dalam peti ais sebelum digoreng. Tujuan kenapa diletakkan didalam peti ais? Sebab takde sape nak goreng lagi…haha… jadi gambar2 Crisspypoppy terhenti setakat ini sahaja yek pembaca2 budiman sekalian. huhu…
Walaubagaimanapun untuk mengetahui dengan lebih lanjut… Silalah ke link2 yang disediakan di bawah yek.. Selamat memcuba membeli… 😀
1. Miss Han’s Blog
2. Pengalaman sebenar Cik Salfiza selaku penggemar dan peminat nombor satu Crisspypoppy
Erm..yang ini still untuk promosi tapi bukan untuk crisspypoppy yek. Kali ini ialah Cuppycakes. Untuk maklumat lanjut silalah kesini.

