KUALA LUMPUR – Mempelajari sains sambil dapat mengaplikasikannya merupakan satu pengalaman yang menarik bagi ahli Kelab Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA (NAZIM). Kanak-kanak sekitar Daerah Hulu Langat (DHL) seramai 41 orang telah berkesempatan melawat Pusat Sains Negara (PSN) pada akhir cuti sekolah baru-baru ini. Lima pengiring ditugaskan menjaga dan mengawal aktiviti peserta. Sebuah bas khas telah disewa untuk membawa peserta ke sana dan bertolak pada pukul 9 pagi. Peserta dibekalkan sandwich sebagai sarapan. Setelah tiba, peserta berkumpul untuk mendengar sedikit penerangan dan nasihat dari ketua lawatan kemudian bergambar untuk kenangan. Sekali lagi penerangan diberikan oleh petugas PSN. Peserta berpeluang menjelajah pelbagai jenis pameran di ruang legar dan setiap bilik bangunan tersebut.
Archive for Jun 2009
NAZIM di Pusat Sains
Posted in Kelab Remaja ISMA, NAZIM (Aulad), tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Kelab Asybal wa Zahrawat, Kelab Remaja ISMA on 27 Jun 2009| Leave a Comment »
Kerajaan Perpaduan
Posted in Siyasah, tagged Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Ustaz Annuar Salleh on 23 Jun 2009| Leave a Comment »
Saya tidak tahu apakah maksud kerajaan perpaduan yang ingin dicadangkan oleh pimpinan PAS dan UMNO dalam corak pemerintahan masadepan Malaysia. Apa yang dapat difahami melalui komentar pimpinan PAS wujud dua arus berbeza antara yang tidak setuju dengan idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh President PAS dan antara yang setuju.
Perbezaan ini mungkin disebabkan pengalaman berinteraksi dengan UMNO, sikap kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri khususnya Kelantan dan Kedah.
Beberapa minggu lalu saya berkesempatan duduk dalam satu majlis makan malam anjuran Surau An Nur Bandar Baru Bangi untuk mengutip derma bagi satu kawasan parlimen PAS di Kelantan. Dalam ucapan aluan Dr Haron Din, ahli Parlimen kawasan tersebut dan Ustaz Nik Abdul Aziz ternyata betapa beratnya perasaan yang dipikul oleh mereka akibat sikap kerajaan Persekutuan yang disebut sebai menganaktirikan rakyat dibawah pemerintahan PAS walaupun ahli-ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan ratusan ribu ringgit.
Ustaz Fathi Yakan Meninggal Dunia
Posted in Dunia Islam on 13 Jun 2009| 7 Comments »

Ustaz Fathi Yakan
Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan
meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.
Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara
merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di
dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.
Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari
gerakan Islam di dunia Arab.
Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut
Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis
Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa
asing lainnya.
Jurutera Di Jalan Dakwah
Posted in Belia, tagged Belia, Fikrah Islamiyah, Hulu Langat, Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat on 13 Jun 2009| 2 Comments »
Bandar Baru Bangi, 6 Julai – Satu program yang diberi nama “Jurutera Di Jalan Dakwah” telah berlangsung di Pejabat ISMA Bandar Baru Bangi dengan kehadiran hampir 30 orang peserta, termasuk jurutera-jurutera dari kalangan ahli ISMA Hulu Langat, mahasiswa-mahasiswa jurusan kejuruteraan dari IPT-IPT sekitar Hulu Langat, Sepang dan Banting serta beberapa pelajar sekolah. Program ini adalah satu bentuk perkongsian pengalaman dari kalangan jurutera-jurutera ISMA Hulu Langat untuk memberi pendedahan kepada para jurutera, mahasiswa & para pelajar tentang alam kerjaya sebagai jurutera yang turut bergiat dalam aktiviti dakwah Islam. (selanjutnya…)
Perlunya Mempopularkan Dakwah
Posted in Ahli, Ikatan Muslimin Malaysia, tagged Fikrah Islamiyah, Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Ustaz Annuar Salleh on 5 Jun 2009| 2 Comments »

"Zionis dengan sengaja mempromosikan idola-idola mereka khususnya idola-idola yang merosakkan iman manusia, supaya menjadi ikutan masyarakat manusia." - Ustaz Annuar Salleh, YDP ISMA DHL
Pengaruh seseorang duah (pendakwah) atau organisasi dakwah memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada masyarakat untuk diikut sebagai qudwah (contoh ikutan).
Setelah pentarbiyahan dilakukan secukup-cukupnya dalam bab-bab ikhlas, kerja-kerja mempromosikan dakwah serta pimpinannya adalah perlu di marhalah infitah ini. Namun sekiranya para da’ie tidak keluar dan mendengar pujian orang, mereka tidak akan tahu menilai diri masing-masing sama ada diri sendiri ikhlas atau tidak. Apabila kita dipuji, ketika itulah kita dapat menyedari dan mengukur tahap keikhlasan kita.
Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) di Pejabat Baru ISMA DHL
Posted in Belia, Ikatan Muslimin Malaysia, tagged Belia, Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Hulu Langat, Kelab Remaja ISMA DHL on 3 Jun 2009| 2 Comments »
MABIT telah berjalan dengan lancar pada malam 30 Mei 2009 bertempat di Pejabat ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL). Program MABIT ini merupakan program besar pertama yang dianjur di pejabat baru ISMA DHL yang baru sahaja dilengkapkan dengan peralatan dan perabut, terutama di dewan seminar. MABIT dihadiri belia-belia serta remaja-remaja dari sekitar daerah Hulu Langat.







