Bermula 30 April 2014, laman AIDC, anwaraidc.com, akan membawa tema ‘Revolusi Pemikiran Rakyat’ sebagai penerus perjuangan daripada mula-mula laman ini dibina pada April 2008.
Terima kasih atas sokongan anda
Bermula 30 April 2014, laman AIDC, anwaraidc.com, akan membawa tema ‘Revolusi Pemikiran Rakyat’ sebagai penerus perjuangan daripada mula-mula laman ini dibina pada April 2008.
Terima kasih atas sokongan anda
Filed under Cetusan AIDC
Saya masih ingat ketika ‘diinterbiu’ Ezam Mohd Nor kali kedua di Damansara, bekas orang kanan Anwar banyak meneroka pengetahuan saya tentang kes-kes terdahulu khususnya sebelum dan selepas zaman reformasi, 1998/1999.
Ezam interbiu saya secara empat mata, tanpa direkod sebelum saya dapat interbiu beliau pada tarikh dan tempat lain secara rakaman untuk siaran umum di laman ini.
“Kalau tanya saya..”kata Ezam, “saudara balik, cari semula buku 50 Dalil, baca satu-satu..kalau boleh bermula dari situ,” tambahnya lagi.
Buku 50 Dalil itu merujuk kepada sebuah buku bertajuk “50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM,” tulisan Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, penerbit Media Pulau Lagenda yang tersebar meluas di Perhimpunan Agung UMNO pada 18 Julai 1998. Continue reading
Filed under Cetusan AIDC
AIDC bermula sekitar April 2008, selepas Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) dengan tema ‘Reformasi Pemikiran Rakyat’ apabila melihat faktor Anwar sebagai Faktor X dalam PRU tersebut. Continue reading
Filed under Cetusan AIDC
Mulai hari ini, laman AIDC, anwaraidc.com beroperasi seperti biasa, meskipun webmaster sedang menjalankan proses kemas kini laman yang telah disekat kira-kira lima hari lepas.
Semasa proses sekatan, laman AIDC tidak boleh diakses oleh pelawat yang menggunakan khidmat TM.net, namun bagi pelawat yang menggunakan khidmat jaring atau aplikasi lain tidak terjejas.
Terima kasih kepada semua pengunjung 2aidc.blogspot.com yang turut memberi sokongan, sambutan sangat hangat meskipun hanya 2 hari beroperasi.
Jika kena sekat lagi, kami akan kembali ke 2aidc.blogspot.com atau blog-blog lain yang bakal diumumkan oleh AIDC di laman mindaaidc.wordpress.com.
Terus bersama kami dalam memperjuangkan matlamat yang satu.
AIDC
2.14 petang
Filed under Cetusan AIDC
AIDCNews – 25/04/13 – Laman AIDC (anwaraidc.com) telah disekat untuk dilayari oleh rakyat Malaysia sejak dua hari lepas dan proses membaikpulih sedang dilakukan segera.
Turut disekat adalah .umno-online.my dan papagomo.com
Sebagai gantinya, AIDC beroperasi di laman sementara, http://2aidc.blogspot.com/
Mohon maaf kepada semua pengunjung setia di atas segala kesulitan.
AIDC
10.58 pagi
Filed under Cetusan AIDC
“Satu berita yang tak mengembirakan, AIDC kena ceroboh sekejab tadi, “lapor webmaster kepada saya jam 10 malam, 10 Mac.
“Tapi saya sempat back up semua, ambil masa dua tiga hari untuk up balik,” katanya lagi.
“Sempat back up posting terakhir saya bertajuk, ‘Lebih 2 Kali Anwar Dikesan Bersemuka & Berbual Dengan Misuari, ?” soal saya.
Filed under Cetusan AIDC
Bermula pada 22 November 2010, blog AIDC (anwaraidc.com) akan memasuki fasa ke-III dalam pendedahan tokoh yang penah diramalkan oleh Shani Ross, wartawan Yahudi dari The Jerusalem Post (akhbar Israel) sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
Adakah ramalan wartawan The Jerusalem Post itu benar ? Wallahualam bi shawab. Namun, kami di sini, pada tarikh di atas akan mengupdate blog seperti biasa. Insya Allah. Continue reading
Filed under Cetusan AIDC
Pertamanya diucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengusahakan kempen selamatkan AIDC. Sangat terharu dengan sokongan, hinggakan tidak termampu disenaraikan kawan-kawan yang memberi sokongannya di sini. Kepada semua diucapkan jutaan terima kasih, tidak mampu dinukilkan dengan kata-kata, hanya Allah swt yang dapat membalasnya, jasa dan budi baik tuan puan.
Secara peribadi, saya mewakili rakan-rakan sekerja AIDC akan terus memperjuangkan penentangan terhadap Anwar Ibrahim, walau dalam apa cara sekalipun, sehinggalah beliau kembali bertaubat dan menuntut maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala kerosakan yang telah dilakukan kepada agama, bangsa dan negara ini. Continue reading
Filed under Cetusan AIDC
Catatan peribadi AIDC
Hari ini Ahad (10 Mei 09), banyak web dan blog tidak diupdate. Aku seperti biasa akan berusaha mengemaskini blog ini kerana aku tahu terdapat sejumlah pelayar tegar yang akan sentiasa mengunjungi blog ini setiap hari tanpa jemu-jemu.
Untuk kalian, peminat setia, terima kasih daun keladi, harap kita dapat terus bersama membuka ruang fikir, mengenali setiap inci bahayanya ‘iceberg’. Juga dalam masa masa, bergabung tenaga memecahkan ketulan iceberg menjadi air semula. Continue reading
Filed under Cetusan AIDC